Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 27, 2017

SELEPAS DEDAHKAN KONSPIRASI GULINGKAN NAJIB TAHUN 2014, HARI INI MUKHRIZ KECEWA APABILA MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN PROSIDINGNYA KE ATAS NAJIB!!!



Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendengar hujah yang dikemukakan peguam Mukhriz dan Najib.

Dalam keputusannya, Ahmad Zaidi mendapati Mukhriz gagal membuktikan keadaan prima facie kenyataan dalam blog Najib merujuk kepada pernyataan tuntutan kes saman fitnah dikemukakan Mukhriz terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, yang memberikan bebanan dan tekanan kepada mahkamah membuat keputusan.

Katanya, selepas meneliti kedua-dua kenyataan itu, memang ada perbezaan dan Mukhriz juga tidak dapat menunjukkan kenyataan Najib itu mempunyai persamaan dengan dua kenyataan media Sariffuddin yang didakwa mengandungi unsur memfitnah.

"Saya dapati tiada mana-mana kenyataan itu (kenyataan Najib) yang boleh dikaitkan dengan mahkamah atau perbicaraan dalam kes saman fitnah ini.

"Plaintif dengan ini gagal menunjukkan beliau berhak untuk diberi kebenaran meneruskan prosiding seterusnya. Dengan ini mahkamah menolak permohonan kebenaran bagi prosiding komital tanpa sebarang kos, " katanya.

Pada 13 Julai lalu, Mukhriz memfailkan permohonan ex-parte terhadap Najib atas dakwaan perdana menteri membuat satu kenyataan pada 7 Julai lalu di dalam blog miliknya yang mengandungi kandungan secara jelas merujuk kepadanya (Mukhriz) dan menghina serta mencampuri urusan mahkamah.

Beliau turut memfailkan permohonan sama terhadap Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan di dalam portal Sinar Online pada 15 Julai lalu membabitkan perbicaraan saman fitnah berkenaan.

Mukhriz diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla manakala peguam Wan Hazmir Wan Majid mewakili Najib.

Mahkamah menetapkan pada 6 Oktober ini mendengar permohonan prosiding komital dikemukakan Mukhriz terhadap Ab Aziz.



No comments:

 
Blogger Templates