Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 9, 2017

HARGA MINYAK NAIK LAGI, ANJING-ANJING GUA MENYALAK TERUS!!!



Harga minyak bagi minggu ini mencatatkan kenaikan. Dan seperti biasalah, setiap kali berlaku kenaikan walaupun setengah sen, para haters akan mengecam dan mula memperlihatkan seolah-olah kehidupan mereka telah terjejas teruk. Dunia seolah-olah sudah terbalik dengan kesan kenaikan minyak. Kadar inflasi telah mengosongkan dompet dan akaun bank mereka. Malah lebih teruk lagi, ada pula yang menggambarkan kenaikan harga minyak telah menyebabkan syarikat tempat mereka bekerja, muflis dan mereka sekarang menjadi penganggur.

Anehnya, gaya hidup golongan haters dan banyak komplen itu tidak berubah sedikit pun. Mereka masih lagi berjoli dan berfoya-foya. Mereka masih lagi berasa selamat dengan sumber dan keadaan kewangan mereka walaupun di media-media sosial, mereka mengatakan mereka memperjuangkan nasib orang di kampung.

Harga minyak di negara ini diapungkan mengikut harga semasa secara mingguan. Harga minyak dunia menyaksikan trend menaik sekaligus menyebabkan harga dalam negara juga meningkat.

Bagaimanapun, haters yang selama ini cukup cakna dengan perkembangan dunia terutama sekali yang membabitkan isu-isu 1MDB, apabila membabitkan harga minyak, tiba-tiba sahaja mereka bertukar menjadi orang yang paling tidak tahu apa-apa. Mereka seolah-olah diserkup tempurung besi dan terpisah daripada dunia luar.



Apa yang berlaku di Arab Saudi memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia. Berita-berita media antarabangsa yang selama ini sering menjadi rujukan haters, turut memaparkan peningkatan harga minyak dunia semasa ekoran krisis yang berlaku di Arab Saudi.

Arab Saudi merupakan negara pengeluar petroleum terbesar dunia.

Antara hujah yang paling biasa diberikan untuk menghalalkan kemarahan mereka ialah harga barang. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang naik. Oleh sebab itulah, kerajaan perlu mengekang kenaikan harga minyak bagi mengelakkan kenaikan harga barang.

Masalahnya ialah, di Malaysia harga barang tidak bersandarkan kepada kenaikan harga minyak. Memang benar, para orang tengah dan pemborong akan menggunakan alasan harga minyak untuk memaksimakan keuntungan tetapi ketika harga minyak turun, harga barang tidak ikut turun, bahkan beberapa barangan lain khususnya barangan pengguna melibatkan makanan, terus meningkat.

Hairannya, ke mana kebijaksanaan mereka semua yang dalam kes 1MDB, mereka akan merujuk kepada pelbagai saluran media antarabangsa? Mereka akan memberikan hujah-hujah bersandarkan apa yang ditulis oleh media-media antarabangsa, tetapi dalam isu kenaikan harga minyak mereka hanya berhujah bersandarkan kepada apa yang mereka nampak semata-mata?


1 comment:

Anonymous said...

Keep on writing, great job!

 
Blogger Templates