Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 12, 2018

ADIK-BERADIK PREBET ADAM JELASKAN, MEMANG TIDAK ADA SAUDARA LELAKI MEREKA YANG DIBUNUH OLEH ALMARHUM SULTAN JOHOR!!!



Prebet Adam Jaafar yang mengamuk dan melepaskan tembakan raifel M16 di Chow Kit, Kuala Lumpur pada 1987 tidak pernah mempunyai adik lelaki yang telah dipukul sampai mati oleh Almarhum Yang Di-Pertuan Agong, sebagaimana kepercayaan popular rakyat Malaysia. 

Adik beradiknya, Hawa Jaafar dan Arman Jaafar berkata, abang mereka telah dijadikan kambing hitam untuk khabar-khabar angin tersebut bagi tujuan tertentu oleh pihak yang sangat berkepentingan.

"Kami mahu perkara ini dihentikan. Tidak adil kepada kami memandangkan ramai orang yang kata, kami telah dibayar dengan wang yang banyak, RM10,000 sebulan agar kami menutup mulut dan tidak menceritakan perkara sebenar tentang pembunuhan saudara lelaki oleh pihak istana," kata Hawa dalam satu sidang media di rumah pangsa kos rendahnya di Sungai Ara. 

Dia turut merayu agar pihak berkuasa membuka semula kes Adam untuk menolak khabar-khabar angin dan fitnah tersebut. 

Menurutnya, jikalau dia dibayar wang yang banyak iaitu RM10,000 sebulan, sudah tentu mereka tidak akan tinggal di rumah pangsa kos rendah itu. 

"Kami hanya mahu kebenaran didedahkan dan khabar-khabar angin ini dihentikan. Ia benar-benar melukakan hati keluarga kami, menjadikan seolah-olah kami tidak peduli dengan darah daging kami yang telah dibunuh, sedangkan perkara itu tidak berlaku langsung," katanya. 

Menurutnya, mereka mengandungi sembilan orang adik-beradik termasuk Adam selain adik perempuan, Azimah yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah pada tahun 1975. 

Adam yang sebelum itu merupakan penembak tepat dalam Regimen Renjer telah mengamuk di Chow Kit yang menyebabkan seorang terbunuh akibat tembakan dan mencederakan beberapa orang yang lain. 

Semasa perbicaraannya, Adam menjelaskan yang dia mengalami tekanan perasaan apabila dia didera secara mental, fizikal dan seksual di kem tenteranya di Ipoh.

Adam sepatutnya menjalani hukuman gantung sampai mati ekoran kejadian tersebut, tetapi sebaliknya dihantar ke Tanjung Rambutan untuk rawatan mental. Menurut Hawa, selama 10 tahun di Tanjung Rambutan dengan kemungkinan untuk digantung telah memberi kesan yang besar kepada mental Adam. 

Adam beralih kepada dadah dan selepas dia dibebaskan dia tidak dapat membebaskan dirinya daripada najis dadah kerana terlalu bergantung kepada dadah untuk mengatasi masalah tekanan mentalnya. Hasilnya, Adam telah ditangkap dua kali kerana memiliki dadah dan kini sedang menjalani hukuman di Penjara Pulau Pinang kerana kesalahan dadah. 

Ini adalah kesalahannya kali kedua menyebabkan dia dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. 

Hawa yang tidak dapat menahan sebab beberapa kali sepanjang sidang media berkata, seluruh keluarganya tidak mengenali walau seorang pun ahli keluarga Istana Johor dan Almarhum Sultan Iskandar Ismail. 

"Kami tidak faham mengapa kes Adam dikaitkan dengan Sultan Johor dan kami memohon ampun kepada Istanah Johor kerana mereka turut menjadi mangsa kerana fitnah-fitnah jahat ini," katanya. 

Berdasarkan khabar-khabar angin pada era itu, salah seorang adik lelaki Prebet Adam menjadi caddy kepada Almarhum Johor dan tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa apabila baginda gagal membuat pukulan yang baik, menyebabkan almarhum sultan memukulnya dengan kayu golf. 

