Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 6, 2017

MAMPUKAH EZAM MOHD NOR MENAMBAHKAN KEKAYAANNYA SELEPAS KELUAR DARI PARTINYA SENDIRI KALI INI?!!!



Tidak ada sesiapa pun yang nampaknya bersimpati dengan Ezam Mohd Nor, bekas pejuang era reformasi yang cukup terkenal dengan KOTAK-KOTAKNYA. Sebaliknya tajuk-tajuk berita yang dipaparkan pula, kelihatan amat melucukan dan lebih kepada sindiran.

Apa tidaknya kalau dia keluar dari beberapa buah parti, kemudian tubuh parti sendiri, tidak lama kemudian, belum pun sempat didaftarkan, dia keluar dari parti itu pula.

Lebih menarik lagi ialah, 'Timbalan Presidennya', Khairuddin Abu Hassan juga keluar dari parti yang ditubuhkan di bawah kedai mozek Jalan Ipoh itu.

Nampaknya Parti Generasi Baru yang dirompak daripada pemilik asalnya sebelum ini, telah pun berkubur dengan sendirinya.

Ke mana pula hala Ezam Mohd Nor selepas ini? Adakah dia akan menyertai DAP, kemudian tidak lama selepas itu, dia akan keluar dari DAP dan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain? Atau menyertai PKR, parti lamanya selepas dia keluar dari UMNO bersama-sama Anwar Ibrahim yang disingkirkan oleh Dr. Mahathir?

Orang politik mempunyai pelbagai cara untuk nama mereka kekal relevan di kalangan pengundi dan rakyat. Ada yang tak berhenti-henti buat fitnah dan cerita-cerita bodoh yang akhirnya mengikis kulit kepala sendiri seperti Rafizi Ramli. Ada yang cuba berlagak pandai dan berbelit-belit dengan angka-angka ciptaannya sendiri seperti Tony Pua. Ada pula yang sentiasa menyalahkan pihak lawan walaupun dia yang terkangkang akibat kesalahannya sendiri seperti Lim Guan Eng. Atau yang gemar memutarbelitkan sejarah agar berpihak kepadanya seperti yang kerap dilakukan oleh Lim Kit Siang.

Ezam Mohd Nor memilih kaedah yang kurang konvensional iaitu LOMPAT PARTI. Walaupun terdapat beberapa orang ahli politik lain yang turut mengamalkan sistem lompat parti seperti Saifuddin Nasution, Ibrahim Ali dan Jeffrey Kitingan, tetapi Ezam Mohd Nor jauh lebih popular dan ternama berbanding mereka.

Bermula dengan UMNO kemudian dengan PKR dan bersungguh-sungguh menghentam UMNO serta pimpinannya, selepas itu menyertai UMNO kembali, mendapat jawatan tinggi dan menjadi Senator sehingga habis 'kontrak' dua penggal. Sehabis 'kontrak', kembali keluar UMNO dan bercakap tentang perjuangan menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan menyertai Parti Cap Bunga, pimpinan orang yang paling dibencinya, tidak lama kemudian keluar untuk menubuhkan parti sendiri dan selepas itu, keluar dari parti yang ditubuhnya sendiri.

Itu belum lagi cerita tentang kotak-kotak yang kerap dijaja-jajanya!

Walau apa pun alasannya kali ini, melihat kepada reaksi gelak tawa awam terhadapnya, Ezam Mohd Nor yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Ezam Kotak, sekadar menjadi lelucon dan pak lawak politik sahaja.

Tapi kawan-kawan rapatnya berkata, Ezam bijak kerana walaupun dia digelak-gelakkan, hasil daripada perjuangannya lompat parti membolehkan dia hidup seperti orang kaya yang lahir di atas talam emas!!!


No comments:

 
Blogger Templates