Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 3, 2017

LIM KIT SIANG PANIK BILA DITANYA TEMPAT KELAHIRAN SEBENARNYA, DAN TERPAKSA PURA-PURA MARAH SUPAYA WARTAWAN TAK TERUS DESAK KETIKA DI LOBI PARLIMEN!!!



Dalam 'kegawatan' dan kepanasan berhubung keturunan Dr. Mahathir selain jawapan balas Dr. Mahathir kononnya Zahid Hamidi mempunyai kekayaan RM230 juta ketika membuat pengisytiharan harta kepadanya selaku Presiden UMNO suatu ketika dahulu, rupa-rupanya ada orang yang lebih panas apabila asal-usul dan keturunannya diungkit.

Orang berkenaan adalah Lim Kit Siang, bapa kepada Lim Guan Eng, sekutu paling akrab Dr. Mahathir masakini.

Lim Kit Siang naik angin apabila dia ditanya tentang tempat kelahirannya. Dia bukan sahaja enggan menjawab, sebaliknya marah dan menuduh wartawan yang bertanya sebagai tidak membuat 'homework'.


Latar belakang kebanyakan pemimpin utama DAP terutama sekali Lim Kit Siang, amat kabur. Hampir kesemua mereka, dilihat hanya muncul pada tahun 1963 iaitu pada tahun Malaysia ditubuhkan.

Sebahagian besar daripada mereka seperti salah seorang pengasas DAP, Chen Man Hin, merupakan imigran yang datang dari negara China yang kemudian mendapat kerakyatan negara ini menerusi kontrak sosial iaitu telah berada di negara ini sebelum 31 Ogos 1957.

Tentang Lim Kit Siang, tiada sesiapa pun yang tahu secara tuntas. Wikipedia yang boleh diubah fakta dan tulisannya menyatakan, dia dilahirkan pada tahun 1941 di Batu Pahat. Bagaimanapun berita serta gambar-gambarnya pernah disiarkan sedang melawat kampung halaman di Zhangzou, Fujian pada tahun 2008. Dalam lawatan tersebut, dia bertemu dengan sanak saudara, sepupu serta ABANG IPARNYA. (RUJUK SINI)




Astro Awani melaporkan, Lim Kit Siang hari ini menzahirkan kemarahannya apabila ditanya wartawan mengenai desakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao yang mahu Penasihat DAP itu menyatakan bukti tempat kelahirannya.


Malah, semasa satu sidang media di bilik media Parlimen itu, dia sebaliknya menyuruh wartawan agar membuat penyelidikan sebelum meneruskan soalan berkaitan.

"Saya pernah menjadi pemberita dan kalau ada berita yang trash, saya akan siasat. Jadi siasat dululah, sebelum mulakan soalan atau you reflect on you, or you reflect on your newspaper, you reflect on your kewibawaan sebagai pemberita," katanya kepada media di bilik media Parlimen di sini hari ini.

Apabila diasak lagi dengan soalan yang sama bagi mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Ramesh Rao, Kit Siang enggan menjawab.

"No! No! I was a reporter. Do a basic check and if the basic check. If the reporter didn't do a basic check, I feel very sorry.
"Saya nasihat wartawan yang nak tanya soalan itu selidik dahulu. Bukan sahaja ahli politik kena lalui 'test', tetapi wartawan juga perlu lalui 'test'," ujarnya.

Sesuatu yang amat dimaklumi ialah, sistem pendaftaran kelahiran dan kewarganegaraan pada zaman sebelum merdeka dan pasca merdeka, tidak semantap hari ini. Terlalu banyak perubahan yang dibuat secara sengaja mahupun secara strategik, sepertimana pendedahan yang dibuat beberapa hari lalu membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


2 comments:

Anonymous said...

Ramesh Rao sememangnya keling pariah anjing Najib. Semua nya kerana duit.

Anonymous said...

6.01..kau pula anjing sapa? that phathetic old man or the other pathetic old communist? or to both?

 
Blogger Templates