Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, January 4, 2018

RARA OTHMAN PUN NAIK MENYAMPAH DENGAN PERANGAI GELOJOH DR. MAHATHIR YANG KEMARUK NAK JADI PERDANA MENTERI BALIK!!!



Bukan rahsia lagi, sebilangan besar penyokong DAP tidak suka langsung dengan langkah Lim Kit Siang berbaik-baik dengan Dr. Mahathir. Malah tidak kurang juga yang sangat meluat apabila Dr. Mahathir mendabik dada yang dia adalah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Setakat ini, para pemimpin besar DAP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Mudah untuk difahami mengapa DAP yang diketahui amat agresif, bertindak pasif dalam isu Dr. Mahathir. Selain kerana Dr. Mahathir kini adalah sekutu mereka, harapan besar DAP adalah agar Dr. Mahathir dapat menarik seramai mungkin sokongan serta undi orang Melayu untuk DAP walaupun atas nama PPBM.

Proses yang sama juga berlaku membabitkan PAN dan Mat Sabu.

Kegusaran para penyokong dan pemimpin DAP dengan tarikh perbicaraan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Lim Guan Eng dan rakan kongsi isterinya, Phang Li Koon pula langsung tidak memberikan kelebihan kepada parti chauvinis tersebut. Hampir seluruh perhatian dan usaha kini dilakukan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng.

Gagal dalam perbicaraan selepas gagal menunda atau mencabar kesahihan undang-undang Malaysia berkenaan rasuah dan salahguna kuasa, bermakna Lim Guan Eng hilang peluang untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN. Sekaligus dia juga akan hilang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kehilangan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bermakna segala penyelewengan dan skandal akan terdedah dan didedahkan. Sama ada oleh puak-puak DAP sendiri mahupun oleh pihak lawan mereka, Barisan Nasional.

Umum mengetahui, dalam DAP Pulau Pinang, terdapat dua fraksi yang saling bertentangan antara satu sama lain. Satu puak kuat menyokong Lim Guan Eng manakala satu lagi puak menyokong Chow Kon Yeow. Lim Guan Eng sebelum ini telah bertindak dengan menyingkirkan beberapa orang ADUN DAP yang diketahui dari kem Chow Kon Yeow. Salah seorang daripada mereka adalah ADUN Kebun Bunga dan ADUN Tanjung Bungah.

Disebabkan itulah, hampir tidak kedengaran langsung ulasan daripada kem DAP dalam Pakatan Harapan.

Namun, itu bukan bermakna DAP merestui apa yang dilakukan oleh bekas musuh ketat mereka.

Young Safura Othman atau Rara Othman yang dikatakan bakal menjadi calon DAP di DUN Dusun Tua pada PRU-14 nanti ternyata tidak dapat menahan diri daripada menzahirkan rasa meluatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir dan para pengikutnya.

Jawatan Perdana Menteri yang direbut-rebutkan dan menjadi modal Dr. Mahathir dan puak-puaknya, kata Rara, tidak sepatutnya direbut-rebut. Sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah memenangi PRU-14 terlebih dahulu.


Seorang lagi dari DAP, Zaid Ibrahim turut melahirkan perasaan yang sama. Cuma dia menyindir secara tidak langsung, kononnya dia tidak dijemput ke Konvensyen Pakatan Rakyat Ahad hadapan kerana tidak mempunyai 'PM Material'.

Pada PRU-13 lalu, isu siapa jadi Perdana Menteri, menjadi ribut di dalam PKR. Belum pun menang dan belum pun bertanding dalam PRU-13, PKR sudah bersungguh-sungguh menegaskan bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah hak milik mutlak Anwar Ibrahim. PAS pada ketika itu masih bersama-sama Pakatan, turut mempunyai calon mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan DAP walaupun DAP secara 'berseloroh' menyokong kuat Anwar sebagai calon tunggal Perdana Menteri ke-7.

Malangnya Pakatan gagal menguasai Parlimen.

Kini, berbekalkan status sebagai bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir mempotretkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri ke-7 yang paling afdal. Namun suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, berbanding PAS dan PKR, PPBM masih belum teruji di medan PRU. Bahkan PPBM sendiri sedang berhadapan dengan kemungkinan akan diharamkan oleh ROS kerana melanggar Perlembagaan Partinya sendiri.


2 comments:

Anonymous said...

somebody is being taken for a ride; AFTER ELECTION THEY WILL JUST DUMP HIM

Unknown said...

Jgn sebut pakatan harapan boleh tak..? Diaorg mmg tak bole harap..
PH = PAKATAN HIPOKRIT

 
Blogger Templates