Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 1, 2018

MAHFUZ OMAR KELUAR PAS, PAN DAN CAP BUNGA SUKA... AHLI DAN KEPIMPINAN PAS LAGI GEMBIRA!!!



Akhirnya, setelah sekian lama ditunggu-tunggu, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena yang menang atas tiket PAS pada PRU lalu, mengisytiharkan diri keluar dari parti yang menjadi asbab, keluarnya dia dan keluarganya dari garis kemiskinan. 

Mahfuz Omar membuat pengisytiharan dalam satu sidang media pada 31 Disember 2017 antara jam 2:15 sehingga 2:55 petang di Bilik Mesyuarat 2, Hotel Royale Signature, Jalan Tengah, Alor Star Kedah. Pengisytiharan keluar parti itu berkuatkuasa pada jam 12:00 tengah malam 1 Januari 2018.

Sidang medianya dihadiri lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada pimpinan Pakatan Harapan Negeri Kedah dan para wartawan. Antara yang datang termasuklah: 

(a) Phahrolrazi Zawawi, ADUN Pengkalan Kundor
(b) Tan Kok Yew, ADUN Derga
(c) Asmirul Anuar Aris, Ketua Pemuda PAN Kedah
(d) Muhammad Mujaheed Mahfuz, anak lelakinya


Dalam sidang medianya, Mahfuz memberitahu halatujunya kini adalah bersama-sama Pakatan Harapan. Dia tidak lagi boleh bersama-sama PAS kerana PAS tidak lagi bersama-sama Pakatan. Walaupun dia kononnya  mahu 'menyelamatkan' PAS tetapi apabila PAS tetap enggan bekerjasama dengan Pakatan, terutama sekali selepas memutuskan hubungan dengan DAP dan seterusnya PKR, hatinya sudah tawar dengan PAS. Ditambah pula apabila PAS melarang ahli-ahli PAS supaya tidak bersama-sama dengan Pakatan Harapan, membuatkan Mahfuz semakin yakin, tidak tidak perlu lagi berada di dalam PAS.

Selepas DAP menerusi Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan PAS selepas isu RUU355 pada penghujung 2015, Mahfuz merupakan antara yang paling tidak senang duduk. Dia berusaha pelbagai cara termasuklah menentang kepimpinan tertinggi PAS bagi membolehkan PAS diterima semula menjadi sebahagian daripada DAP sepertimana yang berlaku pada PRU-12 dan PRU-13.

Bagaimanapun, Mahfuz gagal dalam aspirasi dan perjuangannya itu. Bahkan dia semakin tersisih apabila pucuk pimpinan PAS berulangkali 'menghalaunya' keluar dari parti itu. Untuk menutup malu, Mahfuz menyatakan, PAS tidak dilihat memberikan komitmen tinggi lagi terhadap perjuangan rakyat dan agama Islam di Malaysia. Malah katanya, ahli-ahli PAS telah dipermain-mainkan dalam isu RUU355 walaupun dalam sidang Dewan Rakyat, yang berusaha menangguhkan dan melakukan pelbagai provokasi agar RUU tersebut tidak dibentangkan adalah puak-puak Pakatan, terutama dari DAP dan PAN sendiri. 


Mahfuz menyertai PAS pada 12 Mac 1984 dan bernombor keahlian 0166398. Jawatan terakhirnya dalam PAS adalah Naib Presiden PAS sebelum barisan pro-ulama mengenepikan kumpulan parasit yang dibiayai oleh DAP pada pemilihan tahun 2015. Bagaimanapun, Mahfuz meskipun gagal mempertahankan jawatannya, tidak bersama-sama Mat Sabu dan golongan kecewa tersebut keluar dari PAS untuk menyertai parti yang dibiayai oleh DAP, PAN.

Menurutnya, dia akan mengambil satu tempoh bertenang sebelum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti. Kononnya dia telah mendapat tawaran daripada DAP, PPBM dan PAN. Bagaimanapun, dia berazam untuk menarik seramai mungkin ahli-ahli PAS untuk bersama-sama menyokong Pakatan Harapan. 


Menariknya, Mahfuz turut memaklumkan bahawa isteri dan anak perempuannya juga akan menuruti jejak langkahnya dalam masa terdekat. Tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkannya sebagai 'menuruti jejaknya'. Besar kemungkinan dia memaksudkan yang mereka juga akan keluar dari PAS. 

Daripada pemerhatian, ramai yang hadir semalam terdiri daripada ahli-ahli dan para penyokong PAN. Bagaimanapun pada 29 Disember 2017, maklumat yang diterima, ahli-ahli PAN Kawasan Pokok Sena telah menghantar memo bantahan kepada pimpinan PAN Pusat bagi menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap Mahfuz Omar sebagai calon di Parlimen Pokok Sena pada PRU-14 kerana dia gagal menyatakan pendirian untuk menyertai parti mana. Besar kemungkinan atas faktor tersebut, Mahfuz akhirnya mengisytiharkan diri keluar dari PAS untuk membolehkan sokongan agar dia kembali dicalonkan di Parlimen Pokok Sena pada PRU kali ini. 


Cuma yang menariknya ialah, rata-rata ahli-ahli PAS menyambut baik dan bergembira dengan pengumuman Mahfuz Omar. Malah ada yang memanjat kesyukuran dengan keputusan yang dibuat oleh Mahfuz Omar itu. 



1 comment:

Anonymous said...

Lompat si katak lompat ...

 
Blogger Templates