Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 12, 2018

LIEW CHIN TONG SUSAH HATI, DAP TAK DAPAT TARIK PENGUNDI LUAR BALIK MENGUNDI UNTUK MEREKA, MINTA BANTUAN KERAJAAN BN!!!



Pada PRU-12 dan PRU-13, DAP mengecapi kemenangan besar terutama di Semenanjung apabila sebahagian besar pengundi luar yang menyokong mereka, pulang beramai-ramai untuk merealisasikan 'UBAH' dan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. 

DAP hampir berjaya terutama dengan gabungan dengan beberapa parti lain termasuklah PKR dan PAS. Bagaimanapun, kemenangan BN di Sabah dan Sarawak serta kemenangan lebih besar UMNO, merencatkan impian DAP untuk buat kali pertama memerintah Putrajaya. 

Pada PRU-14, DAP mencuba lagi. Kali ini dengan TSUNAMI MELAYU tetapi masih tetap berharap TSUNAMI MELAYU mampu digabungkan dengan pengundi luar yang akan pulang beramai-ramai bagi membuang undi pada 9 Mei. 

Namun tidak seperti PRU-12 dan PRU-13, sambutan kali ini agak hambar. Antara faktor utama adalah kemasukan Dr. Mahathir ke dalam Pakatan Harapan sedangkan selama berdekad-dekad, Dr. Mahathir adalah musuh utama DAP. 

DAP melihat keadaan ini sebagai satu ancaman besar kepada cita-cita parti tersebut, lebih-lebih lagi dalam usaha mereka untuk menawan Johor. 

Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang mendesak Kerajaan agar mengarahkan tambahan tenaga kerja dan membuka lebih banyak kaunter beberapa hari sebelum dan selepas hari pengundian untuk mempercepatkan proses imigresen dan bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat pemeriksaan imigresen.

Menurut Liew Chin Tong lagi, kerajaan seharusnya merundingkan dengan Kerajaan Singapura dan memudahkan prosedur kastam bagi perjalanan ke dalam negara Malaysia semasa hari pengundian. (RUJUK SINI)

Pakatan Harapan menzahirkan rasa tidak senang apabila SPR mengumumkan hari pengundian jatuh pada hari Rabu 9 Mei 2018 dengan alasan, ia adalah hari bekerja dan akan menyukarkan para pengundi mengambil cuti bagi membuang undi. Seolah-olah PRU-14 adalah kali pertama hari mengundi jatuhnya pada pertengahan minggu, Pakatan Harapan yang diketuai oleh Mahathir terlupa, hampir keseluruhan hari mengundi jatuhnya pada hari bekerja, termasuklah hari Ahad yang merupakan hari bekerja di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu semenjak tahun 1955 lagi. Ketika era Mahathir, tiga PRU diadakan pada hari bekerja. 

Semalam, Kerajaan telah mewartakan 9 Mei sebagai cuti awam di seluruh negara. 

Kebimbangan tentang ketidakhadiran pengundi-pengundi luar, turut diluahkan oleh Dr. Mahathir apabila memberitahu, hari mengundi pada 9 Mei akan menyebabkan 500,000 orang pengundi Malaysia di Singapura tidak dapat membuang undi kerana tidak dapat cuti. (RUJUK SINI)

Nampaknya, DAP sendiri tidak begitu percaya, formula TSUNAMI MELAYU mereka akan berjaya meskipun dengan bantuan Dr. Mahathir dan konco-konconya. Apatah lagi, tidak seperti PRU-12 dan PRU-13, jumlah firma dan syarikat serta orang persendirian yang sanggup menaja tambang serta pengangkutan untuk pengundi-pengundi luar balik mengundi, merosot secara drastik.


1 comment:

Anonymous said...

Kalau kalah boleh guna alasan ngundi Rabu, bukan ditolak rakyat

 
Blogger Templates