Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 21, 2017

SUDAH-SUDAHLAH MENIPU, MAHATHIR!!! BERHENTILAH DAN JADILAH SEORANG NEGARAWAN YANG SEBENARNYA, BUKANNYA BAPA KEPADA MUKHRIZ MAHATHIR SAHAJA!!!



Berikut 7 taktik khusus yang menurut Dr Mahathir, akan dilaksanakan bagi memastikan kemenangan BN.

1. Persempadanan semula. “Sempadan boleh dipindahkan, pusat mengundi boleh diubah dan nama pengundi hilang atau muncul di senarai lain."

Mahathir Menipu : Persempadanan semula mengikut Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan persetujuan majoriti 2/3 Dewan Rakyat untuk menambah kawasan Parlimen manakala majoriti mudah untuk mengubah garis sempadan. Peraturan menyatakan sesuatu perubahan sempadan perlu diwartakan dan dibuka untuk bantahan.
2. Rasuah pengundi. “Aduan terhadap pihak berkuasa tidak disusuli tindakan. Selain wang, perkakas dapur dan pelbagai barangan lain akan diedarkan.”

Mahathir Menipu :Bantuan yang diberikan tidak dengan kewajipan untuk mengundi mana-mana parti. Terdapat juga pengundi yang menerima bantuan tetapi tidak mengundi parti yang memberi bantuan tersebut. Amalan bantuan ini dilaksanakan oleh semua prti politik di negara kita dan tidak bersifat rasuah.

3. Gangguan terhadap parti lawan. “Parti pembangkang diganggu, kesalahan dicari dan pendaftaran dilambatkan atau ditolak.”

Mahathir Menipu : Tidak berlaku semasa PRU ke-13 yang mana pembangkang menghantar hampir calon ke semua kerusi parlimen.

4. Sumber dana pembangkang dihalang. “Penderma mereka diancam, dipaksa dengan penambahan cukai dan dituduh dengan pengubahan wang. Wang mereka dalam bank dibekukan supaya mereka tidak dapat menjalankan perniagaan.”

Mahathir Menipu :Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan peraturan bagi setiap parti mendedahkan derma politik tetapi tidak mendapat persetujuan dari parti pembangkang. Sekiranya penderma didedahkan itu adalah tindakan sukarela daripada parti tersebut.

5. Kemudahan awam dihalang. “Dewan milik awam ditutup kepada parti pembangkang. Hotel boleh menafikan kegunaan dewan mereka untuk pembangkang. Pihak berkuasa tempatan tidak memberi permit untuk perhimpunan anjuran pembangkang. Dalam beberapa kes, penggunaan khemah untuk perhimpunan tidak dibenarkan.”

Mahathir Menipu :Selama ini ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang tidak pernah dihalang kecuali yang mana tidak mengikut prosedur dan peraturan. Malah ceramah Tun M sendiri di seluruh negara tidak pernah dikhabarkan terdapat halangan.

6. Undi bukan rahsia. “Kerajaan akan menyebar khabar angin yang ia mengetahui pilihan pengundi. Ia menjurus kepada ancaman terhadap penyokong pembangkang yang mereka akan dihukum.”

Mahathir Menipu :Sekiranya ini benar, terdapat ahli parti BN yang mengundi pembangkang sudah tentu dapat dikesan dan tidak perlu jentera parti seperti Wanita UMNO untuk menjalankan JR bagi mengesan pengundi.

7. Penggunaan pegawai kerajaan. “Pegawai di agensi dan syarikat milik kerajaan diberitahu supaya memastikan kakitangan mereka mengundi untuk parti kerajaan. Mereka diugut akan dipecat sekiranya gagal berbuat demikian.”

Mahathir Menipu : Dengan teknologi media sosial seperti apa yang ada pada hari ini, belum terdapat individu yang mendedahkan perkara tersebut secara besar-besaran.
KONKLUSINYA, DR. MAHATHIR BERHENTILAH MENIPU RAKYAT DI NEGARA INI. SUDAH - SUDAHLAH



4 comments:

Anonymous said...

Point 5- itu si Selangor semua kemudahan awam haram dpt digunakan oelh BN..mcmlah kemudahan awam tu mak bapak pkr dapigs yg buat dulu

Anonymous said...

No 3..kesalah pembangkang dicari? Hehe setahu aku kesalahan pihak bn yg dicari sampai malah yg tiada diadakan mcm kes 40k bangla..ni kes nyanyok atau kes menipu ni?

Anonymous said...

Ek eh nak temberang apa ek duit derma politik bla bla bla....duit 1MDB 2.6 Billion masuk account M01 tak dibilang DERMA POLITIK ke yang terus ke account peribadi Najib? Kemudian di kelentong nya seluruh alam maya temberang macam macam wang dari Arab, lawan ISIS, AWSJ, lawan DAP...tak cukup air liur menipu...

Wang 42 Juta SRC Intl masuk account presiden dungUMNO boleh nya tak kena tindakan? Rasuah tahap palik hodoh presiden dungUMNO buat apabila anggota polis 'pun nak cari makan' 900 jer kena jel denda dan bagai semua...

Yang paling best Najib sendiri sebut mana ada dia songlap dah bodoh kalau songlap masuk dalam account peribadi kemudian dalam negara...wang 2.6 BILLION dan 42 JUTA tuh tak songlap ke? Dah KANTOI disemburnya segala macam tipu helah di canan semua askar keldai keldai penipu....

Tipu ler segali boleh tipu...

Anonymous said...

Nok 621...
1) Forex...32b
2) Perwaja ...10b
3) Skandal Maminco-Makuwasa
4) BMF
5) MAS
6) IPP
7) AP
8) BAILOUT CO ANAK SENDIRI
9) TANAH DGN ANANDA KRISHNA
SAPA KENA TIPU....CAI2 SILA JAWAB......
MACAI 621...BACA SETENGAH GEBANG MACAM TAHU SEMUA....JENIS SPESIS MALAS BUAT HOMEWORK DAN SENANG DITIPU....
MUAHAHAHAHA KEHKEHKEH
Puaka Ngok Ngek

 
Blogger Templates