Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 6, 2018

RM71 JUTA SKANDAL UNISEL-MBI MASIH TIDAK DIJAWAB OLEH AZMIN SAMPAI KE HARI INI!!!



Selangor Leaks pada 17 Julai 2017 menyebut:

Biarpun bayarannya telah ditahan dan dihentikan oleh Universiti Selangor (UNISEL), Jana Niaga Sdn. Bhd. (Jana Niaga) berusaha membuat tuntutan bayaran menerusi mahkamah. UNISEL berjaya memperolehi penangguhan daripada Mahkamah Tinggi pada 7 Disember 2013, yang kemudian diputuskan menyebelahi UNISEL oleh Mahkamah Rayuan pada 2 Julai 2013.
Menurut firma guaman, Raj, Ong dan Yudistra menerusi surat bertarikh 30 November 2016 kepada UNISEL, Jana Niaga tidak berusaha mendapatkan arbitrasi. Jumlah yang dihutang oleh Jana Niaga kepada UNISEL adalah RM60,431,515.16 termasuklah pendahuluan RM10 juta daripada MBI pada 24 Februari 2015. Jana Niaga sebaliknya menafikan angka tersebut dan mendakwa UNISEL yang masih berhutang dengan mereka berdasarkan penyata akaun bertarikh 28 Februari 2015 yang berjumlah RM63,730,356.20.
Tindakan Jana Niaga itu boleh difahami iaitu melindungi kepentingan perniagaan mereka tetapi tindakan yang diambil oleh MBI dalam menyelesaikan masalah berkenaan, menjadi tanda tanya terutama di kalangan penjawat-penjawat awam Selangor.
Untuk membuktikan kegagalan Jana Niaga, UNISEL terpaksa 'meminjam' wang dari MBI menerusi tawaran saham kepada MBI. Jana Niaga sepatutnya membayar RM59,431,515.16 bagi kerja-kerja pemulihan yang telah dibayar oleh MBI.
Menurut Raj, Ong dan Yudistra, alasan-alasan yang digunakan oleh Jana Niaga untuk mempertikaikan pembatalan tersebut adalah lemah. UNISEL mempunyai hujah-hujah pembelaan yang baik dan kukuh. Sekaligus itu menyokong kedudukan UNISEL untuk tidak bersetuju dengan resolusi yang dicadangkan oleh MBI pada waktu itu. MBI kemudiannya membuat bayaran pendahuluan RM10 juta TANPA pengetahuan UNISEL.
Dalam baucer bayaran bertarikh 24 Jun 2016, MBI telah membayar Jana Niaga sejumlah RM6 juta daripada RM23 juta wang penyelesaian kepada Jana Niaga. Mengapa dan apakah asas yang digunakan oleh MBI untuk membayar Jana Niaga, sedangkan sepatutnya Jana Niaga yang membayar UNISEL?
Penentangan oleh pihak pengurusan UNISEL dapat dilihat jelas menerusi surat Presiden yang juga merupakan Naib Chancellor UNISEL, Prof. Dato Dr. Mohammad Redhuan Othman. Dalam muatnaik yang bertarikh 26hb Julai 2017 itu (RUJUK SINI), jelas UNISEL tidak bersetuju dengan tindakan MBI yang menyerahkan tanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan. Dan akibat dipaksa, Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) secara berat hati akhirnya meluluskan resolusi untuk membenarkan MBI membayar RM10 juta kepada Jana Niaga.

Sumber-sumber mendakwa Lembaga Pengarah dan pengurusan UNISEL secara berat hati terpaksa bekerjasama untuk 'menyelamatkan' MBI daripada salahlaku. Nasihat perundangan yang mereka perolehi telah ditolak dan diketepikan. Bagaimanapun, masih terdapat jalan lain untuk menutup tembelang ini. 

Sekalipun RM16 juta yang telah diserahkan dan diarahkan oleh MBI untuk UNISEL membayar Jana Niaga, wang yang diserahkan oleh MBI untuk tujuan ini adalah RM71 juta. Jadi, timbul pertanyaan, apa yang berlaku kepada baki RM56 juta?

Pengeluaran wang tersebut memerlukan tandatangan kelulusan daripada Menteri Besar, Azmin Ali. Wang yang diserahkan kepada Jana Niaga muncul di dalam akaun dan kemudian keluar semula atas nama 'kakitangan'. Pembayaran yang dibuat tidak disahkan dan disyaki digunakan untuk tujuan haram termasuklah rasuah. Azmin perlu menjawab ke mana perginya wang berkenaan. 

Bukan sahaja Jana Niaga tidak berhak untuk menerima bayaran bagi sebarang pampasan, kontrak pengurusan bangunan mereka telah dibatalkan oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kemudian diperbaharui oleh Azmin. Mereka kemudian mendapat bayaran pampasan sebanyak RM16 juta.

Adakah Jana Niaga terbabit dalam menyalurkan RM56 juta kepada Azmin sebagai tukaran untuk mendapatkan RM16 juta dan kontrak mereka diperbaharui?

COPY PASTE Selangor Leaks. Com


No comments:

 
Blogger Templates