Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 19, 2018

MAZLAN ALIMAN FITNAH ROSMAH MANSOR DAN HARAP ROSMAH MANSOR MEMAAFKANNYA, BUKAN MENYAMANNYA!!!



Mazlan Aliman sedang mencari masalah lagi.

Dia mungkin menganggap Rafizi Ramli adalah seorang hero dan dia mahu mencontohi Rafizi. Kalau Rafizi bebas menfitnah, Mazlan Aliman juga mahu menjadikan fitnah sebagai cara terbaik untuk dia mengumpulkan sokongan dan perhatian.

Sebelum ini, Mazlan Aliman telah menyebabkan PAS terpalit dengan tanggapan yang parti itu terpaksa bergantung kepada fitnah dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan daripada para peneroka dan masyarakat FELDA.

Menggunakan modal kononnya dia adalah Anak Generasi Kedua Felda, Mazlan Aliman yang tidak mengusahakan atau terlibat dalam  memajukan FELDA bergerak dari satu tanah rancangan ke satu tanah rancangan, mencipta satu persatu isu yang boleh menaikkan namanya dan memastikan dia terus berada dalam arus politik negara.

Hasilnya, dia terpaksa mengemis apabila kalah dalam saman fitnah oleh FELDA pada November 2016. Dia terpaksa membayar RM350 ribu kepada FELDA setelah panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan dia bersalah kerana menfitnah.

PAN menerusi Presidennya, Mat Sabu terpaksa meraih simpati memohon belas dan sedekah daripada orang ramai untuk Mazlan Aliman membayar saman bagi mengelakkan Mazlan Aliman diisytiharkan muflis.

Dan kini Mazlan Aliman dengan dia akan dimaafkan dan dosa menfitnahnya dilupakan atas dasar kemanusiaan, kembali melakukan fitnah ke atas figur yang paling digemari untuk difitnah kerana sifat pemaafnya, ROSMAH MANSOR!

Pada 7 Mac 2018 satu klip video telah dimuatnaik ke laman Youtube diberi tajuk, 'MAZLAN ALIMAN AMANAH - PECAH RAHSIA: ISTERI NAJIB RAZAK DI BELAKANG PROJEK IKAN STURGEON YANG LINGKUP.'

Video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun dengan nama samaran 'Cap Kapak' itu memaparkan ucapan Mazlan Aliman yang secara terang-terang menuduh Rosmah Mansor terlibat dalam penternakan ikan sturgeon.

Kononnya dia mendapat maklumat tersebut daripada seorang pegawai FELDA yang tidak dinamakan. Mazlan Aliman membuat tuduhan dan fitnah jahat tanpa sebarang bukti serta asas yang kukuh. Tuduhan dibuat bagi mewujudkan buruk sangka dan syak wasangka di kalangan orang ramai.

Tindakan terbaharu Mazlan Aliman ini mendapat reaksi pantas daripada peguam Rosmah Mansor. Satu laporan polis telah dibuat  pada 18 Mac 2018 dan setelah berbincang, Rosmah Mansor mengarahkan para peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Apa lagi alasan yang akan diberikan oleh Mazlan Aliman selepas ini? Adakah dia sudah bersedia untuk memberikan jawapan dan penjelasan serta menampilkan bukti-buktinya di mahkamah bagi menyokong tuduhannya?

Atau sekali lagi dia terpaksa meraih simpati dan memohon belas ikhsan daripada orang ramai, selain mengharapkan Rosmah Mansor akan memaaafkannya dan melepaskannya?

Atau Mazlan Aliman boleh menggunakan alasan seperti Rafizi Ramli apabila diseret ke mahkamah kerana menfitnah, alasan yang paling wajar diberikan, 'SAYA HANYA BERGURAU?'

1 comment:

Anonymous said...

Saman je...jgn beri muka

 
Blogger Templates