2. Kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak seharusnya membiarkan isu air ini berlarutan sekian lama tanpa sebarang penyelesaian yang efektif.
3. Proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (Splash) antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang sudah tertangguh sebanyak dua kali telah menyebabkan rakyat semakin tertekan dengan krisis air.
4. Menteri Besar Selangor bertanggungjawab untuk menyelesaikan keperluan asas rakyat negeri Selangor. Tindakan Azmin menggunakan kuasanya melewat-lewatkan penyelesaian isu ini bukan sesuatu yang diharapkan oleh rakyat.
5. Rakyat tidak lagi mampu bertahan dengan masalah air yang semakin kritikal di Selangor. Setiap bulan ada sahaja kedengaran kawasan yang dikenakan catuan air dan berlarutan sehingga kini.
6. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyediakan garis panduan dan kerangka masa untuk menyelesaikan krisis ini tetapi semuanya dilanggar oleh Azmin.
7. Akibat daripada penangguhan ini kerajaan negeri telah menaikkan tawaran kepada Splash dari RM250 juta kepada RM2.9 bilion. Tindakan Azmin meminta kerajaan Persekutuan menanggung keseluruhan kos tersebut adalah tidak masuk akal kerana kerajaan Persekutuan hanya bertindak sebagai pemudah cara.
8. Hujah Azmin kerajaan Negeri Selangor masih menunggu maklum balas daripada Kabinet tentang nilai yang ditentukan penilai bebas lantikan Kerajaan Persekutuan sendiri, Deloitte telah menunjukkan kelemahan beliau itu sendiri.
9. Tindakan-tindakan Azmin ini telah menunjukkan beliau gagal membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan masih tercari-cari pandangan-pandangan dari pihak lain untuk menyelesaikan isu air.
10. Azmin tidak perlu terus mengaburi mata rakyat dengan pemberian air percuma sedangkan isu utama yang lebih besar adalah kegagalan kerajaan negeri Selangor itu menyelesaikan krisis air secara efektif.
YB Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar
9 Ogos 2017, Rabu, 1.30 tengahari
4 comments:
Budiman memamg terlalu hebat. Tapi tolong suruh dia gunting rambut dia tulah. Budget ahli parlimen gi belanja kat mana. Kalaulah menang walaupun kita tau mustahil di selangor ..budimanlah paling layak jadi MB.
Yg rosakkan air ni khalid ibrahim bukan azmin ali. Sekarang khalid bukan pkr..semua salah dia..azmin ambik taik khalid skrg ni..
Azmin baru naik jadi MB, tapi kerosakkan UMNO telah mula dari tahun 69. Tak mungkin Azmin boleh mengembalikan kegemilangan Tunku.
Selangor penuh cina dap yg pandai..
Sampai mati pun tak kan undi melayu umno BN..
Walaupun air tader nak minum..
Dan penyokong pembangkang yg melayu belum sedar..
Yg ekonomi tanah melayu dikuasai org melayu..
Ekonomi tanah melayu di kawal org melayu..
Kuasa membeli adalah org melayu..
Azmin melayu yg digunakan cina DAP utk rosakkan tanah melayu
Post a Comment