Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 6, 2018

TAK ADA HARAPAN LAGI!!! SELEPAS AGM PPBM, KECURIGAAN TERHADAP PPBM SEMAKIN KUAT DI KALANGAN PAKATAN HARAPAN!!!



Walaupun para penyokong Tun Dr. Mahathir dan ahli-ahli PPBM begitu seronok serta berharap, segala-galanya berjalan lancar terutama membabitkan persekongkolan parti tersebut dengan DAP, PAN dan PKR, namun hakikatnya jauh berbeza daripada harapan besar mereka.

Selain PKR, DAP dan PAN tidak yakin langsung dengan PPBM terutama yang membabitkan pendaftaran parti tersebut,turut mendatangkan masalah kepada persyarikatan kumpulan tersebut adalah ego besar serta berlagak PPBM. Bukan itu sahaja, PPBM yang berasakan Dr. Mahathir jauh lebih baik berbanding para pemimpin parti-parti persekongkolan mereka juga mendatangkan masalah.

Bukan cerita baru bagaimana orang PPBM enggan menghadiri mesyuarat Pakatan Harapan sekiranya Pengerusi mesyuarat tidak dilantik dari kalangan orang PPBM. Bukan juga cerita baru bagaimana perasannya orang-orang PPBM kononnya Dr. Mahathir dan Mukhriz adalah penyelamat Pakatan Harapan.

Jawatan Perdana Menteri menjadi titik tolak kepada permuafakatan tersebut. Pakatan Rakyat berkubur apabila jawatan Perdana Menteri yang sepatutnya mencalonkan Anwar Ibrahim dari PKR, gagal mencapai kata sepakat. Walaupun PAS pada ketika itu menyokong pencalonan Anwar Ibrahim tetapi akhirnya DAP yang membuat kata putus. Kegagalan dalam PRU-13 akhirnya menyaksikan DAP menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat juga berkubur.

Tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Salahuddin Ayub. Siapa calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan perlu ditampilkan dan diperkenalkan kepada umum. Setakat ini, hanya PPBM yang mahukan Dr. Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri ke-7 sekiranya Pakatan menang pada PRU-14 dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Mukhriz Mahathir pula digambarkan akan bertanding di Selangor. Lebih tepat lagi di Shah Alam. Namun berita terbaharu ialah PKR menerusi Azmin Ali turut berkira-kira hendak bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam. Namun Khalid Samad, penyandang di kerusi tersebut berkata, Shah Alam akan kekal di tangan PAN. Dengan kata-kata lain, parti-parti lain tidak boleh kacau kerusi Parlimen Shah Alam kerana PAN akan mewakili Pakatan Harapan di erusi berkenaan.

Perlu diingat, PAN 'merampas' kerusi yang telah dimenangi oleh PAS pada PRU lalu. Sudah pasti juga, PAS turut akan meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan bersama-sama dengan UMNO-BN.

Diam tak diam, Menteri Besar Selangor yang sedang berhadapan dengan pelbagai skandal dan penyelewengan, Azmin Ali menjadi saingan utama Dr. Mahathir mahupun Mukhriz. PKR melihat Azmin Ali sebagai calon Perdana Menteri yang jauh lebih layak. Walaupun fraksi di dalam PKR yang anti-Azmin Ali turut melancarkan gerakan untuk menghalang Azmin Ali daripada berebut jawatan lebih besar,

Bibit-bibit masalah buat PPBM sudah mula kelihatan terutama selepas AGM yang tidak patuh kepada Perlembagaan parti itu sendiri. PKR, PAN dan DAP sudah menampakkan rasa cuak dan curiga mereka terhadap PPBM. Malah ada yang berterus-terang mengatakan, PPBM tidak mempunyai masa hadapan sebaliknya, ahli-ahli PPBM akan kembali semula ke dalam UMNO seperti yang berlaku kepada Semangat 46.

Lebih ramai pula yang percaya, PPBM tidak akan sempat mencalonkan sesiapa pun dari parti mereka untuk bertanding dalam PRU-14 kerana peraturan dan undang-undang pertubuhan. Justeru, kita akan menyaksikan adakah keegoan dan ebongkakan ahli-ahli PPBM akan mengendur apabila mereka terpaksa memilih PKR, PAN atau DAP untuk turut serta dalam PRU-14 nanti.


No comments:

 
Blogger Templates