Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 27, 2017

SURAT TERBUKA ORANG KELANTAN YANG TINGGAL DI KEDAH!!!





ASSALAMUALAIKUM WBT.
AMBO banyak berjalan ke serata negeri mutakhir ini atas tuntutan kerja yang amat padat.Dengan memandu kereta, banyak perkara yang mendatangkan idea kepada AMBO untuk berkongsi dan melontarkan sesuatu kepada pembaca untuk sama kita cambahkan pemikiran yang mungkin sekarang sedang berhenti berfikir secara rasional sekarang ini.

Terlalu ramai rakan-rakan AMBO berbicara setiap hari berkaitan kesusahan dan kos sara hidup yang amat menekan dan mendesak sehingga menimbulkan satu sindrom yang amat besar yaitu menyalahkan kerajaan dan perasaan marah meluat dengan kerajaan.Dicampur garam yang ditabur dalam luka oleh pembangkang maka ianya sedang ditahan sakitnya oleh rakyat.

Yang menyalak dan memekik setiap masa di FB atau media sosial lain bahawa susah dan kos sara hidup yang amat gawat akhirnya memuatnaik status pergi holiday dan bercuti dengan family.Yang melalak kata hidup susah akhirnya memuat naik status ride ke Mei Hon Song di Thailand yang menelan kos yang agak tinggi.Yang memekik melolong kata kos sara hidup meningkat memuatnaik status miliki iPhone X yang harganya hampir RM 5k ,miliki Huawei P10 atau Mark10 yang harga melebihi 3k.AMBO mahu percaya rakyat susah skang tapi bila berdepan status-status sebegini apakah salah AMBO untuk tidak percaya kepada momokan bahawa rakyat Malaysia susah?

AMBO dari utara negara menghala ke Kuala Lumpur sudah 2 kali setiap hari AHAD kerana terpaksa untuk menghadiri mesyuarat pada Isnin pagi berdepan masalah kesesakan sepanjang perjalanan yang amat kritikal ratusan kilometer bukan kerana kemalangan tetapi jumlah kenderaan yang amat sesak dan banyak.Kedua-dua kali AMBO lalui lebuhraya Utara Selatan ini masalahnya sama.AMBO berfikiran jika rakyat susah pasti kebanyakan rakyat merancang dengan cermat untuk perbelanjaan perjalanan.Jika balik kampung pun pasti sebulan sekali bukannya setiap minggu kerana kosnya pasti berbeza.Jumlah kereta dan stesen minyak yang penuh tidak menggambarkan kesusahan rakyat malaysia.Jika rakyat susah pasti AMBO boleh melihat ada pemandu atau keluaga yang membawa bekal dan makan di perhentian-perhentian tetapi RnR penuh dengan pelbagai juadah terhidang untuk semua pengguna lebuhraya.Tiada kerusi kosong dan terpaksa menunggu.Yang lagi hebat bila melihat kereta yang berkapasiti tak sampai 2000 cc pun menggunakan minyak hijau yang setiap minggu dimaki dan diluahkan kemarahan hasil naik-turun petrol .

Sempat berborak dengan seorang pemuda yang sama menghisap rokok dibawah pokok.Mereka sekeluarga dari Ipoh ke Kuala Lumpur.Bila ditanya berapa kerap balik Ipoh?? dengan selamba pemuda ni jawab setiap minggu.Atas alasan saja balik kampung.Katanya dekat jer Perak ngan KL ni.Tetapi AMBO cuba berkira-kira kos secara kasar pemuda ini untuk setiap minggu balik ke Perak.RM 200 pergi balik minyak dan Tol lebih kurang RM 60.Maksudnya beliau menggunakan sebanyak RM 1,040 setiap sebulan untuk 4 minggu ulang alik.Ia tidak termasuk belanja runcit makanan di RnR atau apa-apa makanan ringan yang dibeli di stesen minyak.

