Sebelum ini, hangat isu siapa akan jadi Perdana Menteri ke-7 sekiranya Najib Abdul Razak dan UMNO-BN tewas pada PRU-14 nanti. Dr. Mahathir telah pun mencalonkan dirinya. Di kalangan kepimpinan Parti Cap Bunga, Muhyiddin Yassin turut menamakan dirinya sebagai orang yang lebih layak menjadi Perdana Menteri. PKR dengan Anwar Ibrahim. Fraksi PKR dengan Azmin Ali. DAP dan PAN secara berjenaka menamakan Mat Sabu.
Baik Pakatan Harapan mahupun Pakatan Rakyat yang kini hanya tinggal di Selangor, siapa yang dapat menafikan kuasa dan peranan besar DAP menerusi gabungan anak-beranak Lim?
Nampaknya, kuasa dan peranan besar tersebut turut dimainkan dalam Pakatan Harapan.
Dengan Mahathir sebagai Pengerusi dan Anwar Ibrahim, banduan kes jenayah yang hanya akan 'bebas' sepenuhnya pada tahun 2023 sebagai Ketua Umum, nama-nama seperti Wan Azizah, Mat Sabu, Mukhriz, Salahuddin dan Saifuddin Abdullah hanyalah sekadar pelengkap.
Nama-nama seperti Lim Guan Eng, Chong Chien Jen dan Kula Segaran yang menduduki carta 'pembuat dasar' dan 'veto' perlu dilihat secara lebih serius. Ini adalah kerana nama-nama itulah yang turut akan mempengaruhi Wan Azizah, Mat Sabu, Salahuddin Ayob dan Saifuddin Abdullah. Tiga nama itulah juga yang akan memantau serta memegang rotan seandainya nama-nama selain Dr. Mahathir dan Azmin Ali enggan akur dengan kehendak DAP.
Di belakang ketiga-tiga nama itulah, tangan Lim Kit Siang menjadi punca.
Sama seperti Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan juga akan bergerak seiring dengan perjuangan DAP. PKR, Parti Cap Bunga dan PAN pula sekadar menjadi pak turut. Model utama Pakatan Harapan adalah Pulau Pinang.
Dan sama seperti di Pulau Pinang apabila DAP merancang untuk meletakkan calon-calonnya di kerusi-kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh PKR, DAP juga akan menentukan kerusi-kerusi mana yang akan mereka kuasai secara majoriti kalau tidak pun, jumlah kerusi yang akan membolehkan mereka membuat pelbagai tuntutan besar selain bertindak sebagai 'Abang Besar'. Ditambah pula dengan pelbagai kemelut yang menyaksikan DAP dan Lim Guan Eng dalam keadaan yang serba sukar, terutama sekali membabitkan pemilihan semula CEC selain tekanan demi tekanan setelah pelbagai projek angin Lim Guan Eng di Pulau Pinang, hanya menghilangkan duit rakyat, tetapi tidak memberikan pulangan walau satu pun, termasuklah isu lebihan pembayaran terowong dasar laut Pulau Pinang, Lim anak-beranak perlu mempunyai satu barisan kepimpinan yang boleh melindungi mereka sepenuhnya.
Secara tidak langsung, penubuhan Pakatan Harapan dengan barisan kepimpinan yang dipertontonkan, apatah lagi dengan logo yang turut diperkenalkan kepada awam buat kali pertama, MEMAHKOTAKAN kuasa besar DAP dan Dinasti Lim ke atas kepimpinan politik pembangkang negara ini.
Jadi, sembang SELAMATKAN MALAYSIA sekarang ini sudah bertukar menjadi SELAMATKAN LIM ANAK-BERANAK!!!
7 comments:
Majlis Kepimpinan PH ni nak tarik undi orang melayu je, sebab tu letak ramai melayu dalam barisan kepimpinan PH ni, tambah2 lagi Madey dengan Nuar jadi kepala, nak buat macam zaman Madey-Nuar dulu2, undi kaum cina sah2 dapat kat DAP...
hanya ahli umngok dan pencacai je yg percaya..
terbaik pakatan harapan..PPBM akan jd tunjang..wajib disokong
siarlah kalau berani...
X pyh nak spinlah..buat penat je..semua org tahu dan faham. Jgn meroyan lebih2 dah le..
Mati hidup balik aku takkan undi HARAPAN.. semua tu pemusnah negara dan agama
Tak ada harapan...tinggal harapan.
kamu percaya apa? limkomunis tu sayang pd kau dan melayu2 d msia. baru d lahirkan smlm kamu nih.?
pakaton penipu . semua najis2 umno duduk sekapal skrg. campur lagi cauvinis komunis evangalis . memang kena sangat . hahaha... barua punya kumpulan ni. semua muka penyangak .
Post a Comment