Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 8, 2017

SERBA TAK KENA... UNISEL-JANANIAGA DAH PECAH, CUBA KALIH KE ISU SPLASH-BEKALAN AIR, TAPI TETAP KENA BATANG HIDUNG AZMIN ALI JUGA!!!



PKR terutama menerusi Azmin Ali sangat berbangga setelah dua penggal menguasai Selangor. Selangor pula merupakan negeri termaju di Malaysia. Bukan maju di tangan PKR dan Pakatan sebaliknya, Selangor telah dimajukan dan menerima pelbagai kelebihan berbanding negeri-negeri lain semenjak negara ini di bawah pentadbiran British lagi. 

Apabila British berambus, Kerajaan Malaysia yang didokongi oleh UMNO meneruskan dasar tersebut terutama apabila Kuala Lumpur yang terletak dalam negeri Selangor sebelum menjadi Wilayah Persekutuan, telah dijadikan Ibu Negara.

Pelbagai kemajuan telah dilonggokkan oleh UMNO-Perikatan dan UMNO-BN di Selangor. Walaupun negeri-negeri lain merupakan pengeluar bahan-bahan mentah dan komoditi tetapi Pelabuhan Kelang terletak di Selangor. Lapangan terbang antarabangsa juga terletak di Selangor. Bahkan untuk membeli barangan di Sabah dan Sarawak, ia perlu perlu didaratkan di Selangor terlebih dahulu sebelum kapal-kapal lain membawanya ke Sabah dan Sarawak. 

Pendek kata, Selangor mengutip pelbagai ufti dari negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan kemudian menjadi negeri termaju.

Pakatan hanya memenangi Selangor pada tahun 2008. Selangor sudah pun mendahului negeri-negeri lain ketika Pakatan yang diketuai oleh DAP tetapi berproksikan PKR mengambilalih pentadbiran negeri itu. Namun 9 tahun berada di bawah pentadbiran Pakatan dengan Azmin Ali sebagai Menteri Besarnya, perlahan-lahan prestasi Selangor sebelum ini merosot teruk. Bukan sahaja segala perbelanjaan melibatkan wang rakyat Selangor berkali-kali ganda mahalnya dan kemudian hilang tidak dapat dikesan, tetapi juga tiada sebarang pembangunan fizikal daripada Kerajaan Pakatan kecuali projek-projek Kerajaan Persekutuan untuk Lembah Kelang.

Kalau ada pun projek-projek yang diumumkan oleh Kerajaan Pakatan, ianya tidak lebih daripada sekadar projek-projek retorik dan air liur. Lebih tepat lagi, sekadar satu lakonan yang tidak berkesudahan. 

Antaranya termasuklah pembekalan air yang masih belum selesai-selesai sehingga ke hari ini walaupun Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Najib Abdul Razak telah membiayai projek tersebut di Selangor sebanyak RM2.9 bilion!

Ramai rakyat Selangor, khususnya para penyokong PKR-Pakatan bukan sahaja BUTA PERUT tetapi juga BUTA AKAL kerana tidak dapat melihat bagaimana sebenarnya kerajaan negeri yang mereka bangga-banggakan itu sebenarnya telah 'menghilangkan' sejumlah besar wang pembayar cukai. 

Hari ini, Ahli Parlimen PKR, Wong Chen menyerang Menteri Air dan menuduh, penundaan pengambilalihan SPLASH adalah disebabkan KERAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK ADA WANG sehingga menyebabkan penduduk Lembah Kelang menghadapi catuan air yang berterusan. 

Sudah tentulah para penyokong Pakatan akan terus menyalahkan Kerajaan Persekutuan walaupun sebenarnya mereka menyalakkan kebodohan dan kemacaian mereka sendiri. 

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Azmin Ali sebelum ini telah pun meminjam sebanyak RM9.7 bilion pada tahun 2015. Kerajaan Azmin Ali itu jugalah yang telah menaikkan harga SPLASH dari RM250 juta yang telah ditetapkan oleh Menteri Besar Selangor terdahulu iaitu Khalid Ibrahim menjadi RM2.9 bilion. 

Sekarang, Kerajaan Negeri yang sama, mahu Kerajaan Persekutuan membayar harga MARK-UP yang mereka sendiri buat? Masih masih Kerajaan Persekutuan membuat pembiayaan tambahan RM2.4 bilion?

Hanya kerana penyumbangan kewangan terbesar PKR memiliki kepentingan 30% dalam SPLASH?

Perjanjian asal penstrukturan telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Khalid Ibrahim menunjukkan dengan jelas angka RM250 juta bagi penilaian SPLASH.

Secara tiba-tiba apabila Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar Selangor, harga dan nilai SPLASH itu menjadi 10 kali ganda atau lebih tepat lagi menjadi RM2.9 bilion. Kerajaan Negeri di bawah Azmin Ali kemudiannya menuntut Kerajaan Persekutuan membayar mereka lebih daripada nilai perjanjian awal. 

Dan apabila Kerajaan Persekutuan meminta agar Kerajaan Negeri membiayai 40% berbanding memberikan pinjaman 100%, Kerajaan Persekutuan dikecam dan dituduh tidak ada duit. Sekarang, siapa sebenarnya yang tidak ada duit sehingga terpaksa meminjam dan memaksa diberi pinjaman?

PKR dan Pakatan nampaknya terpaksa terus bergantung kepada kebodohan para penyokong mereka untuk terus kekal berkuasa di Selangor. 

Namun pada masa yang sama, mereka juga tahu, Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Najib Abdul Razak, lebih rela dikatakan bodoh dan diberikan pelbagai label serta gelaran daripada membiarkan rakyat serta penduduk Selangor kering kontang tidak berair. Kerajaan Najib juga tidak akan menjawab atau membalas pelbagai kecaman PKR-Pakatan itu sebaliknya tetap akan membantu walaupun tidak diterimakasih atau dihargai oleh pentadbiran negeri.


No comments:

 
Blogger Templates