Tiada apa-apa yang baharu, melainkan seruan agar orang ramai menggulingkan Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional, kemudian memilih Pakatan Harapan yang dikatakan akan memacu ekonomi negara lebih baik, menyelenggara dan mengelolakan pentadbiran yang lebih telus serta jujur selain tidak rasuah, meskipun sebahagian besar daripada para pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali Mahathir, Azmin Ali, Lim Guan Eng dan Mahyuddin terlibat dalam pelbagai skandal kewangan. Malahan Lim Guan Eng sendiri, sedang berhadapan dengan kes mahkamah berkenaan rasuah dan salahguna kuasa walaupun dia cuba menangguhkan kesnya dengan mempertikaikan undang-undang negara.
Turut diumumkan malam tadi adalah calon-calon PKR mewakili PPBM untuk PRU di Parlimen dan DUN Johor. Berikut adalah senarai yang diumumkan oleh Dr. Mahathir:
Buluh Kasap: Rosamsu Mohd Yusuf
Tenang: Solihin Badri
Sri Medan: Ajib Omar
Semarang: Zaid Mohd Hakim
Parit Raja: Firdaus Kayan
Machap: Ahmad Akhir
Kahang: Norlihan Arip
Endau: Nurul Asarul
Panti: Wan Juwahir
Puteri Wangsa: Mazlan Bujang
Permas: Dato' Che Zakaria
Larkin: Izhar Ahmad
Kempas: Osman Sapian
Muar: Syed Saddiq
Sri Gading: Saharuddin Mat Salleh
Simpang Renggam: Mazli Malik
Mersing: Nasir Ajib
Tenggara: Norjefri Jailani
Kota Tinggi: Azlinda Abdul Latif
Pengerang: Wan Norliza Gatiman
Pontian: Karmaine Sardini
Tanjung Piai: Farid Mat Rap
Pagoh: Mahyuddin Yassin
Jumlah kehadiran adalah lebih kurang antara 5000 sehingga 6000 orang walaupun penyokong Mahathir memaklumkan yang jumlah kehadiran adalah lebih 10,000 orang. 55% daripada jumlah kedatangan adalah orang Melayu. Jumlah pengundi di Pagoh adalah lebih kurang 53,000 orang.
Pada PRU-13 lalu, jumlah pengundi di Pagoh adalah seramai lebih kurang 47,000 orang. Barisan Nasional yang diwakili oleh Muhyiddin Yassin menang 26,274 undi berbanding calon PAS yang memperolehi undi sebanyak 13,432 undi.
Sebaik-baik sahaja Dr. Mahathir naik ke pentas untuk memberikan ucapan, hadirin Cina beramai-ramai meninggalkan lokasi ceramah. Mungkin untuk menutup malu ekoran isyarat penolakan pengundi-pengundi Cina ke atas dirinya, di atas pentas, Dr. Mahathir 'terpaksa' mengumumkan bahawa hadirin Cina terpaksa pulang awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
4 comments:
Wow..ramai nyew..
Ramai lombu-lombu..
Nak menipu pun patut2lah bai. Tunggu jelah lepas pru nanti. Kita tengoklah sapa yg betul. Lepas ni blog kau ni tukarlah jadi blog jual kain tudung. Raya pun nak dekat dah ni ...
Bapa pelingkup negara...kata mat sabu
Tua tapi. Mulut longkang padan muka. Jaga cucu2 tak mahu.cucu2 ITU asset akhirat bodoh. Ramai yg di kubur tiada yg sedekah fatiha.
Post a Comment