Semalam, selama 38 minit sidang media diadakan oleh Syed Saddiq di Ibu Pejabat PPBM. Ceritanya tetap sama. Sekadar berkisar tentang rasa tidak puas hati dan teori-teorinya mengapa beberapa pemimpin asal PPBM keluar parti. Dia masih lagi bercakap tentang sogokan dan rasuah yang menyebabkan mereka berubah hati kerana itulah alasan paling sensasi yang mampu dicerna oleh akalnya. Syed Saddiq tidak mampu berfikir lebih jauh terutama tentang langkah-langkah politik yang diambil oleh bekas-bekas pemimpin PPBM tersebut berdasarkan pengalaman mereka.
Mencari nama dengan jalan sensasi merupakan kaedah paling pantas yang mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik, terutama sekali ahli politik baru seperti Syed Saddiq.
Justeru apabila dia bermain api dengan menyebut beberapa nama dalam sidang medianya di Hotel Seri Pacific 3 hari lalu terutama sekali sogokan yang dibuat oleh seorang individu bernama HABIBUR RAHMAN yang konon-kononnya seorang penasihat kanan Perdana Menteri sehingga membolehkan beberapa orang pemimpin PPBM seperti Cikgu Kamaruzzaman, Anina, Datuk Hamidah dan beberapa orang Exco ARMADA bertindak keluar parti, dia telah diminta dan dicabar untuk melaporkannya kepada SPRM. Bukan itu sahaja, Syed Saddiq juga dicabar untuk membuktikan kebenaran tuduhannya.
Syed Saddiq juga dilaporkan telah membuat laporan polis. Bagaimanapun, laporan polis yang dibuatnya bukanlah kerana dia cuba disogok atau dirasuah, sebaliknya mendakwa, dia telah menerima ugutan penyebaran gambar-gambar sensitifnya.
Laporan polis telah dibuat di IPD Subang Jaya. Menurutnya dia telah menerima beberapa keping gambar yang sangat sensitif yang boleh dikategorikan sebagai ancaman. Gambar-gambar tersebut diterimanya menerusi telefon namun dia enggan menamakan orang yang menghantar gambar-gambar berkenaan atau bila masanya dia telah menerima gambar-gambar tersebut.
Dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PPBM pun, Syed Saddiq gagal menjawab berhubung surat tawaran Universiti Oxford tersebut sebaliknya menyalahkan orang ramai kerana memberikan tumpuan berlebihan kepada surat tersebut, bukannya kepada perkara pokok iaitu dia cuba disogok, dirasuah dan diarahkan meninggalkan PPBM.
4 comments:
Cerita UMNO yg dengki terhadap orang yg mengutuk parti setan ni.
anak jembalang baru belajar meniarap....ada hati nk berpolitik....
Dah ramai melayu harbi seronok sangat menyembah komunis pig ...tapi yelah dah harbi sama ajer dgn parti hati babi dap komunis.klau melayu2 harbi masok
kandang babi babi2 pon terkejut sbb hati busuk dari najis2 babi.
Kalau pakai vedeo sudah tentu itu adalah perbuatan UMNO. Ada penyunting video sepenuh masa di pejabat PM ataupun bolehlah disub kepada Rahim Thamby Chik, pakar video seks UMNO. Inilah cara2 yg dipakai utk mengangkat martabat Melayu.
Post a Comment