Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 6, 2018

SAYANGNYA LIM GUAN ENG BUKANLAH NAJIB ABDUL RAZAK... KALAU TIDAK, TENTU TAK MENANG TELINGA MENEPIS CACI MAKI DAN CARUT-MARUT!!!



Pembohongan Lim Guan Eng semakin terdedah. Selalunya, Lim Guan Eng dan konco-konconya cukup pantas menyahut, menyanggah, memutarbelit dan menipu untuk terus memperdayakan orang ramai agar mempercayai yang Lim Guan Eng sebenarnya telah diperangkap dan difitnah.

Namun kali ini, Lim Guan Eng sunyi sepi. Konco-konconya juga tidak berani buka mulut.

Semuanya apabila Menteri Pengangkutan yang juga merupakan Presiden MCA, Liow Tiong Lai mendedahkan yang Lim Guan Eng menipu tentang pembabitan China Railway Construction Corporation (CRCC) dalam projek Terowong Pulau Pinang.

Lim Guan Eng telah menggunakan nama CRCC berulang-ulang kali semenjak minggu lalu untuk menegakkan kebenarannya. Pada masa yang sama, turut menggunakan nama CRCC untuk menepis serangan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong berhubung projek yang lebih kepada satu skim penipuan secara besar-besaran membabitkan wang kerajaan negeri dan tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

CRCC sebelum ini mendedahkan kepada Liow bahawa mereka tdak mempunyai sebarang pegangan saham di dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang walaupun sebagai Syarikat Tujuan Khas (SPV). Bahkan syarikat tersebut hairan mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang merujuk mereka asebagai pemegang saham, walhal mereka tidak pernah mempunyai kontrak secara terus dengan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

CRCC turut mendeahkan kontrak yang diberikan kepada mereka berkenaan projek terowong SPV hanyalah sub-kontrak berjumlah USD22 juta (RM66 juta) untuk rekabentuk lebuhraya dan terowong walaupun SPV mengenakan bayaran sebanyak RM305 juta kepada kerajaan negeri untuk tugas tersebut.

Menariknya, jikalau CRCC hanya menerima RM66 juta untuk menjalankan sebahagian besar kerja projek kertas kajian bernilai RM305 juta secara sub-kontrak, sedangkan Kerajaan Negeri telah pun membayar sebanyak RM220 juta, siapakah atau pihak manakah sebenarnya yang menerima baki bayaran tersebut dan untuk apa?

Liow turut memberi gambaran bahawa CRCC hanya menerima 5% bayaran daripada jumlah keseluruhan (lebih kurang RM3 juta) untuk projek berkenaan, lalu mereka tidak meneruskan proje tersebut. Liow kemudiannya meminta wartawan mengesahkan sendiri perkara itu dengan pihak CRCC.

Dengan kenyataan Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan CRCC yang mengesahkan mereka bukan pemegang saham dalam projek terowong SPV, hujah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyatakan SPV terowong berkenaan disokong modal berbayar berjumalh RM4.5 biilion tidak boleh digunapakai dan dipercayai langsung.


Satu-satunya pihak pro-DAP yang cuba 'memperbetulkan' keadaan adalah Malaysiakini. Malaysiakini hari ini mengeluarkan laporan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melakukan 'KESILAPAN' menamakan CRCC sebagai salah satu pemegang saham - di mana 'KESILAPAN' ini telah dilakukan dalam sidang media rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinangdan telah diulang sebanyak 6 kali pada pelbagai majlis lain kepada media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagaimanan yang didedahkan oleh Wee Ka Siong dalam sebuah klip video yang dimuatnaik pada minggu lepas.

Lihat video DI SINI:

Kesan daripada 'KESILAPAN' tersebut Kerajaan Negeri Pulau Pinang seccara asasnya memberikan projek bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat yang 'tenat', yang hanya berusia 82 hari dengan membayar RM300,000 modal berbayar. Amat sukar dengan RM300,000 untuk memenuhi tuntutan kelayakan RFP, iaitu bayaran minimum sebanyak RM381 juta untuk modal berbayar.

Lim Guan Eng sudah pasti akan membuat penafian yang dia PERNAH BERCAKAP sebaliknya dia akan menyalahkan Wee Ka Siong dan Liow Tiong Lai mengada-ngadakan cerita sambil cuba untuk TIDAK MEMPEDULIKAN bukti-bukti yang ditampilkan termasuklah klip-klip video serta sidang-sidang media rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri.

Untung betul Lim Guan Eng... bayangkanlah kalau Najib Abdul Razak dalam kedudukan Lim Guan Eng sekarang.. anda rasa Malaysia ni 'kiamat' atau tidak?

Ironinya, golongan yang kuat menyalak tentang rasuah dan penyelewengan pun, tiba-tiba sahaja jadi PEKAK BADAK DAN BUTA PERUT!!!



No comments:

 
Blogger Templates