Pendedahan sebelum ini menunjukkan Mahathir memperolehi sebuah banglo, hadiah daripada pemilik Country Heights dan juga mempunyai pemilikan saham besar dalam hotel 5 bintang Palace of Golden Horses yang dimiliki oleh Country Heights.
Selain itu, Mahathir turut terlibat dalam perniagaan bersama-sama taukeh besar ini dan anak perempuannya dalam sebuah syarikat yang menyewa jet dan kapal terbang peribadi di mana Mahathir tersenarai sebagai Pengerusi. Syarikat itu bernama Flyjet Sdn. Bhd. (RUJUK SINI)
Flyjet sekarang ini dilaporkan memiliki dua buah Bombardier Challenger 601 dan sebuah Boeing 737-33A.
Flyjet sekarang ini dilaporkan memiliki dua buah Bombardier Challenger 601 dan sebuah Boeing 737-33A.
Tindakan yang diambil oleh LHDN menyebabkan Mahathir menjadikan LHDN sebagai bahan serangannya dan menuduh badan tersebut sengaja memburu taukeh-taukeh pro-Pakatan.
Sebelum itu dilaporkan, LHDN telah membekukan simpanan tetap pemilik Country Heights itu di sebuah bank asing bernilai RM126 juta sehinggalah dia membayar cukai pendapatannya. Taukeh Country Height itu tidak pernah mempertikaikan jumlah cukai yang perlu dibayarnya dan telah pun membayarnya. (RUJUK SINI)
Namun, Mahathir tetap tidak berpuas hati dan menyerang LHDN sehingga menyebabkan badan tersebut terpaksa mengeluarkan kenyataan menyanggah tuduhan-tuduhan Mahathir. Sememangnya undang-undang percukaian jelas menyatakan sama ada seseorang itu berhutang atau sebaliknya. (RUJUK SINI)
Dan sekiranya mana-mana orang yang dikenakan cukai tidak berpuas hati dengan penilaian mereka selepas audit atau siasatan, mereka boleh membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) dalam tempoh 30 hari.
SCIT adalah sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa untuk mendengar sebarang bantahan daripada pembayar-pembayar cukai. Keputusan SCIT juga boleh dirayu di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan. Hak dan kepentingan pembayar cukai terlindung di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Tiada yang lebih penting kepada Mahathir melainkan kroni dan taikun-taikun yang menjadi kawan-kawannya. Maka tidak hairanlah mengapa dan bagaimana harta negara begitu banyak dilambakkan kepada mereka sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri. Dan yang lebih menarik lagi ialah, bilamana dia cuba menjadikan mereka sebagai golongan yang tidak boleh disentuh dengan sebarang undang-undang negara ini!
Dan tidak hairanlah mengapa Mahathir marah sangat dengan Najib setelah Najib begitu berani menyentuh dan mengacau kepentingan kroni serta taikun-taikun yang menjadi kawan-kawannya!

No comments:
Post a Comment