Kejadian itu kononnya, menyebabkan Adam berang dan mengamuk melepaskan tembakan untuk mebalas dendam bagi pihak adiknya. 

Tiga dekad kemudian, legenda karut selain jalinan cerita yang dicipta untuk mendorong kebencian kepada institusi diraja dan raja-raja Melayu, terus subur, malah turut dikongsi dengan penambahan-penambahan cerita bagi menyedapkannya dan mendewakan 'seseorang'.

Menurut Hawa, keluarganya telah berulang-ulang kali cuba menafikan khabar-khabar angin tersebut, tetapi para penfitnah dengan mudah menuduh, keluarga Prebet Adam telah dibayar untuk menafikan cerita 'sebenarnya'nya.

Arman Jaafar pula berkata, terdapat beberapa khabar angin kononnya, Adam telah diberikan hadiah berupa rumah di Johor dan dibayar sejumlah wang yang besar sebagai 'penyelesaian'. 

"Cukuplah semua ini. Orang ramai sepatutnya menghentikan cerita-cerita karut ini," kata mereka. 

Adik-beradik Adam juga merayu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap golongan yang masih gemar menyebarkan berita palsu membabitkan abang mereka. 

Sebuah buku bertajuk, 'KONFESI PREBET ADAM' dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris berjudu 'AMOK' tulisan Syahril A. Kadir turut menolak khabar-khabar angin tersebut. 

Dalam buku terbabit, Adam menceritakan tentang penderaan fizikal dan mental yang dijalaninya di kem tentera yang mendorong kepada kejadian amuk pada malam yang malang itu. 



2 comments:

Cik Minah said...

BLOGGER UMNO ni memang bodoh ke apa......???
Apasal kamu cerita pasal Private Adam..............???
Peristiwa budak CADDY mati dilepuk kayu golf berlaku dalam
tahun 1983, 10 tahun SEBELUM PRIVATE ADAM mengamuk.
Memang takda kena mengena langsung angtara dua kes ni.
Cuma gosip makcik dan pakcik bawang je.
Takda pun di senaraikan dalam hanset PARLIMEN yg
dibentang oleh Shahidan Kassim untuk menggubal Perlembagan
bagi mengurangkan kuasa raja.
Mangsa dan pemangsa dah lama mati.
Let them rest in peace, OK.
No need to gebangkan cerita busuk ni.
Awak memalukan anak cucunya saja.

Anonymous said...

Bagus sdr TFK, pengimbauan peristiwa lalu yg menarik, anda adalah insan yg tidak mudah lupa dan tidak mudah dilupakan, masyarakat perihatin sepeti saya sangat menghargai usaha2 sebegini.
The truth must be told, sementelah lagi pelaku2 nya masih hidup, bersihkan nama orang yang dah mati supaya aman tenteram hidup anak cucunya,
Tidak kurang juga usahakan bawa mereka (pelaku) yg masih hidup kemuka pengadilan.
PS. Saya juga masih tertanya2 cerita orang tua tentang bagamana helicopter King Ghaz boleh jatuh yg katanya selepas beliau mengCekup beberapa komunis yg menjadi setiausa kepada TPM pada masa tu,
Dan.......
Saya juga masih merasa misteri bagaimana helicopter alahyarham TS Yahya boleh meletup....sebab helicopter tidak meletup kecuali ada di explosive material/s implanted onto it,.....curious curious, dan lagi tambah curious sbb ada berita yg mengatakan ada timbalan presiden parti yg bakal melawan presiden partinya juga akan turut serta pada penerbangan malam tragedi itu.....ini cerita yg saya dengar dari orang2 tertentu yg hadir di hari perkebumian TSY & isteri.
Semuga byk kisah2 misteri terungkai jua nanti, saya tidak menuduh atau mengesyaki sesiapa,
Saya cuma pencinta kebenaran.

 
Blogger Templates