Dari awal lagi, melihat kepada provokasi-provokasi yang dibuat serta cabaran-cabaran kepada beberapa orang pemimpin UMNO yang dilihat agresif seperti Armand Azha dan Jamal Mohd Yunos, sudah terkuak niat sebenar dan rancangan yang diatur lebih awal.
Di media-media sosial khususnya di Facebook, sesiapa sahaja dijemput menghadiri program yang dianjurkan oleh ARMADA Cap Bunga itu untuk bertanyakan sebarang soalan kepada Dr. Mahathir.
Mengenali Dr. Mahathir dan corak serta gaya kepimpinan serta taktik-taktiknya sepanjang 22 tahun pentadbirannya ke atas negara ini, apa yang berlaku dalam Program Nothing To Hide 2.0 semalam, sebenarnya tidak lebih daripada usaha untuk menutup kepincangan dan isu sebenar.
Dan untuk menutup malu itu, Syed Saddiq terpaksa bermain dengan taktik lama iaitu menyalahkan pihak lawan. Exco-Exco ARMADA yang membuat laporan polis dan membangkitkan isu berkenaan Mahathir serta anak-anaknya itu dilabelkan sebagai PENYULUH UMNO di dalam ARMADA. Mereka dikatakan sebagai tentera upahan UMNO yang telah menyusup masuk ARMADA semata-mata untuk menjahanamkan Parti Cap Bunga yang konon-kononnya sedang mendapat sambutan hebat daripada rakyat Malaysia, walaupun jumlah keahliannya tidak sampai pun 30,000 orang di seluruh negara.
Dan apabila pertanyaan tentang Tragedi Memali yang menyaksikannya berbohong konon dia berada di luar negara sewaktu kejadian sedangkan dia sebenarnya berada di Kuala Lumpur, keadaan mulai kecoh. Kerusi dilempar dari bilik urusetia ke bawah. Suar dibakar di dalam dewan. Keadaan menjadi kecoh. Tumbuk-menumbuk dan selipar berterbangan.
Perangkap yang dipasang bagi melancarkan perancangan, sebenarnya telah gagal kerana kebanyakan orang yang dijemput, telah pun membaca perancangan untuk menimbulkan kekacauan. Masing-masing telah menjangkakan, dengan cara cabaran agar hadir, provokasi kononnya Mahathir akan menjawab semua soalan tanpa berselindung walaupun hakikatnya, Mahathir tidak pernah bercakap benar, terbukti benar apabila kontroversi dan polemik di Dewan Raja Muda Musa dipertontonkan, semata-mata untuk menyelamatkan Mahathir daripada menjawab soalan-soalan yang akan menjatuhkan maruahnya selaku bekas Perdana Menteri Malaysia.
Persoalan besar yang sedang diperkatakan sekarang ialah, bagaimana suar boleh dibawa masuk ke dewan tersebut dan dilepaskan?
1 comment:
Armand yg serupa badak hitam di pakai UMNO utk buat kekecohan kerana benda ini tak ada otak. Muka cam binatang sesuai utk melakukan kerja2 kotor.
Post a Comment