Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 2, 2017

ROHINGYA: DI MYANMAR MEREKA DIZALIMI DAN DIBUNUH SESUKA HATI, DI MALAYSIA, MEREKA RASA MEREKA LEBIH BESAR DARI RAKYAT MALAYSIA!!!!



Rasa meluat sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap pendatang atau pelarian Rohingya ke negara ini, semakin ketara dan memuncak setelah Rabu lepas mereka berhimpun beramai-ramai di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang, kononnya untuk menyampaikan nota bantahan kepada kontinjen Myanmar yang menginap di sebuah hotel di situ.

Demonstrasi tersebut asalnya dianjurkan oleh beberapa NGO Islam yang terdiri daripada MAPIM, PAS Relief, Food Flotila for Myanmar dan beberapa NGO lain bersama-sama kumpulan etnik Rohingya. Asalnya juga mereka merancang untuk menyerahkan memorandum bantahan kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya di Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun sehingga jam 9:30 pagi hari Rabu, 30 Ogos 2017, terdapat seramai lebih 1000 orang Rohingya mula berkumpul di kawasan Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Mereka mula mengganggu dan menghalang lalu lintas.


Antara pemimpin NGO Islam Malaysia dan Ketua Etnik Rohingya yang dikatakan hadir adalah:

(a) Mohd Azmin bin Abdul Hamid (Cikgu Azmi) - MAPIM
(b) Zafar Ahmad bin Abdul Ghani - Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Right (MEHROM).
(c) Abdul Ghani - Setiausaha Agung Rohingnya Society Malaysia (RSM).
(d) Muhamad Sanusi Md Nor - Pengarah PAS Relief merangkap AJK PAS Pusat.

Kerajaan Malaysia secara dasarnya tidak mempunyai sebarang perjanjian tentang pelarian. Secara tidak langsung, pelarian Rohingya bukanlah tanggungjawab kerajaan dan negara ini. Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam, kerajaan Malaysia telah membenarkan mereka menyelamatkan diri daripada keganasan sami-sami Buddha di Myanmar walaupun terdapat etnik-etnik lain di Myanmar yang beragama Islam, tetapi tidak pula mengalami nasib yang sama seperti Rohingya.

Kini Rohingya 'bersarang' di beberapa tempat terutama kawasan tumpuan mereka di Selayang, sekitar kawasan Pasar Borong lama. Sebahagian besar daripada mereka tidak bekerja kerana mereka mempunyai 'industri domestik' yang tersendiri. Sebahagian besar yang lain pula, menguasai tong-tong sampah dan apa-apa sahaja barangan yang boleh diangkut dan dijual kepada kedai-kedai kitar semula seperti yang terdapat di Pandan Mewah, Ampang. Sebahagian yang lain menjadikan industri meminta sedekah di pasar-pasar malam, simpang-simpang jalan berlampu isyarat dan sebagainya.


Malang buat rakyat Malaysia dan penduduk setempat. Seperti melepaskan anjing tersepit, peningkatan kadar jenayah 'petty' dan berat meningkat begitu tinggi. Berselindung di sebalik UNHCR, menjadikan pihak berkuasa di Malaysia seperti tidak ada sebarang daya upaya. Sebarang tindakan pihak berkuasa ke atas etnik tersebut, akan berakhir dengan campurtangan UNHCR sekalipun badan dunia tersebut sekadar mengeluarkan kad untuk mereka.

Kad UNHCR seperti kuasa besar untuk mereka bukan sahaja menguasai bahagian-bahagian tertentu negara ini, tetapi juga untuk membebaskan mereka berbuat apa-apa sahaja!

Sambutan Hari Raya Korban 2017 di beberapa tempat di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, menyaksikan bagaimana masyarakat pelarian tersebut bersikap sembrono dan langsung tidak menghormati undang-undang dan peraturan negara ini. Badan-badan dan persatuan-persatuan pelarian Rohingya pula, sekadar ada nama tetapi langsung tidak mendidik warga Myanmar yang tidak diperakui negara sendiri itu tentang budaya hidup di Malaysia yang sama sekali bertentangan dengan gaya hidup lama mereka.

