Tingkat 53 KOMTAR menempatkan pejabat Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang cukup terkenal dengan nama panggilan Mr. So What?
Serbuan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM ke atas sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu. Kilang tersebut dipercayai memproses serbuk kayu yang mencemarkan alam sekitar di Kampung Sungai Lembu.
Turut serta dalam operasi di Kampung Sungai Lembu itu adalah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kekuatan kira-kira 50 orang pegawai dan anggota.
Kilang haram tersebut telah beroperasi semenjak 10 tahun lalu dan didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah yang berstatus tanah pertanian.
SPRM turut menyerbu pejabat MPSP dan pejabat operasi kilang terbabit di Bukit Mertajam bagi merampas dokumen-dokuen berkaitan di premis-premis tersebut.
Kilang haram tersebut telah beroperasi semenjak 10 tahun lalu dan didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah yang berstatus tanah pertanian.
SPRM turut menyerbu pejabat MPSP dan pejabat operasi kilang terbabit di Bukit Mertajam bagi merampas dokumen-dokuen berkaitan di premis-premis tersebut.
Serbuan ke atas pejabat Phee Boon Poh menimbulkan tanda tanya yang sangat besar. Difahamkan SPRM telah menyiat banyak fail dan dokumen dalam serbuan yang dijalankan.
Bagaimana kilang yang beroperasi secara haram selama 10 tahun itu dibenarkan dan pihak berkuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak nampak? Walhal PBT-PBT Pulau Pinang amat aktif memusnahkan gerai-gerai kecil dan menghapuskan aktiviti penjaja kecil atas nama perundangan.
Berpuluh-puluh laporan tentang kewujudan kilang haram tersebut telah dibuat oleh penduduk di kawasan tersebut yang menghidap pelbagai penyakit serius akibat pencemaran, tetapi langsung tidak diendahkan sebelum ini.
Apakah sebenarnya kilang haram tersebut 'dilindungi' oleh pihak-pihak tertentu sehingga akhirnya mengundang kedatangan SPRM?
3 comments:
Siasat hingga jumpa dalangnya.
SPRM boleh tutup kedai tak malu punya natang takut menyiasat 1MDB pandai tangkap tupai je.
Siasat sampai lubang cacing.
Post a Comment