Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 6, 2017

NAJIB TAK ROMBAK KABINET, TAPI PKR YANG SIBUK MENGATUR CALON-CALON UNTUK ELAK KALAH BESAR DI PULAU PINANG!!!



Di sebalik cerita dan khabar-khabar angin kononnya, sekembalinya dari bercuti bersama-sama keluarganya, Najib akan melakukan rombakan kabinet, sekaligus menggugurkan beberapa nama penting termasuklah beberapa orang Menteri Besar, hakikatnya yang sedang kelam-kabut menyusun 'kabinet' baru sebenarnya adalah PKR.

Nama-nama seperti Nurul Izzah, Wan Azizah, Saifuddin Nasution, Afif Bahardin dan beberapa nama lain mula dicaturkan di kerusi-kerusi yang akan ditandingi mereka.


Saifuddin Nasution yang merupakan puaka terawang-awang dan sekarang ini merupakan penasihat Lim Guan Eng bagi hal ehwal pemerdayaan strategik orang Melayu, bakal dicalonkan di kerusi DUN Penanti menggantikan Dr. Norlela Ariffin yang menyemak mata Lim Guan Eng dan telah mendedahkan bagaimana pentadbiran Lim Guan Eng di sebalik cakap-cakap besar dan memuji diri sendiri, sebenarnya tidak pernah berminat untuk menjaga hal ehwal serta kebajikan orang Melayu yang menjadi rakyat Pulau Pinang. Sebaliknya, lebih banyak peruntukan Kerajaan Negeri dilambakkan di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya menerima bantuan banyak sebegitu rupa. Kalau Saifuddin Nasution menang di Penanti pada PRU-14 nanti, dia akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I.


Afif Bahardin nampaknya telah digugurkan setelah Exco Negeri yang bermulut celupar dan semalam, kalah saman fitnah serta diperintahkan untuk membayar RM80,000 setiap seorang kepada 4 orang ADUN UMNO Pulau Pinang ekoran fitnah tanah TUDM Kepala Batas, dilihat hanya pandai mengampu Lim Guan Eng tetapi sangat gagal menjalankan tugasnya di Seberang Jaya selaku ADUN. Afif Bahardin tidak pernah peduli dengan nasib rakyat sebagaimana dia sangat peduli dengan punggung Lim Guan Eng. Sekaligus menunjukkan betapa dia sebenarnya lebih bimbangkan nasib Lim Guan Eng yang mungkin akan digulingkan oleh puak DAP sendiri berbanding memastikan PKR mengekalkan kerusi DUN Seberang Jaya.



Nurul Izzah pula akan menggantikan Wan Azizah di Permatang Pauh setelah cerita dia menang di Lembah Pantai dengan jalan fitnah, terutama selepas pengakuan bersalahnya sendiri di mahkamah, terpecah kepada umum. Wan Azizah pula akan berpindah ke Selangor bagi mengukuhkan kuasa fraksinya dan mengimbangi kuasa Azmin Ali yang dilihat berterusan mendapatkan bantuan serta sokongan daripada PAS Selangor.

PKR mempunyai potensi untuk kehilangan Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim dan isterinya apabila PAS Pulau Pinang bersikap keras terhadap PKR. PAS Pulau Pinang merupakan antara yang paling awal menyatakan tentangan terhadap Lim Guan Eng dan DAP. Wan Azizah tidak berfungsi langsung di Permatang Pauh sepertimana dia tidak berfungsi di Kajang. Kehilangan atau kekalahan di Permatang Pauh adalah tamparan hebat kepada PKR.

Justeru, tenaga muda perlu diletakkan di Permatang Pauh. Nurul Izzah adalah calon yang paling sesuai. Selain daripada muda dan dikenali, dia juga adalah anak perempuan Anwar Ibrahim. Walaupun di Lembah Pantai, kemenangannya pada PRU-13 lalu adalah dengan cara menfitnah calon BN, tetapi di Permatang Pauh, isu dia menang dengan cara fitnah, tidak akan muncul dan dilupakan sama sekali.

Maka tidak hairanlah mengapa PKR beria-ia berkempen di dalam grup-grup WhatsApp kononnya Najib sedang mengatur strategi merombak dan menggugurkan anggota-anggota kabinetnya... semuanya itu terpaksa dilakukan untuk menutup kegawatan dalam PKR sendiri!!!


No comments:

 
Blogger Templates