Di media-media sosial, beberapa pihak cuba menimbulkan kekecohan dan kekeliruan berhubung Skim Insuran Pekerjaan (SIP) atau EIS. Penolakan 0.2% daripada gaji bulanan pekerja swasta untuk dicarumkan ke dalam skim ini ditohmah sebagai 'rompakan oleh kerajaan' untuk membayar hutang 1MDB!
Kata-kata, 'kerajaan rembat duit rakyat,' 'negara nak bankrap', 'kutip SIP untuk bayar hutang' dan lain-lain sudah dapat dibaca, dilihat dan didengar.
Walaupun SIP telah dibaca, dibahas dan diluluskan oleh Parlimen, masih ramai sebenarnya yang tidak sedar, tidak tahu, tidak peduli dan tidak kisah sehinggalah mereka melihat adanya potongan gaji di dalam slip gaji mereka.
Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan telah dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2017. Seramai 13 orang Ahli Parlimen (7 dari BN, 6 dari pembangkang) telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan tersebut.
1 - YB Datuk Khoo Soo Seang (Tebrau - BN)
2 - YB Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kuala Langat - PKR)
3 - YB Dato' Dr. Noraini binti Ahmad (Parit Sulong - BN)
4 - YB Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad (Pasir Puteh - PAS)
5 - YB Prof. Dr. Ismail Bin Daut (Merbok - BN)
6 - YB Tuan Charles Anthony Santiago (Klang - DAP)
7 - YB Tuan Anuar Bin Abd. Manap (Sekijang - BN)
8 - YB Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin (Bukit Katil - PKR)
9 - YB Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad (Pasir Gudang - BN)
10- YB Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput - PSM)
11- YB Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim (Kuala Selangor - BN)
12- YB Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Kuala Krai - Amanah)
13- YB Dato' Hasbullah Bin Osman (Gerik - BN)
Kesemua 13 orang Ahli Parlimen yang berbahas, telah menyokong SIP. Malah, pembangkang dan blok kerajaan di Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan akta ini menerusi undi suara.
Anehnya, ramai rakyat Malaysia yang memekak tentang SIP dan mengumpamakannya sebagai satu kekejaman, tidak tahu langsung tentang akta tersebut yang telah diusulkan oleh Perdana Menteri, Najib Abdul Razak itu.
Caruman SIP atau EIS yang dikenakan terhadap pekerja swasta sebenarnya merupakan INSURANS. Ia berguna sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada pekerja swasta tersebut seperti dbuang kerja, ditamatkan perkhidmatan atau dia sendiri meletakkan jawatan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Agak menghairankan mengapa begiu ramai si bodoh dan si bengap yang tidak sukakan sesuatu yang baik untuk mereka sendiri dan membuat pelbagai tuduhan menjijikkan terhadap sistem yang melindungi kepentingan mereka?
Perhatikanlah komen-komen yang diberikan. Potongan 0.2% daripada gaji mereka yang tidak sampai RM0.20 sehari telah membuatkan mereka seperti hilang akal. Mereka mahu tahu ke mana duit insuras itu pergi setelah dibayar sekiranya mereka tidak dipecat atau bersara.
Sebahagian besar daripada kita pernah menaiki bas ekspres, penumpang mahupun kapal terbang. Tahukah anda bahawa sebahagian daripada tambang anda turut mengandungi bayaran insuran perlindungan. Ia bertujuan untuk memastikan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, waris atau kita sendiri boleh membuat tuntutan.
Samalah seperti kita membayar insurans kesihatan. Syarikat insuran mungkin menjanjikan jumlah pampasan tertentu. Tetapi katakanlah insurans tersebut tamat ketika anda berusia 70 tahun, takkan anda anggap syarikat tersebut akan membayar balik semua premium yang telah dibayar selama ini?
Berapa jumlah insurans SIP yang dibayar sehingga marah benar?
Katakanlah bayar RM2.90 sebulan, setahun baru RM34.80. Katakanlah kita berkhidmat selama 30 tahun. Jumlah keseluruhan bayaran hanyalah RM34.80 x 30 = RM1044 sahaja.
Sedangkan manfaat yang diperolehi jikalau dibuang kerja pula jauh mengatasi dan berganda-ganda nilainya berbanding jumlah yang dibayar selama 30 tahun. Sekaligus menjadikan insurans ini sebagai insurans termurah di dunia.
Ini sistem negara maju. Kerajaan mahu kebajikan pekerja terpelihara. Malangnya, kebengapan, kebahlolan dan kebodohan membuatkan sebahagian orang berasakan kebaikan tersebut sebagai sesuatu yang perlu dimaki hamun.
7 comments:
Bukan ke kita dah ada gaji minima tapi kenapa dalam senarai tu gaji dibawah RM1,000 ? Gaji bulanan RM30 pun ada juga, agak-agak senarai tahun 50an kut.
yang komplen bagidol yang sokong samdol jd dua2 bahalol.jenis ni yang termakan fitnah pembangkang sb pembangkang tahu bahwa si bahalol mcmni mmg spesis ular sawa semua main telan je maka nya mudah kena kencing walau pun benda yang tidak munasabah yang di viralkan seperti kereta peronda polis china baru2 ini.
Pembangkang dah berjaya menanamkan sifat kebencian rakyat yang bodoh kepada kerajaan jadi PRU14 dah jadi ancaman kepada bn/umno kan, kik3
Info terbaik..thanks a lot!
Info terbaik...Thanks a lot!
Ini mentaliti semua nak percuma. Lepas tu salahkan kerajaan bila kena bayar walaupun 0.0002% sekalipun. Dan percayalah jika PH berkuasa sekalipun mentaliti ini akan terus menguasai puak-puak ini. Pada masa itu barulah PH akan merasai tinggi rendah langit itu melainkan PH akan menggunakan taktik diktator untuk rakyat menurut segala arahan kerajaan.
Hoi bodoh..naik bas srkali sekali je kena insuran..nih tiap bln sampai mati..kalo jadi pape dekat pekerja duit tuh pegi mana??!! Itu persoalan yang orang tanya!! Macam 1mdb ke mana pegi duit tuh suma??!! Bengap!!
Post a Comment