AMBO tefikir mungkin gaji pemuda ini tinggi tetapi melihat kepada jenis kereta yang pemuda ini bawa saya mengandaikan dia kerja biasa-biasa saja dan tidak terlalu kaya.Tetapi dengan perbelanjaan RM 1040 sebulan hanya untuk minyak dan Toll sudah pasti satu perbelanjaan yang besar yang tidak mungkin mampu oleh orang biasa.

Diperhentian kedua AMBO sempat jumpa sebuah keluarga yang juga berada di pinggir satu “pondok kayu” yang sedang berehat di RnR tersebut.Sempat juga AMBO provok soal kos sara hidup yang amat terok sekarang ini.Maka apa lagi..Tak bebaris la maki hamunnya kepada kerajaan.AMBO sempat tanya dari mana dan kerja dimana.Lihat ditangannya iPhone 7 .Diberitahunya beliau kerja disebuah syarikat swasta di Damansara.Cuma AMBO tertarik bila dalam maki hamun tu dia mengaku bahawa menerima BR1M.”Apalah sangat BR1M yang saya dapat”,,Kos barang semua mahal.Minyak mahal dan bal..bla…”...AMBO cuba lagi mendapatkan detail kewangan keluarga ni.Isterinya kerja kilang dan anak hantar pusat asuhan seramai 2 orang.Ditangan anak ada sebuah Tab sebagai mainan dan sejenama dengan Tab AMBO untuk penulisan..Hebatt...Akhirnya AMBO tunggu aja untuk melihat kerata apa yang mereka naiki.KIA OPTIMA K3 yang berharga dari RM101,000 hingga RM 119,000 yang dinaiki mereka.

Bila saja AMBO melihat mereka menaiki kereta jenama itu maka dari 2 pertemuan itu AMBO bisa membuat kesimpulan yang mungkin tidak tepat tapi AMBO cukup yakin bahawa pandangan AMBO tidak akan banyak lari dan terpesong.Dengan belanja pusat asuhan saja mereka terpaksa menanggung kos lebih kurang RM 700 setiap bulan.Balik ke kampung Di Kedah 2 kali sebulan kos mungkin RM 600 lebih atau kurang.Ansuran kereta dengan harga itu boleh menjangkau RM 1000 sebulan.Berapa agaknya gaji mereka untuk mengadap kos tetap setiap bulan sebanyak RM2,300 tidak termasuk ansuran jika beli rumah dan sewaan rumah.Kos pengangkutan pergi kerja untuk isteri dan beliau sendiri.Tidak termasuk makan minum dan susu juga lampin pakai buang untuk 2 orang anak.Duit dapur dan api air yang sah-sah perlu dibayar setiap bulan.Tetapi yang menariknya beliau penerima BR1M..??? DI TANGAN telepon bimbit yang harga hampir RM 5k .

AMBO bukan penerima BR1M tetapi AMBO tak mampu untuk pakai iPhone 7 mahupun Iphone X.Hanya yang mampu hp biasa untuk perhubungan dan penulisan menggunakan TAB berjenama biasa.Dan tak mampu untuk balik setiap minggu ke kampung.Apatah lagi untuk menggunakan minyak Ron 97 untuk ulang alik balik kampung.

AMBO yakin dan percaya bahawa kita hari ini sedang gagal menilai antara Masalah Kos Sara Hidup dan Masalah Kos Gaya Hidup.Cakap hidup susah tapi lebuhraya sesak.Bilang hidup susah tetapi pantang ada “sale” sah-sah penuh dengan pengunjung.Hidup susah tetapi pantang ada model iPhone atau jenama lain keluaran yang baru pasti beratur menunggu giliran hari pelancaran.Hidup susah tapi tak pernah lengang kedai-kedai makan samaada mahal dan murah.Kerajaan menekan rakyat tetapi bulan disember ni padat dengan jadual cuti dan Cameron Highland,Genting dan mana-mana pusat peranginan penuh sesak sehingga kesesakan berjam-jam.Tak kira di Johor,Gambang Kuantan,Lost World Tambun Perak sehinggalah Port Dickson N9 dan A Farmosa Melaka semuanya penuh sesak dan Fully Book.Tak cukup dengan itu World Disney Singapore penuh dengan orang Malaysia.Di upload gambar berada dibilik hotel yang agak mahal dan bukan hotel bajet.Statusnya “terima kasih Hubby” .Gambarnya berada ditilam empuk kepunyaan hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang.Makannya di upload di restoran seafood yang harganya boleh tahan di Langkawi.

