Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 27, 2017

KERANA SANUSI, PAS KEDAH BERTERABUR!!! YANG TINGGAL DALAM PAS KEDAH SEKARANG HANYALAH HAMPAS!!!



Tindakan Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga merupakan ADUN Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah menyertai PPBM menyerlahkan masalah sebenar yang sedang berlaku dalam lingkungan PAS Kedah.

Ramai yang melihat dan menyatakan punca masalah sebenar PAS Kedah adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 Kedah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Sik, Sanusi Mohd Nor yang juga merupakan bekas Setpol Allahyarham Ustaz Azizan ketika PAS menguasai Kedah pada 2008-2013. Sanusi yang dilihat mempunyai terlalu banyak liabiliti termasuklah pembalakan di Pedu ketika PAS berkuasa dahulu, dikatakan cuba mengukuhkan kuasa dan kedudukannya dalam PAS tanpa mempedulikan kedudukan PAS sendiri.

Walaupun Amiruddin sudah agak lama sering berada dalam majlis-majlis Pakatan Harapan, terutama membabitkan PAN dan PPBM, kebanyakan pemimpin PAS Kedah beranggapan, Amiruddin tidak mungkin akan berhijrah ke parti lain selain PAS kerana ikatan sumpah baiah talak tiga.

Apabila Amiruddin menyerahkan borang keahlian PPBM, ia benar-benar memeranjatkan kerana sebelum ini, Amiruddin dikatakan lebih cenderung kepada PAN berbanding PPBM. PAN sendiri terkejut kerana Amiruddin tidak menyertai mereka.

Tindakan Amiruddin sebenarnya cukup menyakitkan hati kepimpinan PAS Kedah khususnya. Walau bagaimanapun, untuk menjaga air mukanya, Sanusi menyatakan tindakan Amiruddin menyertai PPBM tidak mengejutkan pimpinan dan penyokong PAS Negeri Kedah.

Selain itu, dia turut menyatakan Amiruddin terlalu banyak menyakiti hati pemimpin dan ahli PAS semasa menjadi pemimpin PAS. Amiruddin juga dikatakan telah mengkhianati PAS walaupun kerap berbaiah setiap kali pilihanraya umum diadakan. Kata Sanusi, dia berharap Amiruddin akan menanggung baiahnya di hadapan Allah Taala pada hari akhirat kelak.

Kalau hendak dikatakan tidak memberikan kesan, mengapa pula Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man turut memberikan reaksi segera dengan nada mengugut Amiruddin menerusi ingatan tentang baiah. Bukankah ingatan tentang baiah itu sebenarnya adalah untuk menekan Amiruddin?

Begitu juga, kalau benar seperti Sanusi, Amiruddin sudah dijangka meninggalkan PAS, mengapa pula PAS Kedah mengekalkan Amiruddin sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah? Kalau PAS Kedah bijak dan sudah dapat menduga tindakan Amiruddin, sudah pasti mereka akan menukar Amiruddin dengan wakil lain, sekaligus membiarkan Amiruddin keluar parti tanpa memegang jawatan Ketua Pembangkang DUN.

Suah pasti sebelum membuat keputusan, Amiruddin sudah membuat pelbagai perkiraan dan berfikir panjang selain mendapat keputusan jelas serta yakin berhubung apa yang dibimbangi oleh Tuan Ibrahim dan Sanusi. ADUN Anak Bukit itu sudah pasti sangat yakin, baiahnya tidak akan memakan diri dan ia merupakan satu helah politik semata-mata yang tidak ada kena-mengena dengan akidah.

Cuma satu perkara yang menjadi persoalan. Mengapa Amiruddin menyertai PPBM dan bukannya PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu, sedangkan Amiruddin sebelum ini dilihat lebih cenderung kepada PAN. Apatah lagi di dalam PAN, terdapat ramai kawan-kawannya. Dengan kata lain, dia lebih mengenali barisan kepimpinan PAN berbanding PPBM.

Namun, beberapa pihak berpendapat, Amiruddin sebenarnya tidak dapat menerima pendirian PAS untuk bersendirian dan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan UMNO-BN. Malah, PAS Kedah juga tidak memberikan maklumat atau membayangkan yang mereka akan bekerjasama dengan UMNO-BN sekaligus menjadikan parti itu tidak mempunyai arah haluan dan destinasi.

Ada juga yang berpendapat, Amiruddin marah setelah perjumpaan dengan Pesurujaya PAS Kedah untuk merundingkan agar pembangkang meletakkan kerusi satu lawan satu di Kedah, dibocorkan dan dia menjadi mangsa kecaman para pemimpin dan ahli-ahli PAS Kedah.

Namun walau apa pun teorinya tentang kemasukan Amiruddin ke dalam PPBM, yang pastinya, PAS Kedah sedang berhadapan dengan masalah yang sangat berat. Puncanya telah dikenalpasti tetapi PAS Kedah dilihat tidak mampu merubah situasi tersebut sebaliknya lebih rela diperbudak-budakkan hanya kerana mahu mempertahankan seorang individu!


2 comments:

Anonymous said...

Lompat si katak lompat lgi..

Anonymous said...

sy pasti pengarang ini memang seorang yg anti pas dan sangat teruja dgn keluarnya amirudin dari pas ttpi amat kecewa kerana amirudin tdk menyertai pan. dari lenggok tulisan beliau kita yakin pengarang penulis adalah penyokong pan. Amirudin tdk menyertai pan kerana tdk yakin dgn prjuangan pan dan mungkin merasakan pan masih belum diterima rakyat. sudah pastilah pan akan kalah teruk dalam pru akan datang.

 
Blogger Templates