Pada ketika itu, Mahathir utuh pada kedudukannya kerana terus disokong oleh ahli-ahli UMNO walaupun sebahagian besar orang UMNO tidak menyokong tindakan Mahathir yang jelas cuba menyelamatkan legasi, jawatan serta kroni-kroninya.
Ahli-ahli UMNO pada ketika itu terpaksa memilih antara mengekalkan kerajaan dengan ketidakstabilan yang akan menghancurkan negara ini setelah Thailand dan Indonesia berhadapan dengan krisis yang sangat teruk kesan daripada masalah ekonomi, kewangan dan politik.
Mahathir akhirnya berjaya mengharungi masalah tersebut biarpun sokongan kepadanya terus merudum. Perjanjian dan persetujuan dengan Shuqui dan Dong Zhong mengekalkan penguasaan Mahathir selain pembahagian kawasan-kawasan pilihanraya baru yang memberikan kelebihan kepadanya tetapi dalam jangka panjang akan menghancurkan perpaduan negara ini.
Terbukti segala kebimbangan itu menjadi realiti apabila melihat perpaduan di kalangan rakyat kebelakangan ini yang srmakin merosot dan semakin membiaknya provokasi agama dan perkauman.
Dengan kata lain, ketika dia melepaskan jawatan Pengerusi SPR, Najib Abdul Razak belum pun dilantik dan menerima tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia!
Dalam ucapannya, Rashid berkata, sebagai bekas Pengerusi, jangan terkejut dengan kehadirannya dalam himpunan tersebut kerana dia meluat dengan bosnya dahulu. Katanya lagi, bosnya dahulu menipu dan suka merompak dan menyamun.
Menurutnya lagi, pelbagai penipuan telah dilakukan dalam pilihanraya. Oleh kerana itu, selagi dia terus berada di dalam Pakatan Harapan, dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Sebaliknya akan memastikan kerajaan sedia ada disepak keluar.
Justeru, siapakah 'BOS' yang dimaksudkan oleh Abdul Rashid, memandangkan boss dia dahulu hanyalah Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi. Kalau dia hendak mengatakan Abdullah Badawi sebagai penipu agak mustahil memandangkan Abdullah Badawi mengharungi PRU 2004 dalam keadaan yang sangat selesa sehingga berjaya memenangi PRU itu dengan kelebihan majoriti lebih dua pertiga. Bagaimanapun PRU 2008, Abdullah Badawi berhadapan dengan masalah sehingga akhirnya memaksa dia meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Abdul Razak pada tahun 2009.
Manakala Dr. Mahathir pula bergelut dengan pelbagai masalah untuk mengekalkan Kerajaannya dari tahun 1990 sehinggalah 1999. Pada tahun 1990, dengan jangkaan kemenangan akan berpihak kepada Semangat 46 yang mengetuai Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, keputusan PRU 1990 menyaksikan UMNO-BN yang dipimpin oleh Mahathir berjaya menang dengan majoriti dua pertiga.
Begitu juga pada tahun 1999 apabila gelombang kebangkitan rakyat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim begitu besar dengan ratusan ribu orang keluar berarak dan berdemonstrasi di jaan-jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, Mahathir berjaya juga menang PRU walaupun jumlah kerusi UMNO merosot dengan teruk. Pada ketika itu, Anwar Ibrahim dan PKR membangkitkan persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh SPR bagi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional.
Pertukaran Pengerusi SPR menyaksikan kemenangan BN merosot. Keterbukaan dan ketelusan yang menjadi dasar serta polisi kerajaan di bawah Najib Abdul Razak pula membolehkan SPR yang ketika pada zaman Mahathir merupakan badan yang tidak boleh disentuh dan dikritik, bergelut dengan beberapa prosiding mahkamah khususnya yang membabitkan pembahagian kawasan-kawasan pilihanraya.
Justeru, ramai yang bertanya, apakah sebenarnya Abdul Rashid menyuarakan kebencian dan rasa meluatnya kepada Dr. Mahathir di hadapan batang hidung Mahathir sendiri?
No comments:
Post a Comment