Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 28, 2017

KENAPA PUAK REFORMIS HENTAM HISHAMUDDIN RAIS? SEBAB MEREKA TAHU, MAHATHIR, GUAN ENG DAN AZMIN ALI TERDESAK NAK SELAMATKAN DIRI!!!




Tidak menghairankan mengapa puak aktivis reformasi yang telah dihasut oleh Hishamuddin Rais bertahun-tahun yang kemudian menggelarkan Hishamuddin Rais sebagai BADUT TUA, berang dengan kepimpinan Pakatan Harapan.

Marah mereka kepada kepimpinan Pakatan Harapan sudah tentulah mempunyai kaitan yang sangat besar dengan Mahathir.

"Kalau dulu, palang pada 'T' dan titik pada 'i' dalam nama Mahathir pun, Hishamuddin Rais ini tidak percaya, sekarang badut ini mahu kita percayakan Mahathir?"

Walaupun sudah berusia lebih 90 tahun, motivasi Mahathir untuk berkuasa sangat kuat demi kroni dan anak-anaknya. Mahathir sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mereka, walaupun pada masa yang sama, dia berharap segala perbuatannya dahulu tidak akan dikumbah ditelanjang untuk tatapan umum.

Sesuatu yang amat mustahil kerana pendedahan tentang salahlakunya telah berlaku dari tahun 80-an lagi iaitu ketika pertembungannya dengan Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga terciptanya Semangat 46 dan Mahathir sendiri mengharamkan UMNO asal demi menubuhkan UMNO yang menurut perintahnya. Kemudian pendedahan secara besar-besaran berlaku lagi pada penghujung 1990-an apabila protegenya yang tidak kurang serakah iaitu Anwar Ibrahim, disepak keluar dari kabinet dan terlibat dalam jenayah liwat.

Keengganan Abdullah Badawi untuk akur di bawah telunjuknya dan menjadi bonekanya, membuatkan Mahathir menentang Abdullah Badawi. Ramai yang terpedaya dengan Mahathir sehingga menyokongnya untuk menggulingkan Abdullah Badawi.

Tetapi sama seperti cerita budak pengembala dan serigala, pembohongan tidak boleh berlaku sepanjang masa untuk semua orang. Apabila Mahathir menggunakan taktik yang sama untuk mengenakan Najib Abdul Razak yang dilihat dan dianggapnya lembik, ternyata taktik itu memakan diri. Kemarahan yang sekian lama terpendam, meletus. Lambakan demi lambakan salahlaku dan amalan songsangnya membabitkan harta negara mula didedahkan menerusi media-media sosial.

Dan Mahathir tidak menang tangan menepis setiap pendedahan tersebut kecuali para pentaksubnya hanya mampu berkata, mengapa Mahathir tidak diheret ke mahkamah kalau benar dia bersalah.


Terkini, dalam usaha Mahathir untuk menunjukkan penguasaannya ke atas Pakatan Harapan, sekaligus menepis dan menafikan kata-kata bahawa Pakatan Harapan sebenarnya adalah milik mutlak Lim Kit Siang dan DAP demi memastikan undi Melayu berpihak kepada Pakatan Harapan, helah tahun 1988 telah digunakan oleh Mahathir.

Mahathir berterus terang bahawa Pakatan Harapan tidak menyertakan nama Anwar Ibrahim dalam cubaan mendaftar nama Pakatan tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Menurutnya, jawatan Ketua Umum walaupun sebenarnya wujud tetapi tiada sesiapa pun dinamakan - begitu juga dengan lain-lain jawatan.

"Apabila kami menyerahkan perlembagaan, kami tidak akan menamakan sesiapa pun yang memegang jawatan. Kita tidak letakkan nama tetapi jatawannya," katanya.

Anwar Ibrahim telah dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan bersama-sama isterinya yang dinamakan sebagai Presiden dan Mahathir sebagai Pengerusi.

Berdasarkan undang-undang, seorang ahli politik yang sedang menjalani hukuman penjara, tidak boleh memegang sebarang jawatan rasmi dalam parti atau terbabit aktif dalam politik.


Puak Reformis tahu helah Mahathir adalah untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim sepenuhnya. Justeru, mereka menentang kehadiran dan perlantikan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Mahathir mahu membolot Lim Kit Siang dan DAP untuk dirinya, manakala PKR pula sekadar menjadi pak turut, sebagaimana yang diamalkannya ketika dia masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu.

Dan di sebalik kekuatan mereka yang digembar-gembur dan diakui, DAP juga sebenarnya memerlukan Dr. Mahathir setelah pendedahan demi pendedahan tentang penyonglapan wang rakyat serta tanah milik negeri di Pulau Pinang dibuat dari semasa ke semasa. Gaya hidup mewah dan tamak haloba Lim Guan Eng serta isterinya, Betty Chew merupakan masalah besar kepada DAP. Sama seperti di Selangor apabila Azmin Ali juga terpaksa mencari payung untuk berlindung setelah satu demi satu skandal kewangan mulai didedahkan dan Azmin Ali sendiri tidak tahu siapa di sebalik semua pendedahan tersebut.

Baik keseluruhan DAP mahupun Azmin Ali, kebergantungan mereka kepada Dr. Mahathir amat kuat kerana rekod Dr. Mahathir membela kroni dan proksi telah terbukti selama ini sehingga mendorongnya untuk berusaha menggulingkan Najib Abdul Razak. Yang tertinggal cumalah Wan Azizah dan PKR. Bukan kerana Wan Azizah tidak dapat menawarkan sesuatu kepada Mahathir tetapi disebabkan Wan Azizah sentiasa 'blur' dalam semua keadaan dan otak Wan Azizah tidak mencapai mutu serta standard sebagai seorang ahli politik biarpun telah terlibat secara langsung dari tahun 1999 lagi.

Maka tidak hairanlah puak yang kerap ke jalanraya melakukan flashmob, demonstrasi, bahkan sanggup berhadapan dengan risiko undang-undang menyatakan penentangan keras terhadap Dr. Mahathir biarpun sekarang, Mahathir sudah berada bersama-sama para pemimpin yang menentangnya sebelum ini.

Sebabnya mereka tahu, Mahathir melakukan semua ini hanya untuk kepentingan dirinya sendiri, demi kroni-kroni yang telah dihentikan keistimewaan mereka oleh Najib, demi anak-anaknya yang terlalu bergantung kepada perniagaan berasakan kontrak kerajaan dan demi legasi kuasanya. Mahathir tidak pernah peduli dengan rakyat, sebaliknya mempergunakan rakyat untuk mengkayakan anak-anak, kroni dan proksi.

3 comments:

Unknown said...

Rais korek kubor sendiri.. abish..

Anonymous said...

Kalau dulu mereka tidak percaya pada Mahathir ,sekarang sudah jadi mereka pula yg tidak di percayai.Hebat virus Mahahtir menjangkiti mangsanya.Padan muka.Pemimpin Pakatan sibuk hentam PM Najib ,kini terpkasa pula sibuk mejawab pertanyaan pengikut sendiri.Bayangkan betapa perasaan Mahahtir di caci oleh penyokong PH yg tidak berkenan dgn beliau.Kesian sungguh.

Anonymous said...

ingatkan madey ni hebat sgt rupanya dia adlh hamba anak2nya..

 
Blogger Templates