Lebih melucukan lagi ialah apabila Rafizi Ramli juga mengatakan, pertemuan tersebut hanya berlangsung selama 30 minit. Kononnya dia mendapat maklumat tersebut daripada sumber dalaman yang tidak dinamakan.
Bagaimanapun, dalam persekitaran ledakan teknologi maklumat yang amat bebas pada zaman pentadbiran Najib Abdul Razak ini, segala tohmahan seperti yang dilakukan oleh Rafizi Ramli dapat disanggah dengan mudah menerusi akses ke pelbagai sumber maklumat terutama sekali maklumat rasmi sama ada dari PMO Malaysia mahupun Pejabat Setiausaha Media Rumah Putih.
'Muqaddimah' itu sahaja telah berlangsung selama 7 minit iaitu dari jam 12:11 tengah malam (waktu Malaysia) sehingga jam 12:18 tengah malam (waktu Malaysia). Antara yang diperkatakan dalam 'muqaddimah' tersebut adalah penambahan pembelian pesawat Boeing oleh MAS membabitkan 25 buah psewat 737 MAX 10, 8 Dreamliners, selain penambahan 25 buah lagi pesawat pada masa hadapan membabitkan 737 MAX 10. Keseluruhan urusniaga tersebut bernilai lebih USD10 bilion.
Turut diperkatakan adalah pelaburan oleh KWSP di Amerika Syarikat. Pelaburan sedia ada KWSP di Amerika Syarikat berjumlah USD7 bilion dalam bentuk ekuiti akan ditambah USD3 atau 4 bilion lagi. Begitu juga dengan pelaburan membabitkan Khazanah yang sudah pun mempunyai pejabat di Lembah Silikon. Khazanah telah melabur sejumlah USD400 juta menerusi syarikat-syarikat berteknologi tinggi dan bersedia untuk menambah pelaburan di negara Red Indian itu.
Selain itu, Perdana Menteri juga menyentuh tentang ancaman IS atau ISIS atau DAESH. Malaysia telah memberikan komitmen untuk memerangi kumpulan tersebut dan turut berikrar akan menyokong pentadbiran-pentadbiran Islam yang moderat dan progresif di seluruh dunia agar dunia menghapuskan buruk sangka terhadap Dunia Islam. (RUJUK SINI)
Ada juga yang memperolok-olokkan tentang kepentingan lawatan kerja Najib Abdul Razak ke Amerika Syarikat. Mereka cuba membuat kesimpulan mudah, kononnya Najib Abdul Razak 'menyerah diri' agar tidak ditangkap dan didakwa oleh DOJ setelah mereka sendiri yang melabelkan Najib sebagai orang yang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat.
Malu punya fasal, terpaksalah mereka-reka cerita yang tidak masuk akal, termasuklah kononnya pertemuan antara Najib dan Trump hanya berlangsung sekadar 10 atau 30 minit yang kesudahannya menggadai kepentingan negara.
4 comments:
Hati busuk...sbb itu org lain serba tak kena.
Kalau berurusniaga dengan Cina dikatakan ingin menjual negara kepada negara Cina. Kini berurusniaga dengan USA nanti dikatakan ingin menjual negara kepada USA lah pulak. Aduhhhh
Aku bukan suka sgt dgn si trump ni , tapi atas dasar dia tu ketua negara dia org kira bisa la.
mcm mana pun satu hal si trump ni yg aku suka iaitu dia anti gay and gang.
Takkan sampai nak tidur bersama Trump not? Bengap lah so Sotong rebus PKR not...Tolak Rafizi/PKR
Post a Comment