Pesta menyembelih ternakan yang mereka namakan sebagai korban, berlangsung di mana-mana sahaja mereka sukai. Dalam satu video tular, menunjukkan bagaimana pesta tersebut berlangsung di tepi jalan di Pudu, di tengah-tengah Kuala Lumpur.


Pada ketika pihak berkuasa veterinar Malaysia memberitahu rakyat negara ini yang mereka perlukan permit dan kelulusan untuk melakukan sembelihan, puak-puak Rohingya dan masyarakat pendatang di negara ini pula, bebas sebebas-bebasnya untuk melakukan sembelihan tanpa perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pihak penguatkuasa pula nampaknya seperti tidak ambil peduli, atau dengan kata lain, hanya memandang sebelah mata sambil menganggap masalah yang diwujudkan oleh masyarakat pendatang, hanyalah masalah kecil.

Sudah sampai masanya untuk Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu tentang pelarian Rohingya dan pendatang lain secara amnya. Sikap membiarkan mereka berbuat sekehendak hati, semakin memualkan dan menjelakkan rakyat.

Kalau suatu ketika dahulu, pelarian ditempatkan di suatu kawasan khas berpagar atau di sebuah pulau bagi mengelakkan masalah secara langsung dengan rakyat dan penduduk tempatan, mengapa dalam hal Rohingya, Kerajaan Malaysia mengamalkan perkara yang berbeza.

Benar, kita menolong mereka atas dasar kemanusiaan yang kemudian diselindungi dengan elemen agama. Hakikatnya, kebimbangan dan ketakutan rakyat tempatan terhadap kaum pendatang tersebut, boleh menyebabkan negara menjadi tidak stabil. Apatah lagi terdapat terlalu banyak laporan-laporan kegiatan jenayah membabitkan golongan berkenaan.


Berita penghujung 2014 dan awal 2015 tentang penemuan cebisan-cebisan mayat yang telah dikerat-kerat dan kemudian dimasukkan ke dalam guni di dalam sebuah rumah di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam, tentunya masih segar dalam ingatan kita. Mangsa adalah orang Rohingya. Pembunuhnya juga orang Rohingya. Motifnya dendam dari Myanmar, dan dibawa ke Malaysia. Pembunuhannya dilakukan di negara ini. (RUJUK SINI)

Warga asing di negara ini perlu diberitahu bahawa negara ini ada undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Negara ini bersifat majmuk masyarakatnya. Negara ini dibina daripada kesepaduan dan permuafakatan pelbagai kaum dengan terasnya adalah Melayu-Bumiputera dan asasnya adalah Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan.

Pihak berkuasa seharusnya keluar daripada dilema untuk melakukan penguatkuasaan ke atas rakyat asing di negara ini supaya rakyat negara sendiri tidak mengambil tindakan sendiri kerana sudah muak dan jelak dengan sikap pendatang asing yang semakin hari semakin biadap.

Lakukan sesuatu segera dan secara tuntas dalam menangani masalah yang dibawa oleh pendatang atau pelarian yang semakin ketara di negara ini!

Lembut lembik dan toleransi yang keterlaluan seperti yang ditunjukkan pihak berkuasa terhadap rakyat asing sekarang, terlalu membahayakan keselamatan negara dan rakyat negara ini!!!


3 comments:

Anonymous said...

Rohinga berniaga di depan sri ternak selayang sampai makan separuh jalan raya situ. Jem setiap hari jgn cakaplah. Buang sampah merata rata. Mereka SANGAT PENGOTOR. Hairan, dah bertahun berniaga tapi MPS yang hanya 3 km dari situ buat buat buta je.
Org kita terpekik pekik nak tolong rohinga dari kena sembelih. Tapi rohinga sini sembelih melayu pelan pelan tak sapa peduli. Tau ke, rohinga beli hilux cash kat selayang nak buat angkat brg pasar borong.

Anonymous said...

Itulah masalahnya jika kita sanggup terima mereka masuk tetapi tak ada pihak yg sanggup mengawal serta mendidik mereka cara kehidupan di negara kita.

Anonymous said...

Setuju dgn anon 9:59, kena ada satu badan uruselia mereka yg baru dgn budaya disini.
di tempat aku ok je ethik rohinya ni, kumpulan mereka kecil saja.

 
Blogger Templates