Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 19, 2018

DEMI KEUNTUNGAN KEPADA KRONI, AZMIN ALI BIARKAN KRISIS AIR SELANGOR BERLARUTAN!!!



Azmin Ali dan pentadbirannya masih berusaha untuk menipu serta memaksa rakyat Selangor mempercayai setiap pembohongan yang dilakukannya. Biarpun krisis air yang berlarutan benar-benar telah memberi kesan kepada rakyat Selangor kesan daripada ketidakcekapan pentadbiran Azmin Ali serta wujudnya penyelewengan membabitkan berbilion ringgit, Azmin Ali dengan dibantu oleh DAP Selangor tetap berusaha agar setiap kata-kata Azmin Ali diterima sebagai keramat dan satu kebenaran.

Rakyat Selangor tidak sahaja berhadapan dengan masalah air, tetapi juga pelbagai masalah lain yang berpunca daripada keserakahan dan ketamakan Azmin Ali untuk mencuri duit rakyat Selangor. Dari bas percuma sehinggalah kepada Kad Peduli Sihat, apa yang dilakukan oleh Azmin Ali sebenarnya tidak lebih daripada membesarkan tembolok taukeh-taukeh besar yang menjadi penyumbang dana untuk parti dan dirinya.

Begitu juga dengan krisis air yang melanda Selangor.

Kalau bukan kerana ketamakan dan kalau bukan kerana tidak bertanggungjawab, rakyat Selangor tidak akan berhadapan dengan krisis air yang sangat teruk. Penjelasan yang diberikan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tentang kedegilan Azmin Ali untuk melengah-lengahkan pengambilalihan SPLASH yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan sekutu kuat Anwar Ibrahim, Tan Sri Wan Azmi, hanya kerana Azmin Ali tidak dapat menjelaskan tentang kehilangan berbelas-belas bilion ringgit peruntukan dan pinjaman Kerajaan Pusat untuk penstrukturan air Selangor.

Azmin Ali sengaja melambat-lambatkan pengambilalihan tersebut agar bayaran RM700 juta setahun tidak dibayar kepada Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian konsesi air yang dianugerahkan ketika pentadbiran Dr. Mahathir pada tahun 2000, terlalu menguntungkan SPLASH tetapi pada masa yang sama, memberi kesan dan risiko krisis bekalan air di seluruh Selangor dan Lembah Kelang.

Pada tahun 2014, SPLASH telah menjana pendapatan sebanyak RM416 juta dan meraih keuntungan sebelum cukai RM379 juta. Manakala pada tahun 2014, SPLASH memperolehi keuntungan sebelum cukai RM331 juta daripada pendapatan RM434 juta. Tahun 2016, SPLASH mendapat keuntungan RM396 juta daripada pendapatan RM435 juta.

Keuntungan besar itulah yang menghalang pengambilalihan SPLASH oleh kerajaan negeri kerana ada pihak yang enggan kehilangan kemewahan dan keuntungan cara mudah. Keuntungan yang dicatatkan itu merupakan antara margin keuntungan tertinggi bagi mana-mana syarikat konsesi dunia sekaligus membolehkan kita faham mengapa pelbagai usaha dan helah dilakukan untuk keuntungan tersebut tidak dipulangkan kepada rakyat Selangor semula.


Apabila Khalid Ibrahim membuat keputusan untuk menawarkan harga yang lebih rendah iaitu RM1,85 bilion dengan pecahan RM250 juta bagi nilai ekuiti dan mengambilalih hutang RM1.6 bilion dengan alasan, SPLASH telah lama mengaut keuntungan besar pada tahun 2014, maka bermulalah drama dan belang sebenar Azmin Ali.

Khalid Ibrahim segera digulingkan. Rafizi Ramli berterus-terang bahawa salah satu punca utama Khalid Ibrahim digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor adalah kerana SPLASH dan harga pengambilalihan SPLASH. PKR menganggap harga yang ditawarkan Khalid kepada SPLASH pada 2014 adalah sangat rendah dan sebab itu, Khalid perlu digulingkan.

Azmin Ali yang mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor kemudiannya menawarkan RM4.4 bilion bagi membeli SPLASH (RM2.8 bilion nilai ekuiti dan ambilalih hutang RM1.6 bilion), satu harga yang lebih tinggi daripada RM1.85 bilion yang ditawarkan oleh Khalid.

Dan sebaik-baik sahaja dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin tanpa berlengah-lengah mengeluarkan semua lesen operasi kepada SPLASH yang sebelum itu telah dibatalkan oleh Khalid Ibrahim.

Masalah air yang sepatutnya diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor, bukan saaja tidak diselesaikan, sebaliknya Azmin menggunakan krisis tersebut sebagai senjata untuk memeras wang dari Kerajaan Persekutuan dan rakyat Selangor sendiri. Natijahnya, rakyat Selangor dan penduduk Lembah Kelang berhadapan dengan masalah air dari semasa ke semasa.

Gelagat Azmin Ali yang menunjukkan takungan air di Selangor tidak kering bagi membuktikan tidak wujud krisis air seperti yang dialami oleh penduduknya secara besar-besaran, tidak ubah seperti menyembunyikan tahi di dalam tepung.

Semata-mata untuk menyelamatkan kroni, Azmin Ali terag-terang cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Selangor dengan cerita dongengnya!


No comments:

 
Blogger Templates