Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 14, 2017

LAYU SEBELUM BERKEMBANG, JONG PPBM PECAH LAGI... KALI INI DI BATU GAJAH PULA!!!



Semakin ramai yang mengesahkan bahawa Tun Dr. Mahathir sebenarnya tidak peduli pun dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau nama timang-timangannya Parti Cap Bunga walaupun dia adalah Pengerusi parti berkenaan. Sebaliknya keberadaan Mahathir di dalam parti itu hanyalah kerana anaknya, Mukhriz Mahathir walaupun pada peringkat awalnya, ada 'lakonan' kononnya Mahathir tidak membenarkan Mukhriz memegang sebarang jawatan dalam parti tersebut.

Selepas pergolakan dalam PPBM Johor, kini penularan 'wabak' tersebut berlaku pula di Perak membabitkan Bahagian Batu Gajah.


Difahamkan seramai lebih 1000 orang ahli PPBM Bahagian berkenaan mengikuti jejak Ketua Penaja PPBM Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan bersama-sama 18 orang AJK Bahagian itu keluar parti, sekaligus membubarkan PPBM Bahagian Batu Gajah.

Sebelum ini, tiga orang Ketua Penaja Bahagian PPBM di Perak membabitkan Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar telah berbuat demikian.


Mohd Shirin Adenan dalam sidang medianya menjelaskan, mereka semua hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap arah tuju perjuangan PPBM, khususnya pada peringkat negeri yang diterajui oleh Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja selaku Pengerusi PPBM Perak.

Peja dilantik sebagai Pengerusi PPBM Perak hanya kerana dia adalah 'orang' Mukhriz Mahathir. Peja tidak mempunyai sebarang pengalaman. Tidak juga mempunyai sebarang pengetahuan tentang Perak. Hubungannya juga sangat terbatas dan sebelum ini hanya dikenali sebagai 'barking-dog' Mukhriz sahaja. Lebih malang lagi ialah, Peja langsung tidak menjaga kebajikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian serta orang bawahan.


"Ia membuatkan PPBM Perak tidak ubah seperti sekumpulan anak ayam kehilangan ibu. Kami tidak yakin Faizal mampu menerajui pakatan pembangkang di Perak dan bingung mengapa pemimpin yang lebih berpengalaman tidak terpilih," kata Mohd Shirin dalam satu kenyataan media.

Selain kepimpinan negeri, turut menjadi punca hilang keyakinan mereka adalah isu membabitkan status pendaftaran Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) sebagai sayap PPBM. Isu tersebut bukan sahaja tidak dijelaskan dengan baik, tetapi seolah-olah cuba disembunyikan.


Beberapa jam sebelum sidang media itu dilangsungkan, Peja dikatakan telah menghubungi Shirin dan cuba memujuk agar Shirin tidak meletak jawatan dan keluar dari parti. Katanya, Shirin seharusnya memikirkan tentang Tun Dr. Mahathir apatah lagi Shirin adalah kawannya.

Ketika dipujuk agar Shirin tidak keluar dan meninggalkan PPBM menerusi panggilan telefon itu, Shirin berkata, sepatutnya Peja terlebih dahulu memujuk Datuk Hamidah Osman agar tidak meletak jawatan dan keluar dari parti. Malangnya, Peja tidak berbuat begitu, malahan gembira kerana Datuk Hamidah Osman keluar parti sekaligus menyenangkannya. Dan oleh kerana Syirin digelar sebagai 'orang Datuk Hamidah', maka lebih baik dia keluar parti.


No comments:

 
Blogger Templates