Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 4, 2017

EKONOMI MAKRO CATAT PERTUMBUHAN POSITIF, TAPI KUASA BELI HEBAT RAKYAT MALAYSIA TAK BERGUNA KALAU TIDAK ADA BARANG YANG NAK DIBELI!!!


The Star melaporkan, pakar-pakar ekonomi dalam sektor swasta meningkatkan jangkaan mereka tentang pertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan kegiatan ekonomi negara yang memberangsangkan yang disokong oleh permintaan luar yang lebih kuat serta pengukuhan permintaan dalam negeri. 

Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat 5.6% pada suku pertama tahun, kesan daripada peningkatan permintaan seberang laut bagi komponen-komponen elektronik yang digunakan untuk telefon pintar dan gajet-gajet lain. 

Jangkaan pakar-pakar ekonomi bagi Asia Tenggara ialah, aktiviti ekonomi Malaysia bagi suku kedua tahun ini akan dipacu oleh aktiviti-aktiviti eksport yang akan berterusan didominasi oleh sektor teknologi. 

KDNK domestik tahunan penuh Malaysia bagi tahun 2017 dijangka meningkat kepada 5.3% berbanding KDNK tahun lepas, 4.2% sekaligus lebih tinggi daripada jangkaan konsensus 4.9% ke 5%.

Itu cerita Ekonomi Makro Malaysia. Seterusnya, dalam bahasa yang lebih mudah....

Walaupun secara teorinya, ekonomi makro berkait rapat dengan ekonomi mikro, hakikatnya dalam banyak perkara, makro dan mikro saling bertentangan antara satu sama lain. 

Sebagai contoh, apabila ekonomi makro menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih tinggi kesan daripada aktiviti-aktiviti eksport membabitkan sektor teknologi, industri pengilangan dan pembuatan produk teknologi akan meningkatkan pengeluaran. Modal utama iaitu tanah akan lebih digunakan untuk sektor utama.

Begitu juga dengan industri-industri yang berkait rapat dengan sektor berkenaan. Peningkatan pengeluaran sektor teknologi misalnya, akan menyebabkan sektor pertanian dan makanan akan merosot. Negara terpaksa bergantung kepada import makanan dan produk-produk pertanian sepenuhnya, sekaligus peningkatan harga juga akan terdorong kesan daripada peningkatan permintaan.

Makanan adalah keperluan. Kebanyakan negara-negara yang menghasilkan produk makanan utama dan ruji dunia, turut beralih kepada industri pembuatan dan pengilangan selain perkhidmatan. Tanah yang dahulunya digunakan untuk menghasilkan makanan, kini semakin mengecil keluasannya, sekaligus menyebabkan jumlah pengeluaran turut rendah. Pada ketika inilah, faktor Permintaan-Penawaran akan menyebabkan harga yang ditawarkan untuk pembelian dan harga yang ditawarkan untuk penjualan akan menjadi sangat penting. Secara tidak langsung, mana-mana pengimport yang sanggup menawarkan harga yang lebih tinggi, akan terjamin bekalannya walaupun jumlahnya mungkin dikurangkan secara drastik. 

Masalah pengeluaran makanan dan komoditi makanan di Malaysia sebenarnya sudah sampai pada peringkat yang amat parah. Selain dipengaruhi oleh isu-isu politik seperti dalam kes NFCorps dan bekalan daging lembu halal, turut terkesan adalah sistem monopoli yang melibatkan gula, tepung, beras dan pembekalan makanan laut yang melibatkan syarikat-syarikat tunggal mahupun persatuan-persatuan yang menawarkan harga berdasarkan konsensus persatuan. Ini kita dapat lihat menerusi pembekalan daging ayam, telur ayam, itik dan makanan laut.

Ironinya di Malaysia, di sebalik permintaan tinggi terhadap industri dan komoditi makanan, pengeluar-pengeluar kecil seperti nelayan, penternak, petani mahupun pesawah terpaksa diberikan bantuan oleh kerajaan. Mereka masih gagal bersaing di pasaran biarpun industri makanan sebenarnya jauh lebih diperlukan berbanding industri pembuatan dan pengilangan. 

Ekonomi mikro tidak berfungsi seperti mana teorinya di Malaysia.

Pertembungan antara laporan ekonomi makro yang menyatakan pertumbuhan besar ekonomi negara berbanding realiti kehidupan rakyat biasa Malaysia itulah yang kerap kali menjadi tajuk-tajuk perbincangan sehingga menimbulkan fitnah dan tohmahan. 

Ekonomi negara dikatakan bagus, tetapi harga barang pengguna semakin meningkat. Bagus apa macam tu?

Itu adalah kata-kata yang kerap dilemparkan. Rakyat Malaysia secara puratanya berpendapat, ekonomi negara yang mengukuh akan membolehkan mereka menikmati harga barangan pengguna yang lebih rendah dan banyak biarpun pada masa yang sama mereka juga tahu bahawa Malaysia bukan satu-satunya negara di dalam dunia ini yang sedang menikmati atau memburu pertumbuhan tersebut, sebaliknya negara-negara yang asalnya berlatar belakangkan pertanian, turut sama menceburi bidang pembuatan, pengilangan dan servis, sama seperti Malaysia bahkan menawarkan insentif dan inisiatif yang lebih menarik kepada para pelabur. 

Sekaligus negara-negara berkenaan turut mengehadkan penggunaan tanah untuk pengeluaran makanan. Sama seperti Malaysia.

Masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan, terutama sekali yang berada dan tinggal di kampung-kampung. Mereka mungkin tidak berpersatuan dan sangat bergantung kepada orang tengah mahupun agensi kerajaan yang kurang berfungsi untuk membela mereka seperti FAMA mahupun LKIM kerana kesibukan hendak menjadi orang tengah sama. Mereka mungkin membuat pengeluaran pada skala kecil yang tidak bersifat komersial tetapi lebih kepada sara hidup. 

Namun pada masa yang sama, pelbagai bantuan terutama dalam bentuk kemudahan kewangan sama ada pinjaman, geran mahupun bantuan tunai, telah diberikan oleh pentadbiran negara masa kini sebagai pancing, umpan dan kolam ikan untuk mereka berbanding pentadbiran-pentadbiran lalu. 

Mungkin kerana kesibukan dan teruja untuk mengejar permintaan ke atas sektor pengilangan, pembuatan dan servis yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan bergaji lumayan atau di bawah teduhan tanpa mengeluarkan tenaga dan masa yang banyak seperti pertanian, maka lambakan tenaga kerja mahupun tenaga fikir tidak berlaku dalam sektor pertanian dan pengeluaran makanan. 

Sesuatu yang lebih drastik perlu dilakukan dan diambil tindakan oleh pihak berkenaan. Tidak guna meuwar-uwarkan tentang kejayaan ekonomi mikro tetapi ada masa yang sama, dari segi mikro, ramai yang keciciran dan terkesan akibat peningkatan harga ketara barang-barang kegunaan harian, terutama sekali makanan!

Sebabnya KUASA BELI YANG KUAT DAN HEBAT, tidak akan berguna kalau tidak ada benda yang boleh dibeli!!!



1 comment:

Anonymous said...

Angka2 diatas dikeluarkan atas arahan UMNO. Dah songlap berbilion billion oleh UMNO cam mana ekonomi boleh naik. Yang naik ialah benda tu je.

 
Blogger Templates