Sebenarnya ia adalah suatu perkembangan positif. Biarlah proses perundangan dipercepatkan supaya terbukti kebenaran di pihak siapa.
Kita hanya tahu serba sedikit menerusi laporan media terutama laporan Sarawak Report yang kita tahu sejak awal lagi seolah telah memberi gambaran bahawa DS Najib adalah dalangnya walhal saman DOJ tersebut tidak menamakan DS Najib dan sehingga timbulnya isu kapal layar Jho Lo dirampas ini ianya bukti jelas bahawa semuanya masih dalam siasatan dan sehingga sekarang tiada keputusan mahkamah diputuskan berkaitan penglibatan individu-individu yang dinamakan dalam saman tersebut termasuk Jho Lo.
Pada Ogos 2017, pihak Red Granite sendiri mahu mempercepatkan proses undang-undang bagi membersihkan nama dan mempersoal tindakan DOJ menangguhkan tindakan sivil mereka.
"Red Granite Pictures Inc has joined other parties in questioning the move of the United States Department of Justice (DoJ) to put on hold civil forfeiture lawsuits against assets purchased with funds allegedly embezzled from 1MDB."
"In the event that a negotiated resolution is not imminent, however, Red Granite has a strong interest in clearing its name promptly,” the company stated in a brief opposing the delay, according to the showbiz industry publication.
Isu yang sering dimainkan oleh media pro pembangkang seperti Sarawak Report, Malaysiakini dan Malaysian Insight khususnya ialah kapal layar mewah bernilai AS$260 juta milik Jho Low itu didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram. Biarlah DOJ siasat berasaskan kepada laporan Sarawak Report tersebut dan tunggu akan 'kebenaran' laporan Sarawak Report.
Bagaimanapun 1MDB sejak awal dan konsisten sehingga sekarang berulang kali menyatakan bahawa tiada wang 1MDB yang hilang. Oleh itu, jika satu hari nanti DOJ mahu memulangkan semula 'wang' tersebut sebagaimana yang sering dinyatakan oleh mereka , 1MDB tidak boleh menerimanya kerana tiada wang mereka yang hilang.
Hanya International Petroleum Investment Company (IPIC) syarikat milik kerajaan Abu Dhabi yang mendakwa bahawa wang mereka hilang. Maka sepatutnya ia adalah siasatan berkaitan IPIC, yang secara khususnya terarah kepada Khadem Al Qubaishi yang pada ketika itu merupakan Pengarah Urusan IPIC yang turut memegang jawatan Pengerusi Aabar Investments dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badaway Al Husseiny yang turut dinamakan dalam saman DOJ.
Lebih menarik 1MDB dan IPIC telah pun mencapai persetujuan penyelesaian dan 1MDB setakat ini telah pun melaksanakan obligasinya dalam memenuhi terma dan syarat perjanjian persetujuan tersebut.
Bertambah menarik sehingga sekarang pihak 1MDB mahupun presidennya, Arul Kanda tidak pernah dipanggil atau dihubungi DOJ untuk memberi sebarang kenyataan walhal tuduhan tersebut menyatakan bahawa 1MDB adalah mangsa yang telah kehilangan wang.
Apa yang perlu difahamkan DOJ bertindak kerana kononnya aktiviti jenayah tersebut berlaku di Amerika Syarikat, yang melibatkan wang AS , bank AS dan hartanah di AS.
Jadi, tiada ada yang pelik tentang perkembangan terbaru ini kerana sebelum ini dilaporkan sebahagian aset lain turut dirampas dalam tuntutan DOJ termasuk lukisan Picasso yang diberikan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio dan hak terhadap dua filem.
Pada Jun 2017 Mahathir sendiri berkata:
"..Jadi Amerika berhak bertindak. Ini jenayah di Amerika bukan jenayah di Malaysia.”

2 comments:
Tipu berbenar..TOLONG HADAM. 1MDB telah mengaku membayar lebih kurang USD3.5b kepada Aabar BVI pada tahun 2012 & 2014. Namun IPIC menafikan telah menerima bayaran tersebut dan KES TERSEBUT TELAH DIRUJUK KE MAHKAMAH TIMBANGTARA dan hasilnya, setelah bersetuju oleh kedua2 pihak, 1mdb setuju untuk membuat pembayaran.
1. Kenapa tuan nyatakan bahawa duit IPIC yang hilang sedangkan IPIC tak terima langsung duit tersebut? Yang bayar ke akaun palsu adalah 1mdb. Patutnya 1mdb yang ambil tindakan untuk mendapatkan wang tu balik. Ada ke sebarang tindakan yang diambil oleh 1mdb? ada. ada dengan berdiam diri saja.
2. Memang betul IPIC setuju untuk penyelesaian. dan kenapa 1mdb setuju bayar kalau duit IPIC yang hilang..nak perbodohkan sape ayat tuan ni?Persoalannya, bagaimana pula dengan duit yang telah dibayar kepada Aabar BVI????? dari duit tu le MO1 dapat duit, Jho Low dapat duit, Reza aziz dapat duit dan telah dibuktikan melalui rekod transaksi perbankan.
3. Ya kita tunggu kebenarannya. Sebenarnya kebenaran kes 1mdb makin terserlah. Dalam pada masa org2 umngok malaysia yang sedaya upaya menutup mata, hati dan telingan demi mempertahankan MO1, sedikit2 Allah tunjuk:
a) Bank diarahkan tutup di Singapura kerana tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa Singapura tentang transaksi yang meragukan
b) Bank diarahkan tutup di Switzerland.
c) Kerajaan swiss telah berjaya merampas hampir 400juta dan beberapa ahli parlimen swiss mencadangkan agar duit itu dikembalikan ke Malaysia.
d) AG swiss telah memohon untuk mendapatkan maklumat dari kerajaan Malaysia tetapi telah ditolak. Kalau tak de isu dalam 1mdb, kenapa takut nak memberi kerjasama?
e) Harta2 yang dibeli menggunakan wang 1mdb yang dicuri (wang yang dibayar kepada syarikat palsu aabar Bvi) seperti kapal terbang, lukisan2, kediaman mewah, dan yang paling baru kapal mewah milik jho low telah dirampas. Kalau tak de kes, tak kan negara2 luar sanggup mengambil tindakan terhadap sesuatu kes yang tak pasti dan fitnah?
f) kalau tiada apa kesalahan, kenapa laporan PAC diOSAkan? nak sembunyi apa? lagipun kes 1mdb melibatkan kepentingan awam dimana bayaran balik hutang2 banyak menggunakan dana kerajaan (dana kerajaan bukan hak mutlah umngok kerana pembangkang pun bayar cukai jugak)
4. Dalam laporan DOJ, DOJ telah menyatakan bahawa duit2 yang dirampas akan dipulangkan balik kepada Malaysia. Bukan ke itu benda yang bagus. tapi puak2 umngok ni dah kena mandrem dengan MO1 kot sampaikan menolak mentah2 laporan DOJ tersebut.
EX umno JERAI
Auta berpisah tiada
Post a Comment