Ketika UMNO-BN, Kerajaan Pusat dan PAS selain agensi-agensi Kerajaan Pusat bertungkus lumus menyalur dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, para pemimpin Pakatan terutama DAP dan PKR pula mengambil kesempatan untuk berselfie untuk menunjukkan kehadiran mereka kepada masyarakat ramai. Konon-kononnya mereka juga mengambil berat walaupun mereka hanya muncul setelah banjir sedikit surut.
Pada masa yang sama, jentera-jentera propaganda mereka pula mula memutarbelitkan isu banjir untuk meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Pusat dan Najib Abdul Razak. Ada yang mengatakan, Najib Abdul Razak bersalah kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang ancaman banjir. Ada pula yang berkata, Najib salah kerana telah lambat memberikan bantuan kepada Pulau Pinang, sedangkan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia.
Hakikatnya, agensi-agensi Kerajaan Pusat telah bersedia lebih awal malah telah memberi amaran jauh lebih awal tentang ancaman banjir serta bencana yang akan menimpa Pulau Pinang. Jabatan Alam Sekitar dan Laporan Alam Sekitar misalnya, sudah berulangkali memberi amaran, penarahan puncak dan lereng-lereng bukit, penambakan laut serta pengabaian oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap sistem saliran dan perparitan di negeri itu, akan menjadi punca utama banjir besar di negeri berkenaan.
Apabila berlaku, Kerajaan Pusat segera menggerakkan jentera bantuan, jauh lebih cepat sebelum disedari oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Tidak sahaja bantuan untuk mengeluar dan memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat, tetapi juga mengatur bekalan makanan serta air bersih untuk mereka. Sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan terutama pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan DAP yang menguasai Kerajaan Negeri, masih lagi terpinga-pinga tidak tahu berbuat apa-apa.
Sedar dengan persepsi buruk masyarakat terhadap kegagalan mereka, bermulalah kerja-kerja politik melibatkan banjir dalam usaha DAP untuk menjuarai isu berkenaan. Namun usaha-usaha selfie, bangga diri, cerita bohong serta fakta sebenar tentang masalah alam sekitar di Pulau Pinang yang menyebabkan banjir besarnya jauh lebih MALAPETAKA berbanding di negeri-negeri yang turut terkena fenomena Taufan Damfrey dan taburan hujan tinggi lain, akhirnya menjadikan cubaan politik mereka makan diri.
Dan akhirnya mereka terpaksa berundur dan berkata, JANGAN POLITIKKAN ISU BANJIR!
Masalahnya, siapa yang mempolitikkan isu banjir ini kerana pada jam 1:30 pagi lagi, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pertahanan telah pun menggerakkan Pasukan Peninjau 506 Wataniah untuk membantu di Pulau Pinang, pukul 3:30 pagi baru Guan Eng sedar dan membuat panggilan kepada TPM untuk mendapatkan bantuan?
Tidakkah tindakan Guan Eng itu sebenarnya mahu menimbulkan persepsi kononnya Kerajaan Pusat mengabaikan Pulau Pinang, walhal yang sebenarnya, dia tidak peduli pun tentang nasib rakyat, sebagaimana TIDAK WUJUDNYA PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI dalam Bajet 2018 membabitkan perparitan dan sistem saliran serta tebatan banjir di Pulau Pinang.
Sebaliknya yang wujud Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM1.04 bilion daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM2.57 bilion untuk tujuan saliran, perparitan dan tebatan banjir di Pulau Pinang. (RUJUK SINI)
No comments:
Post a Comment