Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 8, 2018

KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN: PAN PULAU, PENYOKONG PKR TAK PUAS HATI... TANDA-TANDA AWAL, PECAH SEBELUM WAKTUNYA!!!



Biarpun diisytiharkan berjaya, Konvensyen Pakatan Harapan menampilkan masalah yang lebih besar di kalangan komponen Pakatan. Dan seperti biasa, pengacau sebenar dalam Pakatan adalah PPBM, parti yang paling muda, paling tidak mendapat sambutan dan paling tidak berkaliber tetapi berlagak besar kepala hanya semata-mata kerana wujud di dalam parti tersebut adalah Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir.

Dari serata penjuru dan sudut, terutama dari kalangan para pemimpin DAP yang tidak gemar melihat PKR dan PPBM bergaduh berebutkan jawatan Perdana Menteri, nasihat-nasihat dan peringatan telah diberikan.

"Bagi menang dulu. Kalahkan UMNO-BN dulu. Jawatan Perdana Menteri boleh dibincangkan kemudian."

PKR, DAP dan PAN mungkin telah berpengalaman dalam hal perebutan jawatan Perdana Menteri itu kerana pada PRU-13 lalu, perebutan itulah yang membuatkan Pakatan Rakyat berpecah belah . Ditokok pula dengan isu RUU355 yang dibawa oleh PAS, akhirnya Lim Guan Eng dan DAP memansuhkan Pakatan Rakyat yang tidak pernah berdaftar secara rasmi pun.

Sudah ada cakap-cakap di kalangan PKR yang tidak berpuas hati kerana Dr. Mahathir, orang yang paling mereka musuhi sebelum ini, malah penubuhan PKR itu sendiri terhasil daripada kebencian dan kejengkelan mereka yang meluap-luap terhadap Mahathir.

Namun akhirnya PKR memilih untuk menjilat Mahathir memandangkan Azmin Ali tidak berani berterus-terang yang dia memang mahu menjadi calon Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan. Hanya bersandarkan kepada pengalaman Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, akhirnya Mahathir mengatasi semua pemimpin tertinggi dan terkanan Pakatan Rakyat untuk dijadikan calon Perdana Menteri.

Mungkin sedar, pencalonan Mahathir telah menimbulkan kemarahan di kalangan ahli-ahli dan penyokong PKR, beberapa pihak dalam PPBM mencipta cerita untuk menunjukkan PKR berlaku curang kepada Pakatan Harapan.

Pendedahan kononnya, Lim Guan Eng dan Nurul Izzah telah berjumpa dengan individu yang banyak diperkatakan tetapi terlalu kurang publisiti rasmi tentang dirinya, Habibur Rahman di London, dibuat oleh para penyokong PPBM. Malah ada yang secara berterus-terang menyatakan, sekiranya PKR tetap bertegas enggan menerima Mahathir sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan, PKR perlu dihalau keluar dari Pakatan.

Sementara itu, pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di beberapa buah negeri termasuklah di Johor dan Kedah telah menimbulkan rasa tidak puas hati terutama sekali kepada PAN.

Di Johor, PAN enggan mengambil bahagian dalam konvensyen Pakatan Harapan hari ini kerana tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi DUN di negeri mereka. Ketua PAN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, mereka marah kerana parti serpihan PAS itu hanya diberikan dua kerusi Parlimen daripada 26 kerusi untuk ditandingi di Johor.

PAN telah mendesak agar diberikan sekurang-kurangnya 5 kerusi untuk ditandingi. Bagaimanapun, permintaan PAN tidak dilayan sebaliknya, DAP dan PKR memberi kelebihan kepada PPBM yang mahu menjadikan Johor sebagai salah satu negeri sasaran selain Kedah.

Menurut laporan, PPBM telah diperuntukkan paling banyak kerusi berbanding parti-parti komponen Pakatan yang lain. Difahamkan, PPBM akan bertanding di 10 kerusi, diikuti oleh PKR dengan 8, DAP dapat 6 dan PAN hanya 2.

Dan lebih menyedihkan, kerusi yang diperuntukkan kepada PAN untuk ditandingi adalah kerusi YANG ADA HARAPAN UNTUK PAN KALAH!

Perasaan tidak puas hati itu mendorong PAN 'memulaukan' konvensyen Pakatan Harapan semalam. Satu arahan telah dikeluarkan oleh Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda agar tiada perwakilan PAN Johor yang pergi ke konvensyen tersebut.

Dalam perkembangan yang lain, dua mesyuarat membabitkan Majlis Presiden pada hari Khamis, 4 Januari 2018 untuk pembahagian kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh keempat-empat parti komponen Pakatan Harapan tersebut akhirnya 'telah mencapai kata sepakat'. Bagaimanapun, kesemua kerusi yang dirundingkan itu hanya di Semenanjung, tanpa melibatkan Sabah dan Sarawak.

