Dia tidak pernah serik walaupun sebelum ini, dia pernah disoalsiasat dan kemudian menyalahkan pihak lain yang telah menggunakan namanya dan DAP di Facebook apabila sebuah kartun menghina perayaan umat Islam di negara ini dimuatnaik di laman yang tertera namanya sebagai pemilik.
Kali ini, Nga Kor Ming mengambil kesempatan menghina Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa kepada Perdana Menteri sekarang, Najib Abdul Razak biarkan sekadar kononnya 'berkongsi' fitnah tersebut di laman FBnya.
Nga Kor Ming cuba menggambarkan dan memberikan persepsi bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak adalah seorang pengkhianat yang telah bekerja dengan Jepun. Ahli Parlimen DAP itu turut membandingkan Allahyarham dengan Chin Peng yang menurutnya adalah seorang wira negara kerana berjuang menentang Jepun meskipun seorang komunis.
Ayat yang menarik dalam gambar tersebut antara lain berkata, kalau si bapa adalah seorang pengkhianat, maka tidak hairanlah anaknya yang sekarang ini adalah Perdana Menteri menjual berbilion-bilion ringgit tanah negara ini kepada pihak asing. Satu tuduhan yang sangat berat dan sangat melampau!
Untuk membuktikan tuduhannya, sekeping gambar lama Tun Abdul Razak yang berpakaian seakan-akan tentera Jepun disiarkan walaupun itulah pakaian yang digunakan oleh anggota Malayan Civil Service yang berada di bawah perintah Jepun.
Bagi golongan yang tidak faham, tidak tahu dan tidak peduli dengan sejarah negara, terutama sekali membabitkan penaklukan dan pendudukan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu, serta pembabitan komunis yang ditubuhkan pada tahun 1930, sudah pasti akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan dan dikongsikan oleh Nga Kor Ming.
Nga Kor Ming berasal dari Ayer Tawar, Manjung yang turut menempatkan Kampung Baharu Ayer Tawar yang merupakan penempatan semula atau lebih tepat lagi pengurungan masyarakat Cina yang terdedah kepada komunis. Walaupun sebahagian besar daripada masyarakat Cina tersebut tidak menyokong PKM, tetapi sebahagian yang lain merupakan penyokong dan pengsimpati mahupun sebagai anggota PKM sendiri. Ada yang melakukannya kerana beranggapan orang Melayu sangat lemah dan boleh dijajah seandainya penjajah Inggeris dan Jepun dapat dihalau. Sebahagian lagi dipaksa dan takut dipencilkan atau dipulaukan - kaedah sama yang digunakan oleh DAP bagi mana-mana Cina yang tidak menyokong atau menyanggah mereka sekarang!
Tun Abdul Razak merupakan antara anak Melayu yang sangat berani kerana sanggup menyusup masuk Perkhidmatan Awam Malaya (Malayan Civil Service) meskipun usianya masih muda pada ketika itu. Dari dalam, dia menyalurkan pelbagai maklumat serta pergerakan tentera Jepun bahkan mengelakkan orang Melayu melalui tragedi Sook Ching atau pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun seperti yang berlaku kepada orang-orang Cina. (RUJUK SINI)
PKM dan Chin Peng awalnya bekerjasama dengan British. Namun apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, tentera Jepun menyerah kalah, menjadikan pentadbiran negara tidak stabil. Kesempatan tersebut diambil oleh PKM dan Chin Peng untuk keluar dan berlagak seolah-olah merekalah yang berjuang membebaskan negara ini daripada cengkaman tentera Jepun. Masyarakat Melayu dan Cina menjadi mangsa kekejaman PKM dan Chin Peng.
Sehinggalah tentera dan pentadbiran British kembali memerintah Tanah Melayu beberapa minggu kemudian, PKM dan Chin Peng akhirnya lari ke dalam hutan dan meninggalkan sebahagian daripada mereka di bandar-bandar dan perkampungan serta penempatan Cina sebagai mata serta telinga mereka.
Penentangan ke atas tentera Jepun telah berakhir buat Askar Wataniah. Sama seperti Force 136, tidak ramai orang Cina seperti Nga Kor Ming yang tahu dan iktiraf kerana kedua-dua pasukan tersebut tidak melakukan penganiayaan serta kekerasan ke atas masyarakat serta infrastruktur awam. Apatah lagi kedua-dua pasukan tersebut kemudiannya bertukar fungsi kepada menentang PKM dan Chin Peng, membuatkan ramai penyokong komunis yang sakit hati.
Fitnah besar yang dibuat dan dikongsi oleh Nga Kor Ming sebenarnya memerlukan tindakan undang-undang yang lebih tegas. Nga Kor Ming bukannya orang biasa. Dia adalah seorang penggubal undang-undang iaitu Ahli Parlimen dan ADUN.
Apa yang dilakukannya adalah bertujuan untuk menimbulkan kebencian antara orang Melayu dan Cina. Kepada orang Cina, Nga Kor Ming cuba memberitahu kononnya orang Melayu adalah pengkhianat negara ini, sebaliknya negara ini terhutang budi sepenuhnya kepada orang Cina yang telah membebaskan negara daripada cengkaman tentera Jepun. Untuk orang Melayu, Nga Kor Ming mahu mencetuskan sentimen kebencian terhadap orang Cina yang tidak mengenang budi kerana dibenarkan menetap dan kemudian diberikan pelbagai hak termasuklah berpolitik dan mengundi, iaitu hak yang tidak diberikan oleh banyak negara kepada warga yang berasal daripada masyarakat imigran.
Nga Kor Ming mungkin rasa dia tidak bersalah, seorang yang naif kerana sekadar 'berkongsi' punca gambar tersebut disiarkan tetapi berdasarkan kepada perbuatan-perbuatannya sebelum ini, niat serta maksudnya amat jelas!!!
6 comments:
Inilah manusia yg paling hina ngo yg tongok semua isu hdk di politikkan
Ng Khor Ming diingatkan jangan sentuh bangsa Melayu, jika nak hidup lama.
Kita tengok nanti, apakah najib berani mempertahankan maruah bapanya dan keturunannya.
Kalau masih berkuasa pun tak mampu, apakah kita rakyat marhein boleh mengharapkan daripadanya?
Cina bangsat Nga ni elok sumbat dlm penjara... byk sangat salah dia buat utk ganggu gugat keselamatan dan keharmonian di Malaysia.. KDN.. PDRM tolong buka mata sikit... tak banyak sikit aje.. ambil lah tindakan seblm rakyat ambil alih tugas awak.. lepas tu awak tangkap rakyat .. cina celaka nie lepas dan ketawa terbahak2
Bukan saja fiabtak layak jadi wakil rakyat.
Nga kor meng adalah seorang cina yg tak layak tinggal di tanah melayu
Pancung aja Komunis Babi Nga Komeng
Post a Comment