Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 11, 2017

TAK TAHU APA NAK SERANG APA LAGI DALAM ISU ECRL, TULISAN DAN BANNER CINA PULA JADI SASARAN!!!



Saya ingat perasmian ECRL akan buat orang bangkitkan semula isu geopolitik atau keselamatan.

Rupanya tak. Yang lebih dikecohkan ialah beberapa "banner" dalam Bahasa Cina yang dikatakan sebagai "bukti" penjajahan China.

Aduhai tersembur sago santan saya. Itu pun jadi isu?

Yang duduk kecoh tu boleh baca Bahasa Cina? Tahu tak apa yang ditulis atas banner?

Gambar yang ditular tu pun terbalik. Mungkin mereka yang tak faham Bahasa Cina akan anggap atas tu ditulis "Long Live China" atau "China Number One".

Apa yang ditulis hanyalah slogan atau "tagline" syarikat China Communications Construction Company (CCCC) yang menyatakan visi, misi dan nilai teras syarikat.


Yang sebelah kanan ialah visi syarikat (企业使命 atau "qiye shiming") yang berbunyi "guji xiudao, lüfang zhiyuan" (固基修道,履方致远). Bahasa Cina klasik yang agak puitis.

Secara harfiahnya "guji" (固基) bermaksud "mendirikan asas", "xiudao" (修道) pula bermaksud "membina jalan". Padan dengan fungsi CCCC sebagai syarikat pembinaan jalan dan infrastruktur.

Tapi secara maknawiah ia merujuk kepada "memantapkan asas keperibadian dan menempuh jalan penyempurnaan akhlak". Maka ia disambung dengan "lüfang" (履方) yang bermaksud "berpijak di bumi yang nyata" dan "zhiyuan" (致远) membawa maksud "terbang tinggi" atau "mencapai impian".

Yang sebelah kiri ialah nilai-nilai teras syarikat (企业核心价值观 atau "qiye hexin jiazhiguan") iaitu "gongping" (公平) yang bermaksud saksama, "baorong" (包容) yang bermaksud inklusif, "wushi" (务实) yang bermaksud pragmatik dan "chuangxin" (创新) yang bermaksud inovatif.

Itu slogan syarikat orang. Apa kena mengena dengan "gadai maruah negara dan bangsa" pun saya tak tahu. Takkan slogan syarikat pun kena diterjemahkan kot.

Yang kelakarnya ada kenyataan berbunyi "hal gadai maruah negara dan bangsa" tidak berlaku "ketika membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port dan Menara Berkembar Petronas".

Tak tahu ke "KLIA" tu singkatan "Kuala Lumpur International Airport"? Kenapa kita tak guna "LTAKL" sebagai jenama? Kenapa Westports guna slogan "Proven. Trusted. Friendly" bukannya "Terbukti. Dipercayai. Peramah"? Kenapa Suria KLCC guna tagline "Always Something New" bukannya "Sentiasa Sesuatu Yang Baru"?

Iklan AirAsia di mana-mana pun tulis "Now Everyone Can Fly" bukannya "Sekarang Semua Orang Boleh Terbang". Tak rasa jelek dengan bahasa bekas penjajah pula?


Oh, begitu ya? Kalau syarikat orang putih atau mat salih celup tayang slogan Bahasa Inggeris, itu bukan penjajahan. Tapi kalau syarikat China guna bahasa mereka, itu dikatakan penjajahan pula.

Ibarat "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak".

Atau sebenarnya ada hipokrisi dan "double standard" di situ?

Sebenarnya tak ada isu pun. Dalam majlis perasmian di mana PM berucap, "backdrop" yang diguna meletakkan Bahasa Melayu di kedudukan atas sekali. Itu dah cukup membuktikan kita mendaulatkan Bahasa Melayu.

Tapi apa-apa pun, di abad ke-21 yang bakal jadi "Chinese Century", wajar kita belajar Bahasa Cina/Mandarin untuk kekal berdaya saing. Orang Nusantara kan sentiasa beradaptasi mengikut perubahan zaman demi kelangsungan tamadun.

Ni bukan. Dah lah ambil gambar pun terbalik, buat cerita fitnah pula.

#dedak #macai #ampu



5 comments:

Anonymous said...

ECRK bukannya isu . Yang menjadi isu ialah RM50 billion utk projek ini. Adakah suatu penilaian bebas dibuat ke atas kos ini, tak ada. Siapa yang akan membayar kos RM50 billion. Bapak awak ke? Lagi kenapa sistem roket Cina dibenarkan di Johor yg akan membahayakan negara. Inilah Najib cam Razak, depan lain belakang lain. Noah adalah diantara org yg terkaya semasa Razak jadi PM. Macam mana? Bapak borek anak rintik. Kedua dua bapa dengan anak juai negara kpd Cina.

Anonymous said...

Dah tak faham tapi sebok buat batu api/fitnah pula, ni contoh dapat dosa fred je kan3, kik3

Prince Righty I said...

Jom belajar bahasa Mandarin. Besar potensinya. Orang melayu nak maju mesti pandai cakap 3 bahasa.

Anonymous said...

Anak dengan bapa sama, hentam cina didepan ambe duit kat belakang. Yang mrk bincang hari ini ialah dgn komunis betul2 dan bukannya dgn cina malaysia. Kalau janji tidak ditepati, tunggulah jadi capati. Penjajahan akan berlaku tidak lama lagi. Bahasa Cina akan lebih penting lagi.

Anonymous said...

Yang ditulis di sepanduk2 adalah ' Satu lagi projek oleh Mao Tze Tung' dlm bahasa Cina. Harap Melayu belajar bahasa Cina kalau nak duduk di negeri Cina. Memang Cina dah darat kat Semananjung sebelum Melayu masuk sini tapi mrk tak berminat duduk kat sini dan hanya nak tempat berehat ketika dlm pelayaran dari Cina ke India.

 
Blogger Templates