Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 27, 2017

ISYARAT PENDANG KEPADA MUKHRIZ MAHATHIR... HADIRIN ANGKAT PUNGGUNG SEBAIK-BAIK SAHAJA MUKHRIZ MULA BERUCAP!!!



Sepatutnya malam tadi Tun Dr. Mahathir berucap dan berceramah di Kampung Baru, Pendang. Itu pun selepas rancangan awal mahu mengadakan ceramah di Felda Sungai Tiang atau lebih tepat lagi berhampiran dengan Balai Polis Sungai Tiang mendapat tentangan penduduk menyebabkan lokasi terpaksa dipindahkan ke Kampung 4 Relong. Malangnya, sekali lagi penduduk tempatan bersikap 'biadap' menghalau dan menghalang program ceramah tersebut daripada diadakan.

Akhirnya ditetapkan, ceramah PPBM yang turut melibatkan Tun Dr. Mahathir akan diadakan di Kampung Baru, Pendang. Setiap Bahagian PPBM di seluruh Kedah diarahkan membawa penyokong sekurang-kurangnya 4 buah bas.


Dengan kata lain, Pendang akan dibanjiri oleh para penyokong PPBM, sekaligus akan mewujudkan satu gelombang besar untuk menunjukkan betapa hebatnya Mahathir dan anak lelakinya, Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, selepas mendapat tahu program PPBM di Felda Sungai Tiang telah dihalang dan ditentang oleh penduduk tempatan, sudah kedengaran ura-ura Tun Dr. Mahathir akan membatalkan kehadirannya. Pun begitu sehinggalah program diteruskan di Kampung Baru, berita kononnya Tun Mahathir akan datang dan berucap terus didendangkan oleh juruacara.


Malangnya sehingga ke akhir program, kelibat Tun Dr. Mahathir tidak kelihatan. Alasan yang diberikan tentang ketidakhadiran Mahathir ialah, Mahathir diserang selesema dan tidak sihat.

Program malam tadi dimulakan dengan ucapan daripada Mahfuz Omar yang masih belum berani untuk mengisytiharkan diri keluar dari PAS. Kemudian diikuti dengan ucapan Ketua Bahagian PPBM Pendang, Razak Khamis yang mengisytiharkan jihad menentang UMNO walaupun PPBM Pendang hampir berpecah angkara perbuatan dia dan isterinya selain perbalahannya dengan Naib Ketua PPBM Pendang, Penghulu Malik.

Jumlah kehadiran dianggarkan 1,200 orang dengan 60% daripada mereka adalah orang luar.


Apabila tiba giliran Mukhriz Mahathir berucap, tidak semena-menang, para hadirin yang kebanyakannya adalah orang tempatan angkat punggung dan meninggalkan majlis. Akhirnya yang tinggal tidak sampai 500 orang yang masih setia mendengar temberang si Mukhriz.

Air muka Mukhriz berubah. Kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya. Dia mungkin tidak menjangkakan layanan sebegitu rupa di Pendang sedangkan dia seringkali didodoikan oleh para pengikutnya, orang Kedah memujanya seperti batu berhala.

Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga kejadian memalukan Timbalan Presiden PPBM dan bekas Menteri Besar Kedah itu tercetus? Ada yang kata, itu adalah sabotaj daripada Ketua Bahagian PPBM sendiri. Bagaimanapun, kata-kata itu tidak boleh disandarkan memandangkan Razak Khamis adalah seorang pemuja dan pembodek tegar Mukhriz.

Namun ramai yang melihat tindakan hadirin itu adalah sebagai isyarat tentangan kepada amalan dan gaya hidup keluarga Mukhriz sendiri. Gambar-gambar serta gaya hidup anak-beranak Mukhriz serta yang terbaharu membabitkan larangan Tun Dr. Mahathir ke atas Tun Dr. Siti Hasmah daripada bertudung, dikatakan memberi kesan kepada orang di Pendang khususnya dan Kedah amnya.

Pendang merupakan antara kubu kuat PAS dengan kewujudan beberapa buah sekolah pondok.

Kopiah putih, jubah putih dan kain serban di atas bahu yang sering menjadi imej Mukhriz apabila masuk ke Pendang suatu ketika dahulu, nampaknya sudah tidak laku.


Ternyata, kemasukan Ir. Amiruddin Hamzah ke dalam PPBM dari PAS pada sebelah siangnya, langsung tidak mengujakan para penyokong PPBM sendiri.

Apakah itu sebab utamanya mengapa Dr. Mahathir membatalkan kehadirannya setelah dimaklumkan tentang layanan yang akan diberikan di Pendang?


3 comments:

Anonymous said...

Amiruddin pun tak berjaya bawa pengikut ke ppbm...gagal

mursyid said...

amirudin oh amiruddin.... kasihan kamu... sudah nasib badan ..

Anonymous said...

amirudin oh amiruddin.... kasihan kamu... sudah nasib badan ..

 
Blogger Templates