Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 19, 2017

TIAN CHUA MARAH PAS PERMATANG PAUH LANCARKAN JENTERA PILIHANRAYA PARTI ITU DI PARLIMEN 'KUBU' KELUARGA ANWAR IBRAHIM!!!



Marah betul Tian Chua apabila PAS Permatang Pauh mengadakan program pelancaran jentera pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada Ahad, 16 Julai lalu.

Permatang Pauh merupakan kubu kuat dan maruah PKR, memandangkan ia adalah sarang dan kota Anwar Ibrahim semenjak dari tahun 1982. Selepas Anwar Ibrahim buat kali pertama menguasai Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1982 dengan mengalahkan penyandangnya dari PAS, Zabidi Ali, penguasaan ke atas kerusi tersebut hanya kekal di tangan Anwar dan isterinya, Wan Azizah.

Wan Azizah menguasai kerusi tersebut pada tahun 1999-2008 sebelum 'diserahkan' semula kepada Anwar Ibrahim menerusi satu pilihanraya kecil apabila Wan Azizah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding pada tahun 2008. Anwar Ibrahim bagaimanapun terpaksa melepaskan kerusi tersebut setelah mahkamah mendapati dia bersalah di atas jenayah liwat.

Satu lagi pilihanraya kecil diadakan pada 7 Mei 2015. Calon yang mewakili PKR sekaligus mewakili Lim Guan Eng adalah Wan Azizah. Pada PRU sebelum itu, Anwar Ibrahim menang dengan majoriti besar iaitu 11,721 undi menewaskan calon Barisan Nasional dan calon BEBAS.

PRK Permatang Pauh sebenarnya diadakan pada ketika PAS dan DAP sedang berhadapan dengan pergeseran. Wan Azizah dan PKR dilihat cuba menjadi pendamai. Pada peringkat awal, PAS hampir menarik balik kesemua sokongan mereka ke atas Wan Azizah. Pemuda PAS Permatang Pauh telah pun memboikot kempen dan jentera pilihanraya Pakatan, menyebabkan PKR jadi tidak tentu arah dan terpaksa berhempas pulas memujuk rayu PAS agar segera menarik balik keputusan tersebut.

Pada 22 April 2015, Badrul Abdul Rahman yang merupakan pemimpin PAS Permatang Pauh memaklumkan pengundi bahawa hukumnya adalah haram untuk mengundi calon PKR dan berdosa mengundi calon yang menolak Hudud. Yang Dipertua PAS Omar Hassan pula mendesak PKR dan pemimpinnya agar menarik balik semua bantahan dan penghinaan ke atas hukum hudud.

Menyedari bahaya yang akan menimpa PKR sekiranya PAS berterusan berkempen menentang PKR, satu rancangan besar telah diadakan untuk memperdayakan PAS. Beberapa janji telah dibuat, termasuklah PKR akan memastikan DAP tidak  menentang hudud dan mempertikaikan perjuangan PAS untuk memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia menerusi hukum takzir dalam RUU355.

Pada saat-saat akhir, PAS Permatang Pauh lembut hati dan mula membantu. Akhirnya, Wan Azizah berjaya memperolehi undi majoriti sebanyak 8,841 hasil bantuan PAS Permatang Pauh dan PAS Malaysia secara keseluruhannya walaupun peratusan keluar mengundi adalah 74%.

Ternyata segala janji PKR kepada PAS adalah janji kosong semata-mata. Bukan sahaja ditipu, malah PKR mengambil kesempatan untuk membodoh-bodohkan PAS agar Lim Guan Eng tidak marahkan mereka.

PKR tidak sahaja menentang perjuangan PAS mahukan hukuman hudud, malahan menambahbaikkan undang-undang takzir menerusi RUU355 juga, PKR perlekehkan. Walaupun Anwar Ibrahim dari dalam penjara menyatakan, PKR tidak pernah menentang RUU355 tetapi pemimpin-pemimpin PKR yang lain, terus-terusan memperlekehkan PAS dan perjuangan mereka.

Kini, PAS Permatang Pauh sedar, segala pengorbanan dan bantuan yang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim semenjak tahun 1999, adalah sia-sia sahaja. Wan Azizah yang pernah merengek dan menumpang kasih sayang PAS dalam perjuangannya membebaskan suaminya daripada hukuman akibat jenayah liwat, bukan sahaja tidak boleh berbuat apa-apa, bahkan lebih menurut kehendak Lim Guan Eng dan DAP.

Pelancaran jentera pilihanraya PAS Permatang Pauh adalah isyarat besar kepada PKR bahawa Permatang Pauh bukan lagi kubu kuat mereka. PAS Permatang Pauh yang selama ini diperbodoh-bodohkan, mahukan kerusi itu untuk mereka tandingi.

Menyedari hakikat itulah, Tian Chua, Naib Presiden PKR cuba mengingatkan PAS Permatang Pauh bahawa PAS sepatutnya bersama-sama PKR menentang UMNO dan Barisan Nasional yang dilabelkan sebagai pencuri, perompak dan lanun wang rakyat tanpa dia sedar, bahawa PAS Pulau Pinang secara keseluruhannya sedang menentang Lim Guan Eng dan DAP yang mereka sifatkan bukan sahaja sebagai penjajah, tetapi juga PEROMPAK, PENJARAH DAN PERAMPAS TANAH RAKYAT untuk kesenangan peribadi.

Justeru, apabila Tian Chua mengingatkan PAS kononnya PAS sepatutnya bekerjasama dengan PKR menentang Barisan Nasional, jawapan yang diberikan oleh pihak PAS pula sepatutnya menyedarkan Tian Chua dan PKR secara keseluruhannya bahawa PAS tidak perlukan PKR lagi sebagaimana PKR yang amat memerlukan PAS.

PAS mengingatkan Tian Chua dan PKR bagaimana hodohnya perangai PKR yang dengan secara samseng dan berlagak, datang ke Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS, menghentam PAS yang merupakan parti pemerintah Kerajaan Negeri di atas pentas Pakatan Harapan. PKR bersekongkol dengan Pakatan Harapan dan menurut PAS Kelantan, membuat hubungan sulit termasuklah dengan UMNO untuk menumbangkan PAS Kelantan.

Jadi, mengapa PKR harus marah apabila PAS melancarkan jentera PRU untuk bertanding di Permatang Pauh sedangkan PKR dengan ego dan kurang ajarnya boleh datang apabila DAP mengumumkan Husam sebagai MB Kelantan yang baru jikalau Pakatan Harapan berjaya menjatuhkan PAS di Kelantan.

Berbanding menjadi lembut dan terpengaruh, PAS sebaliknya mencabar PKR agar meletakkan calon-calon mereka di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kelantan pada PRU akan datang agar memudahkan PAS untuk menguburkan PKR di negeri itu.

Terdesak betul nampaknya PKR kali ini... kalau tidak, Tian Chua tidak akan bercakap!

2 comments:

Anonymous said...

Pkr tak mcm dulu lgi. Kena terima hakikat pkr kian lemah.

Anonymous said...

Cina ni dok kalut kaw jandA....mmg ada kira2

 
Blogger Templates