Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 15, 2018

MARAH BETUL MAHFUZ OMAR BILA AHMAD BASHAH BERTANYA, APA YANG DIA DAH BUAT DI POKOK SENA!!!!



Mahfuz Omar barangkali marah benar dengan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Hanipah apabila Menteri Besar Kedah itu mempersoalkan apa yang dilakukannya di Pokok Sena dan jikalau menang, apa yang mampu dilakukan untuk membangunkan kawasan Pokok Sena, begitu juga dengan Kuala Kedah yang kini diwakilii oleh pembangkang ketika berucap pada majlis Himpunan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Negeri Kedah.

Dan sememangnya wajar pun Ahmad Bashah bertanya, bukan Ahmad Bashah sahaja, bahkan semua orang terutama sekali warga Pokok Sena, apa yang boleh dilakukan oleh Mahfuz Omar seandainya dia dipilih oleh pengundi sekali lagi selain jadi pelawak dan tukang hingaq. Selama beberapa penggal Mahfuz Omar menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena, apakah kebaikan yang dibawanya kepada penduduk?

Mahfuz pernah menceroboh DUN Kedah secara biadap konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum membantah pembinaan rumah kakitangan kerajaan oleh Permodalan Kedah Berhad di Kampung Baru, Padang Tembak, Bukit Pinang. (RUJUK SINI)

Begitu juga dengan kes  membabitkan perumahan di Kuala Kedah. Mahfuz sekali lagi hanya boleh menjadi pelawak dan tukang bising tanpa memberikan sebarang sumbangan bermakna kepada masyarakat yang diwakilinya.

Justeru, untuk menjawab pertanyaan Ahmad Bashah, Mahfuz menyatakan Menteri Besar Kedah itu telah menyerlahkan kebodohannya dan beranggapan rakyat pada masa ini bengap sepertinya.

Kemarahan Mahfuz Omar tidak berhenti setakat perkataan 'bengap', malahan turut ditambah dengan perkataan dungu, buta pengetahuan, tidak mampu berfikir seerti hidup zaman kuno' dan berpemikiran politik sempit zaman 'Tok Nadok'.

Kata Mahfuz, Ahmad Bashah seperti masih belum belum terjaga dan berharap rakyat dapat ditakut-takutkan dengan politik pembangunan, sedangkan pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

Mahfuz lupa, dia juga merupakan sebahagian daripada kerajaan kerana dia berada di barisan pembangkang di Parlimen yang meluluskan dan melepaskan peruntukan. Berbanding orang awam, Mahfuz jauh lebih tahu keperluan penduduk terutama sekali di kawasan yang diwakilinya.

Bagaimanapun, sikap Mahfuz menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak pemerintah dan pentadbir semata-mata, merupakan sikap yang paling tidak bertanggungjawab sekaligus menunjukkan Mahfuz memang tidak sewajarnya dilantik lagi sebagai Ahli Parlimen.

Dengan kata lain, Mahfuz sama seperti kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang dan sebahagian besar dari blok kerajaan yang MAKAN GAJI BUTA tetapi berlagak dan sentiasa bercakap pandai!

5 comments:

Anonymous said...

Betul la kata MB tu, apa yg dia dah buat atau sumbangkan, sebesar taik hidung pun rakyat tak nampak, gaji besar macam ahli parlimen Sepang, tapi takde apa2 contribution kepada rakyat, nak kata bagi idea tak juga... tak taulah apa fungsi dia sbg ahli parlimen?

Anonymous said...

Mahfuz dengan imej garangnya setelah masuk AMANAH, boleh cakap macam member2 lain dan bossnya Tun M. Sumpah seranah, maki hamun memang wajar bukan ahli PAS lagi. Aib dan memalukan. Jangan beri undi dia walau SATU suara pun. Atuk

Anonymous said...

bukit bintang pembangkang pegang...mcmana kemajuannya? siapa punya kerja??

Anonymous said...

bukit bintang memang maju dengan segala jenis perniagaan maksiat...tu memang kerja pembangkang...kemajuan basic infrastruktur kerajaan buat..
pembangkang dan maksiat berpisah tiada...

Anonymous said...

Mahfus tak habis confuse dalam otaknya..X apalah biarkan si luncai terjun dgn labunya..biarkan biarkan.. nanti lemas sendirilah... dia. Umpama semak diwktu kemarau..nanti terbakar jadi abulah dia.. bomba pun x diperlukan..biarkan biarkan..

 
Blogger Templates