Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 23, 2017

RAFIZI RAMLI BERCAKAP DENGAN BANGKU KOSONG DI POKOK SENA... 400 ORANG AHLI BARU PKR PUN TAK NAMPAK BATANG HIDUNG!!!



Kalau ikut-ikutkan kepada keazaman yang ditunjukkan menerusi ceramahnya, Rafizi Ramli sangat kuat membantu PKR Kedah merampas Kedah dari tangan UMNO-BN. Apatah lagi dengan ceritanya, konon Pakatan sangat kuat dan PKR pula, selain PAN merupakan parti yang meletakkan calon paling ramai di Kedah setelah PAS bercerai dari Pakatan. 

Malangnya semalam, semasa pelancaran jentera pilihanraya PKR Parlimen Pokok Sena, petunjuk yang diharapkan oleh Rafizi Ramli dan PKR sendiri, terlalu menakutkan. 


Apakan tidak, Dewan Serbaguna Pekan Bukit Payong, Jalan Naka, Pokok Sena, menjadi saksi bagaimana majlis pelancaran jentera pilihanraya PKR Parlimen Pokok Sena selain majlis penyerahan borang ahli baru PKR Cabang Pokok Sena yang disempurnakan oleh Saifuddin Nasution, amat suram dengan kehadiran tidak melebihi 50 orang. 

Kehadiran Rafizi Ramli, Johari Abdul yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Sofee Razak yang merupakan Ketua Penerangan PKR Kedah dan Nurin Aina Abdullah yang merupakan Ketua Wanita PKR Negeri Kedah, gagal menarik kehadiran lebih ramai ahli PKR Kedah ke Pokok Sena.  




Lebih malang lagi, program yang sepatutnya dihadiri oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan Pokok Sena, Kulim-Bandar Bahru, Kuala Kedah, Pulau Pinang dan Kedah itu, seperti telah 'dipulaukan' kerana kehadiran Rafizi Ramli. 

Dalam ucapannya, Johari Abdul berkata, dia sudah 20 tahun berada di dalam parti dan setiap kali PRU, dia dapat melihat peningkatan sokongan kepada PKR. Katanya lagi, dari segi mental, PKR sudah bersedia untuk memerintah, bukan sahaja di Kedah tetapi juga Putrajaya. 

Menurut Johari Abdul lagi, kalau PKR dan Pakatan berjaya menguasai Kedah, negeri itu akan ditukarkan menjadi negeri pertanian. Dengan cara itu, orang kampung akan berpeluang bercucuk tanam dan tiada lagi anak Kedah yang menganggur. Johari Abdul bagaimanapun, langsung tidak menyentuh tentang kebanyakan sektor pertanian, khususnya membabitkan kerja-kerja rencam termasuklah menoreh getah, kebanyakannya menggunakan buruh asing di Kedah. 

Ironinya, Johari Abdul gagal melihat sambutan yang diberikan kepada PKR di Kedah terlalu mengecewakan!


Rafizi Ramli pula dalam ucapannya berkata, sokongan terkini kepada Pakatan daripada semua kaum di seluruh Malaysia adalah 45% berbanding BN 41% manakala selebihnya adalah PAS. Kedah, katanya, Melayu Pakatan mendahului sebanyak 43% berbanding UMNO yang hanya memperolehi sokongan 37%. Undi Cina dan India tetap tidak berubah iaitu kekal menyokong Pakatan Harapan. 

Sama seperti setiap kali dia buka mulut, Rafizi Ramli tidak lekang daripada perbuatan fitnah dan menipu. Katanya, sekarang ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membenarkan apa-apa jenis kad pengenalan (kad kuasa) seperti kad RELA dan sebagainya bagi tujuan supaya mereka boleh mengundi banyak kali. 

Oleh itu, Pakatan memerlukan jentera yang ramai dan terlatih untuk menghalang kerja-kerja jahat UMNO-BN. Malahan Pakatan memerlukan komando-komandi yang boleh membantu jentera pilihanraya. Untuk itu, sukarelawan-sukarelawan perlu dilatih seperti yang sedang dilakukannya kini. 

Dengan kata lain, secara tersirat, Rafizi Ramli meminta agar para penyokong Pakatan menyalurkan sumbangan kepada syarikatnya dengan alasan, sumbangan kewangan tersebut boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakannya. 

Dalam majlis yang sama, satu acara penyerang borang-borang penubuhan ranting-ranting baru negeri Kedah turut diadakan kepada Rafizi Ramli. Manakala borang-borang keahlian pula diserahkan kepada Saifuddin Nasution yang merupakan Setiausaha Agung PKR. 


Ranting-Ranting baru yang ditubuhkan itu adalah seperti berikut: 

(a) Bendang Perang yang diketuai oleh Hj Maarof bin Husin, 
(b) Kg. Apil yang diketuai oleh Mohd Ghani bin Jusoh
(c) Jabi yang diketuai oleh Mohd Hisyam bin Yaakob
(d) Kubang Besar yang diketuai oleh Sobri bin Abu Bakar
(e) Bukit Lada yang diketuai oleh Kamarul
(f) Alor Gunong yang diketuai oleh Sofiah binti Long
(g) Kg Padang Serai yang diketuai oleh Mohd Sofie.

PKR selama ini terkenal kerana sokongan golongan muda. Tetapi dalam majlis di Pokok Sena itu, hadirin yang datang majoritinya adalah terdiri daripada golongan berusia 40-an ke atas. Keahlian yang didaftarkan seramai 400 orang kononnya itu, langsung tidak menampakkan impak berdasarkan majlis.
Maksudnya apa?


4 comments:

Anonymous said...

Bila kaki fitnah datang maka setan2 iblis2 pun tak mahu dengar..ramalan pun ikut sedap mulut bukan hakikat sebenar..

Prince Righty 1 said...

Nak buat ranting ni senang je haa. Cukup sorang dua, buat surat pastu hantar ke parti. Ada je ranting yang papan tanda besar konon tunjuk gah, sekali tengok ahli 2-3 orang je 😂

Anak muda dah bosan dengan politik. Macam tak ada kesudahan. Pencacai 'muda' promahasiswa pun dah tak kelihatan, semua dah menikus. Cuma kalau BN nak menang mesti ambil peluang ni, jangan sambil lewa je.

Anonymous said...

ya ka? dah tu takut apa? suh la panglima bugis tu bubarkan parlimen? Pahlawan bugis lagu mana teloq takdaq? hang ja yang dok pekena dedak hari2 xsedaq...

AKU BUDAK PAPAR said...

Buat la nasi beriani ka atau pulut inti kelapa ka baru depa ns nsk mai. kalo ayaq kotak aja.. aku pun segan nak mai.

 
Blogger Templates