Persetujuannya ialah PPBM akan bertanding di 52 kerusi di Semenanjung, 51 PKR, 35 DAP dan 27 PAN.

Kelebihan berpihak kepada DAP apabila difahamkan, DAP mempunyai kelebihan 15 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sekaligus menjadikan DAP akan mendominasi Pakatan Harapan. PKR sudah pasti akan turut mencalonkan seramai mungkin di Sabah dan Sarawak tetapi setelah beberapa PRU dan PRK, prestasi PKR di kedua-dua negeri tersebut amat daif. PAN pula langsung tiada harapan di Sabah dan Sarawak. PPBM tidak akan mendapat sebarang peruntukan di Sabah kerana kewujudan parti-parti tempatan seperti WARISAN pimpinan Shafie Apdal yang merupakan wakil atau proksi Mahathir di Sabah. Di Sarawak, PPBM bukan sahaja tidak dapat masuk, malah, Mahathir sendiri pun tidak cukup kulit muka untuk menjejakkan kaki ke Sarawak selepas rakyat Sarawak mengungkit, sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Mahathir bukan sahaja tidak pedulikan Sarawak bahkan menganaktirikan dan mengabaikan komponen utama Persekutuan Malaysia itu.

Sementara itu, seorang pemimpin PKR Selangor yang mendakwa dia adalah Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, Hizwan Ahmad dalam satu pesanan WhatsApp menegaskan, biarpun terkilan dan janggal dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan mengisytiharkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri setelah bukan sahaja berhempas pulas melawan Mahathir semasa dia berkuasa dahulu, malah ada yang terpaksa menumpahkan air mata, keringat dan darah dalam perjuangan tersebut, namun akan tetap akur dengan keputusan berkenaan.

Cuma satu sahaja persoalan yang dibangkitkan oleh Hizwan Ahmad, setelah begitu panjang tempoh perjuangan PKR, setelah dibuktikan dengan rekod luar biasa, PKR langsung tidak mampu untuk mengangkat seorang tokoh sendiri bagi diusung sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.


7 comments:

Anonymous said...

Panjang jela ulasan..terima kasih sebab merapu..

Ricesaffron@gmail.com said...

TFK,, meroyan ke? TFK,,, biar lah mereka berpolitik,, hidup kita tetap sama cuma kuatir kalau BN tumbang mungkin TFK susah nakcari makan atau nak spin cerita,, sekarang masa untuk berubah fikir kan jangan cakap habis nanti nak berbaik susah,, tulis lah yg patut patut yg lebih iklas dan telus,, semua parti ada masaalah,, terutama HARAPAN,, kerana itu pembangkang tidak pernah berjaya menyusun keadaan kerana pembangkang tidak punya pengalaman memerintah, tapi dengan adanya ramai pemimpin lama umno isnyallah HARAPAN akan tersusun termasuk dgn sokonga dari org umno yg masih di dalm umno,, Nescaya UMNO BN akan jadi kucah kacil sedikit kerana tiada org yg benar berpengalaman dan di dalam umno,, hati hati,, kesian Datuk Najib orang baik yg terperangkap dgn mainan org sekeliling,,, yg kena tanggung adalah Datuk Najib,,, siapa sekeliling Datuk Najib semua sampah,, habis semua di tipu di jual sehingga berbagai number pendaftaran kenderaan pun di jual dgn bermacam alasan,, nauzubillah,,, , semua org faham Datuk Najib tiada punya cukup masa untuk meneliti segala document ,, penjilat penjilat Datuk Najib terlupa sehingga mereka menjilat Datuk Najib sehingga kulit kulit Datuk Najib mela tercabut dan tertanggal kerana kesan jilatan yg terlalu dan terlampau,,,

Ms said...

Yang benar nya PH memang tak da baka...tidak aje bodoh...orang yg dah masok tarikh lupus..diangkat jadi PM semula...macam2 gelaran pulak tu bakal PM PH...

Anonymous said...

JANGAN HARAPLAH FUKATAN HAPRAK NAK MENANG PRU KE 14...ANGAN-ANGAN MAT JENIN JER LAH...

PI PANJAT POKOK KELAPA TU....LEPAS TU SELFIE ATAS TANDAN KELAPA...TAPI JANGAN LEKA PULAK...NANTI JATUH TERSEMBAM...

Anonymous said...

AIKK!!!

Anonymous said...

Biarlah Pakatan Hipokrik ni dengan angan2 mat jeninnya. lepas ni meroyan la kata BN penipu sebab kemenangan besar BN dalam PRU14

Anonymous said...

Anjing dap cari mkn kat sini jugak ke

 
Blogger Templates