Dasar dan polisi Najib yang mengenepikan kepentingan kroni dan proksi Mahathir, akhirnya membuatkan Mahathir tidak lagi dapat menyamar dan berlakon. Dia melahirkan kemarahan yang bukan sedikit. Bekerjasama dengan media-media barat yang suatu ketika dahulu, dia kelihatan cukup anti dan menghalang rakyat Malaysia daripada membacanya dengan alasan media-media barat dengki dan kuat fitnah. Tidak cukup dengan itu, sabotaj ekonomi juga cuba dilakukan agar persepsi rakyat dapat diwujudkan kononnya Najib gagal mengawal ekonomi dan kewangan negara.
Mahathir dan kumpulannya bagaimanapun, agak bernasib baik memandangkan hampir semua sektor dikuasai oleh kartel. Dan kartel-kartel itu pula sangat sedar, mereka mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menyalahkan kerajaan. Kenaikan harga dan kekurangan barangan di pasaran, akan membuatkan masyarakat pengguna marahkan kerajaan. Kartel-kartel itu pula bukan sahaja tidak akan dipersalahkan, bahkan mereka boleh bertindak sebagai pencatur kuasa di negara ini menerusi pembiayaan ke atas parti-parti politik khususnya parti-parti pembangkang.
Ini adalah kerana semakin kukuh kedudukan kewangan parti-parti pembangkang, bermakna semakin banyaklah polemik dan kontroversi yang boleh mereka lakukan. Kesibukan pihak parti kerajaan untuk mempertahankan diri daripada polemik dan kontroversi yang dicetuskan oleh parti-parti pembangkang pula, akan mewujudkan vakum, sekaligus menjadikan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagai hero rakyat.
Disebabkan itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana para pemimpin parti pembangkang hanya memilih untuk menggunakan isu-isu sensasi yang langsung tidak memberikan kebaikan kepada rakyat. Walaupun sebahagian daripada mereka merupakan anggota Kerajaan Negeri, mentaliti mereka kekal sebagai pembangkang yang gilakan publisiti dan isu-isu sensasi. Hasilnya, kebajikan rakyat tidak terjaga, tetapi kebijaksanaan mereka menipu dan tidak malu untuk mengakui kerja-kerja Kerajaan Pusat sebagai kerja-kerja mereka seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, berjaya menutup kepincangan tersebut.
Tidak mustahil Dr. Mahathir telah diberikan maklumat yang salah berhubung pandangan rakyat terhadapnya. Tidak dinafikan, daripada 30 juta rakyat Malaysia, sebahagian daripada mereka mengkagumi Mahathir. Malahan segelintir pula amat taksub dengan Mahathir seolah-olah Mahathir adalah dewa yang turun dari langit.
Mahathir bermula sebagai pengkritik dan penentang Najib yang bijak dan penuh berstrategi. Namun kegagalan menerima hakikat bahawa dunia maklumat kini hanya di hujung jari dan tidak lagi bersempadan, apatah lagi dengan polisi serta dasar Najib yang lebih terbuka, menyediakan maklumat-maklumat yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan Mahathir. Apatah lagi beberapa langkah yang diatur, berjaya dicium oleh Najib dan digagalkan secara total. Tindakan agresif SPRM pula terutama dalam menguatkuasakan AMLA, menyebabkan banyak langkah Mahathir mati begitu sahaja.
Akhirnya Mahathir bertukar menjadi seperti pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, yang sangat bergantung kepada isu-isu sensasi untuk mendapatkan sorakan dan sokongan. Himpunan dan demonstrasi yang dahulunya amat dibenci oleh Mahathir, kini dihalalkannya dan dia cuba menjadikannya sebagai acara tetap.
Pun begitu, dalam himpunan terbaharunya di Padang Timur, Mahathir melihat kegagalan yang sangat teruk. Jumlah kehadiran terlalu hambar. Bukan sahaja tidak ramai golongan muda yang hadir, masyarakat Cina yang menjadi tunjang dalam Himpunan BERSIH 4.0 di mana Mahathir menyertainya buat kali pertama, juga jauh berkurangan.
Dan akhirnya, Mahathir terpaksa bermain dengan isu 'suku kaum' apabila menghalau Najib yang berketurunan Bugis untuk pulang ke Sulawesi kerana kononnya Bugis tidak mendapat tempat di Malaysia. Tanpa Mahathir sendiri sedar, keturunannya sendiri dipersoalkan!
Semuanya kerana proksi, kroni dan anak-anak. Semuanya kerana kleptokrasi, Mahathir bertukar daripada seorang Negarawan menjadi SASAUAN!!!
3 comments:
TUN M ADALAH SEBENARNYA ATAU REALITINYA ADALAH "KUDA TROJAN" DALAM PEMBANGKANG SEDANG MENYUSUN STRATEGI UNTUK MENGHANCURKAN PAKATAN PEMBANGKANG. ADALAH TIDAK MASUK AKAL ORANG WARAS MAHATHIR YANG PERNAH MENJADI PM SELAMA 22 TAHUN (Bukan 2/12 tahun tapi 22 tahun) BUAT U-TURN MENYOKONG PEMBANGKANG, TERUTAMA MENYOKONG/BERSEKONGKOL DENGAN LKS/INGIN MEMBEBASKAN ABI DAN BERBAIK DENGAN MAT SABUN YANG MENGGELAR TM SEBAGAI MAHA FIRAUN. ADA ATAU BESAR KEMUNGKINAN TM AKAN BUAT U-TURN BILA TIBA MASANYA DAN AKAN MEMBUAT PEMBANGKANG MELOPONG / TERKEJUT BERUK BILA TM BUAT "HAL" KELAK.
Situa ni hati dia sangat kufur. Sesama melayu, sesama islam boleh berdendam.. Dulu pk lah dia senang singkirkan, najib plk x boleh.. Najib makn gah, kuat dan ramai pnyokong. Tu yg situa ni makin bangkai hati dia... Setaraf dgn firaun.
Tak tau...aku dah tua tak ingat dahhh
Post a Comment