Itulah yang boleh dikatakan apabila kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali dari Parti Cap Bunga, tidak begitu teruja untuk bercakap tentang Himpunan Anti Kleptokrasi yang berlangsung pada hari Sabtu lepas di Padang Timur, Petaling Jaya.
PDRM hanya menganggarkan kehadiran berjumlah lebih kurang 4000 orang sahaja. Harakah, media utama PAS pula sekadar menganggarkan 1500 orang. Malaysiakini menganggarkan 8000. Laporan daripada beberapa media pula adalah kurang dari 10,000 orang. Dan kesemua angka tersebut jauh dari sasaran 100,000 orang!
Kenyataan pedih Pesuruhjaya PAS Selangor, "itulah gambaran awal sokongan rakyat terhadap Pakatan. Sepatutnya semakin dekat dengan pilihanraya, mood untuk berhimpun lebih tinggi, nammun saya boleh simpulkan hanya setakat itu sahaja kolaborasi yang boleh ditunjukkan rakyat terhadap Pakatan," menambahkan lagi luka dan penghinaan.
Ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan adalah punca kepada membazirnya perhimpunan tersebut. Telah ternyata, AMK yang diketuai oleh Nik Nazmi, PAN yang diketuai oleh Mat Sabu, ARMADA yang diketuai oleh Syed Saddiq dan DAPSY yang diketuai oleh Wong Kah Woh gagal total dalam menarik hadirin ke himpunan tersebut. Rungutan daripada penjual tentang ketiadaan golongan muda dalam himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu lalu adalah bukti kukuh kepada kegagalan berkenaan.
Mungkin agak keterlaluan kalau mahu menjadikan himpunan tersebut sebagai kayu pengukur kepada kejayaan atau kemunduran Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dalam PRU-14 akan datang, memandangkan UMNO dan Barisan Nasional pernah beberapa kali terkena dengan himpunan dihadiri secara besar-besaran oleh orang ramai, tetapi akhirnya UMNO dan Barisan Nasional kehilangan kerusi dan negeri seperti yang berlaku dalam PRU-14 lalu apabila Barisan Nasional kalah lebih teruk di DUN Selangor.
Namun sesuatu yang jelas ialah, Pakatan Harapan yang menampikan dan bermodalkan Mahathir serta barisan kepimpinan PPBM yang terpalit dengan pelbagai skandal kleptokrasi, tidak mampu menarik perhatian ramai walaupun pada peringkat awal, mereka menaruh harapan besar kepada Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin.
2 comments:
Sama2 pemimpin pun bagi angka yg xbetul..kuat tipu tul pemimpin padang timur ni..
Himpunan DAP...majoriti adalah daripada kaum cina dap.
Post a Comment