Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 18, 2017

MUKHRIZ MAHATHIR TERPAKSA TELAN KEBODOHAN SENDIRI BILA AHMAD BASHAH BUKTIKAN, DIA LEBIH BAIK WALAUPUN BUKAN BERBINKAN MAHATHIR!!!



Ketika bapanya sedang bertungkus lumus memujuk HINDRAF yang bercakap nesar kononnya boleh mendapatkan undi untuk Pakatan Harapan, si anak yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah yang kemudiannya terpaksa letak jawatan selepas kehilangan sokongan di DUN Kedah pula terpaksa pujuk hati sendiri.

Apa yang tidak dikeji dan dikatanya terhadap Ahmad Bashah Hanipa, orang yang banyak membantunya di Kedah bahkan menjalankan tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh Mukhriz dan akhirnya mengambialih sepenuhnya tugas Menteri Besar selepas Mukhriz hanya mahu mempergunakan jawatan Menteri Besar untuk berseronok-seronok.

Dari gelaran Datuk Seri Mat Lena sehinggalah memperlekehlan latar belakang akademik Ahmad Bashah.


Namun akhirnya Mukhriz terpaksa menelan segala kecamannya untuk dirinya sendiri. Ahmad Bashah telah berjaya membuktikan bagaimana rezab tunai Kedah yang telah dikeringkan oleh Mukhriz dari lebih RM200 juta peninggalan Almarhum Azizan Abdul Razak hanya tinggal RM40 juta lebih sahaja, kembali dipertingkatkan semula kepada lebih RM200 juta.

Dalam sidang DUN yang sedang berlangsung, Mukhriz mengadu tentang dia yang dikacau dan diganggu oleh siber truper. Konon-kononnya dia tak kisah sebab dia ahli politik. Ironinya kalau dia tidak kisah, dia tidak akan mengadu.

Begitu juga ketika dia mempersoalkan tentang peruntukan Kerajaan Pusat yang lebih mudah kepada pentadbiran Ahmad Bashah berbanding pentadbirannya. Mukhriz sebelum ini bercakap besar kononnya pentadbirannya langsung tidak dapat bantuan daripada Kerajaan Pusat. Namun apabila Kerajaan Pusat mengeluarkan statistik dan jumlah wang yang telah disalurkan kepada Kedah ketika di bawah pentadbiran Mukhriz, dia terus terkedu.


Sukar bagi Mukhriz untuk menerima hakikat bahawa Ahmad Bashah yang mempunyai pendidikan lebih rendah darinya, mampu memikul tanggungjawab lebih cemerlang berbandingnya.

Lebih memalukan Mukhriz lagi ialah, banyak 'deadlock' termasuklah projek-projek yang dijanjikan oleh Mukhriz semata-mata untuk mempopularkan dirinya, sekarang direalisasikan oleh Ahmad Bashah termasuklah PPRT di Pokok Sena dan perumahan di Kuala Kedah.

Mukhriz mungkin boleh berbangga sebab dia anak Mahathir tetapi Ahmad Bashah pula boleh berbangga kerana dia adalah Anak Kedah, yang tinggal di Kedah, berkeluarga di Kedah, berkhidmat di Kedah bahkan memahami masyarakat Kedah!

4 comments:

Anonymous said...

Yeke tak dpt majoriti sokongan DUN..bukan Najib nak buang dia ke..yeke rm200j bleh abis tinggal rm40j pastu basha ambik balik up rizab jadi lebih drp rm200j?

Nak menipu pun agak2 lah..pbt nak kumpul rm1j sebulan pun susah sebab org liat nak bayar cukai..inikan kat kedah? Boleh tak kau terangkan drp mana bleh nak rizab cepat mcm tu?

Jual bangunan ka? Jual tanah ka?

Anonymous said...

Aku rakyat kedah..apa pun tak ada yg baru. Yg ada pun sambung yg dulu

Unknown said...

Mukhriz belajar pandai tapi x bijak mentadbir.. Ahmad bshah pengalmnnya banyk.. Dalam sebuah sykt.. Sy intview calon yg dgree tpi x ada penglmn.. Satu calon lagi setakat sekolah tiada dgree tpi cukup bnyk pnglmn.. Sy akn pilih yg ada pglmn.. Di luar negara sana pglmn sngat mahal..

Anonymous said...

Dah majlis pemangku sultan sendiri takmau dia. Agak2 kalau x mb tu rase majoriti adun sokong dia, dia hantar surat letak jawatan tak? Ralat statement ko: Rm400 juta jadi RM40 juta baru betul

 
Blogger Templates