Akhirnya Kerajaan Pusat yang dituduh dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran hodoh itu jugalah yang diharapkan membantu kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya megah dengan cakap-cakap besar.
Kenyataan Perdana Menteri bahawa Kerajaan Pusat tidak akan meminggirkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan rakyatnya ekoran banjir besar yang melanda negeri itu, membuktikan bahawa retorik-retorik DAP dan Lim Guan Eng sendiri sebenarnya adalah sesuatu yang sangat jelek. Selama ini mereka hanya pandai bercakap tetapi apabila masalah menimpa, Najib Abdul Razak dan Kerajaan Persekutuan juga yang diharapkan dapat membantu. Kerajaan DAP dan Lim Guan Eng pula, sekadar melalak dan menyalak!!!
Pada masa yang sama, beberapa tempat lain di negeri-negeri utara Semenanjung selain Sabah dan Sarawak turut diancam banjir ekoran Taufan Damrey dan taburan hujan yang tinggi. Bagaimanapun, perhatian lebih tertumpu kepada Pulau Pinang kerana cakap besar dan angkuh Lim Guan Eng sebelum ini.
Janji DAP kononnya jikalau mereka dapat memerintah Pulau Pinang, masalah banjir akan dapat diselesaikan dalam tempoh satu penggal sahaja... dah dua penggal, banjir makin kerap dan makin buruk!
Subuh tadi, jentera propaganda DAP mengeluarkan klip video yang memaparkan wajah sedih Lim Guan Eng yang memaksa-maksa air matanya supaya mengalir yang katanya, terpaksa meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
Dengan kata lain, maksud daripada klip video propaganda tersebut ialah, Kerajaan Persekutuan telah mengabaikan rakyat dan penduduk negeri Pulau Pinang.
Salah seorang Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad dalam satu kumpulan WhatsApp mengeluarkan kenyataan mengecam Kerajaan Persekutuan kerana tidak menghantar bantuan segera kepada Pulau Pinang, sedangkan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Hanya pada jam 3:30 pagi, Lim Guan Eng baru tahu, banjir besar sedang melanda seluruh Pulau Pinang. Baru dia kelam-kabut minta bantuan daripada Kerajaan Pusat yang seringkali dituduhnya pengamal kleptokrasi, tidak cekap, rasuah, bodoh dan pelbagai label buruk lain.
Sedangkan Kerajaan Pusat telah bersiap-siaga lebih awal berdasarkan maklumat-maklumat daripada pelbagai agensi-agensi perisikan bencana seperti Jabatan Metereologi, MACRES, JPS, JPS, JAS, Jabatan Mineral dan Sumber Asli.
Ini adalah kerana, Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara menyarankan NADMA dan Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan sebelum berlakunya bencana.
Jam 1:30 pagi lagi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn dan ATM telah menggerakkan Pasukan Pemantau 509 Askar Wataniah untuk menyalurkan bantuan, sedangkan pada waktu itu, Lim Guan Eng barangkali masih lagi melihat-lihat peta bahagian bukit mana lagi yang boleh ditarah dan dikorek sebelum hanya menyedari banjir di Pulau Pinang pada jam 3:00 pagi.
Ketika Lim Guan Eng menayangkan muka sedih untuk meminta simpati pada jam 3:00 pagi, pada itu lah, bantuan kecemasan telah mula disalurkan dan Bilik Gerakan Bencana pula mula diaktifkan semenjak jam 4:30 pagi.
8 comments:
mengapa tak ada sebut 'gila' yg selalu di ucap puluh2 kali..pandai pula berlakun merayu..tulisan si bongok pegawai penerangan km sungguh jijik penuh dendam dan tak bertamadun..mengapa manusia spesis ini dilantik oleh km..hanya simpati pada mangsa2 banjir..
Ketawa aku!
kenapa mejar zaidi cakap mcm org tak ada akal..walau kau gelar najib mcm2 tapi dia tetap akan tolong juga la org penang yg banjir tu..tp pikirla dia duk kl banjir kat penang jam 3 pagi klu hang pun hang tak tau kan lain la klu banjir tu sebelah rumah hang...so bila guan eng call minta bantuan tu dah betul la tu...awat tak marah guan eng sama awat degil sgt luluskan mcm2 pembangunan yg blh bawa bala kat rakyat penang..jgn duk salahkan org saja..nama mejar patut cerdik la sikit title pegawai penerangan lg tapi nak minta tolong pun ayat macam haram jadah..selagi tak jaga lidah hang mcm2 bala lg akan turun kat penang tu wahai mejar otak biol..
jgn pungut cukai kat penang
bekas pegawai askar bodoh penjilat cina bukit...sendiri yg buat kejer bodoh...bila kena pecat...jadi bertambah lah bodohnyer...setakat pangkat mejar takde la besar & pandai mana...
...sepatut nyer dia tak layak utk terus menggunakan atau menempel dgn bekas pangkat yg disandang dulu..sebb dia dipecat,bkn bersara...
...tak malu betul bekas pegawai bodoh piang ni...
btul ni ape ko cakap...so negeri2 yg di timpa bencana xleh mntx bantuan KERAjaan pusat? btul ni ye...ko yang ckp...aku nk pulang buah keras nti kalo ade negeri lain yang di timpa bencana supaya x mengharapkna bantuan KERAjaan tu...
Hi
Tokong kta msalah bnjir krjan DAPig bleh slesai dlm satu pnggal sja. Amboi sombongnya ! Lani dh nk slesai 2 pnggal. Apa jd dgn jnji yg jlas menipu kami. Tiba2 tk malu mintak tolong BN pulak. Ckap bsak bikin tk reti. Kli ni kmi pulak nk janji nk UBAH balik kpd krjaan sblm PRU 12. Jom kita brtindak dmi kbaikn kita dn kluarga kita.
Post a Comment