Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 14, 2017

NOTHING TO HIDE 2.0, ANWAR IBRAHIM PUN BALUN DR. MAHATHIR!!!



Hanya pada era Najib Abdul Razak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sahajalah, banduan-banduan kes jenayah termasuklah jenayah liwat mempunyai kebebasan untuk membuat kenyataan-kenyataan media mengikut masa yang disukainya. 

Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun di Penjara Sungai Buloh kerana jenayah liwat yang berjaya dibuktikan di mahkamah dan tidak langsung disanggah oleh Anwar Ibrahim meskipun perjalanan kes tersebut memakan masa yang sangat lama. 

Namun dari hari pertama dia dipenjarakan sehinggalah sekarang, beratus-ratus kenyataan medianya boleh dibaca dan ditularkan oleh para pengikutnya. 

Terbaharu, Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan untuk mempertahankan hak kebebasan bersuara termasuklah membabitkan bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir selepas forum yang dianjurkan oleh ARMADA Cap Bunga disabotaj oleh ahli sendiri demi usaha menyalahkan UMNO dan meraih simpati masyarakat. 

Ketua Umum PKR itu menuduh polis tidak mengambil sebarang tindakan ketika bas yang dinaikinya dilempar batu dan cermin bas dipecahkan semasa dia berada di dalam bas itu pada PRU-13 yang lepas. 

Menurutnya lagi, dalam ceramah Mahathir semalam yang kemudian diganggu oleh beberapa orang pencetus masalah, kebimbangan tentang kejadian seperti itu akan berulang dan berleluasa pada PRU-14 akan datang, amat kuat. 


"Kerajaan perlu bertanggungjawab untuk memastikan hak dan kebebasan menyuarakan pandangan, termasuklah oleh Dr. Mahathir, perlu dipertahankan," kata Anwar dalam kenyataan tersebut. (RUJUK SINI)

Pihak polis sebelum ini enggan memberikan kebenaran dan kelulusan bagi penganjuran Nothing To Hide 2.0 kerana faktor keselamatan, apatah lagi langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh penganjur iaitu ARMADA, amat kebudak-budakan. Polis bagaimanapun, dituduh enggan bekerjasama dan cuba menahan Dr. Mahathir daripada bersuara. 

Apabila berlaku kejadian seperti semalam, polis dan kerajaan pula yang dipersalahkan. Sekaligus membenarkan teori dan jangkaan sebelum ini, bahawa program Nothing To Hide 2.0 itu sebenarnya rancangan untuk memalukan Najib dan mengangkat Mahathir menerusi provokasi dan anarki. Bagaimanapun, keadaan jadi sebaliknya. Yang dimalukan adalah Dr. Mahathir dan Parti Cap Bunga sendiri. 

Kritik terhadap Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri paling lama di negara ini, sudah lama kedengaran. Sepanjang kekuasaan, Mahathir dituduh menyekat kebebasan bersuara. Pentadbirannya turut menahan lebih 100 orang penentangnya dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1987 menerusi Operasi Lalang. Malah dia turut menutup tiga buah akhbar aliran perdana yang didapati menentang dan kerap mengkritiknya.

Dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam semalam, kekecohan mula tercetus apabila Dr. Mahathir gagal menjawab soalan tentang Tragedi Memali. Kekecohan tersebut sekaligus menyelamatkan Dr. Mahathir daripada terus menjawab dan digiring pantas oleh pasukan polis yang telah ditugaskan untuk menjaga keselamatannya.

Tiga orang remaja dilaporkan telah direman selama 4 hari bagi membolehkan siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dijalankan kerana terlibat dalam mencetuskan kekacauan dan memiliki senjata bahaya. 


2 comments:

Unknown said...

Setuju..
Tak der ke undang2 yg melarang sesuatu macam ni..
Adilkah kepada banduan2 lain..? Anwar macam mafia plak..

Unknown said...

Pada zaman DS Najib je korang boleh cakap apa nak cakap/tuduh semberono..kalau zaman Tun M dah lama korang kena simpan..

 
Blogger Templates