Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 15, 2017

HANYA DENGAN 15 KERUSI DUN, DAP BERJAYA MENJADIKAN SEKS BEBAS LEBIH MULIA DARI ISLAM DI SELANGOR!!!



Dua kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq, benar-benar membuka mata banyak pihak tentang pengaruh liberalisme dan LGBT yang sudah menular di negara ini. Penularan wabak berkenaan tidak lagi dapat ditentang, disanggah atau pun ditahan. Terlalu ramai yang menyokong gerakan tersebut berbanding kelompok yang masih cuba mempertahankan nilai-nilai agama dan adat susila bangsa di negara ini.

Dan apabila Azmin Ali, Menteri Besar Selangor turut mengeluarkan kenyataan bagi menggambarkan betapa baiknya Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinannya menerusi pemberian kondom percuma, apa yang dibimbangi semasa kemuncak Anwar Ibrahim mencari jalan untuk mengelak daripada hukuman undang-undang Malaysia akibat ulah kemaluannya, kini menjadi satu realiti.

Perjuangan untuk memartabatkan dan mengagungkan budaya seks bebas, dimulakan secara berterus-terang dan dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Disokong oleh pelbagai NGO dan gerakan termasuklah yang bertopengkan Islam dan kebebasan berfikiran, budaya liar yang sangat asing di kalangan masyarakat Timur khususnya orang Melayu, kini dianggap sebagai budaya yang wajib diterima kalau tidak mahu dikenali sebagai Taliban.

RUU355 yang bertujuan memperkasakan Undang-Undang dan Mahkamah Syariah di Malaysia telah ditolak oleh PKR, DAP dan PAN. PAS dikatakan bersekongkol dengan UMNO  hanya kerana Presiden PAS membentangkan usul tersebut. UMNO pula dikatakan bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Taliban kerana mahu memperkukuhkan perundangan syariah di kalangan umat Islam.

Anehnya, PKR dan DAP, dan sekarang ini disertai pula oleh ARMADA PPBM berjuang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan sebuah negeri bebas seks dengan alasan, seks bebas sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi dan ia adalah trend selain ia ada cara hidup zaman sekarang.


Kondom dan cara-cara mengelak daripada mengandung dianggap sebagai sesuatu yang selamat. Berbanding kaedah Islam yang mendidik bagi tujuan mencegah selain menggalakkan institusi perkahwinan agar kerukunan nilai-nilai sosial terpelihara, Pakatan beranggapan seks bebas bukanlah satu masalah besar selagi mana wanita berkenaan tidak mengandung atau dijangkiti penyakit kelamin.

Maka tidak hairanlah mengapa di Selangor, kewujudan pusat-pusat maksiat begitu berleluasa sehinggakan di kawasan bermajoriti orang Islam seperti di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi pun, pusat-pusat yang berselindung di sebalik jenama pusat kesihatan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Jadi, walaupun Selangor bermenteri besarkan Melayu, bahkan Undang-Undang Tubuh Negeri juga menggariskan Melayu beragama Islam sebagai Menteri Besarnya, dan Islam pula sebagai agama rasmi negeri, ternyata pegangan terhadap seks bebas mengatasi segala-galanya, hanya kerana 15 kerusi DAP yang menguasai pelbagai sektor dan kedudukan penting dalam pentadbiran negeri Selangor!

Baru 15 kerusi, bayangkanlah sekiranya DAP berjaya menguasai lebih 50 kerusi Parlimen pula!


2 comments:

Anonymous said...

Umat Islam wajib tolak dap dlm pru akan datang.

Johan said...

Adakah kondom-kondom itu diedarkan ke sekolah... Kena ajar dan kena ada latihan untuk menggunakannya agar ada keterampilan atau kompeten.

 
Blogger Templates