Maki hamun kerajaan tetapi anak di universiti dah pakai kereta.Maki hamun kata kerajaan gagal tetapi tukar kereta setiap 2 tahun kononnya dah tak sedap di pandu.Maki hamun kata hidup susah tapi naik kapal terbang tu macam naik bas zaman AMBO ulang alik Kota Bharu-Kuala Lumpur satu ketika dulu.Maki hamun minyak naik tapi siap berjalan tak berhenti pantang ada cuti.Siap pakai minyak RON 97 lagi..Ni la golongan munafik yang sedang mengumpul dosa dan dari caci maki mereka kerana buta dan tuli hasil dari hasutan syaitan bertopeng manusia pihak pembangkang.

Jangan jadi bodoh lah...

APAKAH INI MASALAH RAKYAT MALAYSIA DALAM MENANGANI KOS SARA HIDUP YANG DIKATAKAN GAWAT DAN SUSAH ATAU MEREKA SEDANG BERDEPAN MASALAH GAYA HIDUP YANG MENCARI GAYA KEMEWAHAN WALAU DALAM KETIDAKMAMPUAN???

FIKIR LA…


AMBO Ore kelate duk Kedah..

5 comments:

Anonymous said...

Itulah hakikat sebenarnya kehidupan. Sendiri buat silap salahkan kerajaan semuanya.

Kluangman said...

Hang kena minum ayaq ketum lebih sikit masa nak menulih..

Anonymous said...

tulisan yg sgt tepat.. mrk yg kata kos sara hidup yg tinggi di msia ni patut bercerita dgn mat indon, bangla , nepal, myanmar, vietnam, dll yg dtg cari mkn kat msia ni.. biar mrk tahu betapa susahnya hidup rakyat msia skrg ni dgn kos sara hidup yg tinggi di negara ini.. lps tu cuba minta mrk ceritakan pula betapa mewahnya hidup dinegara mrk berbanding msia.. dan org yg tak sedar diri ni patut cari rezeki kat negara mrk pula.. agak2nya blh hidup tak.. yg peliknya tak penah plak dgr rakyat asing ni diorg maki hamun pemimpin mrk mcm org msia buat.. kalau berani cubalah maki hamun pemimpin mrk tgk la apa berlaku..

Anonymous said...

Betui apa hang cakap tu!

Anonymous said...

Cuba guna fikiran yg Allah beri.

Memang salah kerejaan.

Kerejaan dan pemimpinnya yg tunjuk tauladan hidup mewah. TV/radio/internet semua tunjuk kemewahan dan tempat bercuti sana sini. Makan pun semua cerita hebat2(JJCM).

Rakyat yg x sedar diri...ikut berbelanja, bercuti tak terfikir bala kewangan menanti. Banyak yg hidup berhutang dengan kad. ADA YG SEDAR, tapi terpaksa belanja(contoh anak isteri ajak bercuti hujung tahun. Takkan nak biar anak kita tak kemana, sedangkan anak orang bercuti).

Pemimpin cuti kat obersea... rakyat cuti kat dlm negara je le..

Tanyalah siapa pun... tak ada yang simpanan makin meningkat.

Apa yang penulis lihat tu semua adalah hasil didikan kerejaan seadanya.

Dah 60 tahun dah. Dan Melayu semakin ketinggalan! Ubah!

 
Blogger Templates