Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 10, 2018

RATU AP MELALAK LAGI DEMI TOP DOG DAN ANAKNYA!!!



Tidak ada angin, tidak ada ribut, malah tidak langsung kelihatan bersabit, Rafidah Aziz, bekas menteri kabinet dalam pentadbiran Mahathir yang khidmatnya berakhir dalam pentadbiran Abdullah Badawi dan pernah tercela dengan skandal AP selain saham untuk menantu yang turut menyaksikan bagaimana Badan Pencegah Rasuah waktu itu diarahkan untuk tidak memanjangkan kes Rafidah.

Untuk menyedapkan cerita dan dakwaannya, Rafidah bersumpah atas nama Allah, perangai tipikal sebahagian besar golongan pembohong yang mahu hujah mereka diterima tanpa banyak kesangsian kerana nama yang disumpah adalah nama Tuhan.

Rafidah Aziz menyatakan tanah seluas 40,000 ekar milik Angkatan Tentera Malaysia telah diserahmilik kepada tiga individu dan diswastakan. Yang dipersalahkan adalah Najib Abdul Razak.

Dakwaan Rafidah itu adalah tuduhan yang berat dan mempunyai natijah yang besar terutama dari sudut perundangan. Walaupun ramai yang melihat dakwaan Rafidah itu sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan dan membantu bekas bossnya, Mahathir yang sedang bertungkus lumus cuba menyelamatkan kedudukan anaknya, Mukhriz dalam politik dan perniagaan, dakwaan Rafidah itu juga perlu dilihat dari sudut yang berbeza, terutama sekali sudut perniagaan.

Umum mengetahui betapa 'berjayanya Rafidah dengan dunia perniagaan' walaupun dia hanyalah seorang pensyarah jurusan ekonomi di Universiti Malaya.

Malangnya tuduhan yang dilemparkan oleh Rafidah telah dinafikan oleh Hishamuddin Hussein Onn yang turut berjanji akan memberikan tindakan sewajarnya bagi menangani tuduhan tersebut. Ia mengingatkan kita seperti dalam kes tuduhan yang membabitkan Rafizi Ramli apabila LTAT mengambil tindakan mahkamah dan berakhir dengan Rafizi terbukti menfitnah.


Lebih ironi lagi ialah Rafidah Aziz mendakwa, dalam Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008 (kemudian cuba dibetulkan menjadi 2007) dia telah mempertikaikan Kertas Kabinet yang dibentangkan oleh Najib Abdul Razak, Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Mesyuarat Kabinet kali terakhir yang disertai Rafidah sebagai menteri adalah pada 13 Februari 2008. Selepas mesyuarat itu, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengumumkan pembubaran Parlimen.

PRU-12 telah berlangsung pada 8 Mac 2008. Pembentukan Kabinet baru telah dibuat pada 18 Mac 2008. Rafidah tidak dilantik semula sebagai menteri menyebabkan dia berang dan mengungkit, Ketua Wanita UMNO tiada jawatan dalam kerajaan tetapi Ketua Wanita MCA diberi jawatan Menteri.

Najib bukan lagi Menteri Pertahanan pada masa seperti dalam dakwaan Rafidah. Sebaliknya Najib telah dilantik oleh Pak Lah sebagai Menteri Kewangan pada bulan September 2008. Jawatan Menteri Pertahanan pula telah disandang oleh Abdullah Badawi sendiri.

Walaupun Malaysiakini dilihat cuba membela Rafidah dalam sesi pertuduhannya, namun satu perkara yang jelas ialah kredibiliti dakwaan Rafidah sendiri sudah terjejas kerana kesilapan dan kelupaannya.

Walau apa pun, Kementerian Pertahanan diharap dapat memberikan jawapan yang lebih tuntas berbanding sekadar penafian. Lebih baik lagi sekiranya turut mendedahkan berapa banyak pula 'ahli perniagaan' berkenaan mengaut keuntungan sepanjang menjadi Menteri Kabinet dengan Kementerian Pertahanan.

Kalau Rafidah sendiri tak hormat dengan aku janji kerahsiaan yang diberi status OSA demi membantu Mahathir dan Mukhriz, maka eloklah juga kaedah yang sama, menerangkan kepada rakyat bagaimana dia boleh menjadi sangat berjaya dan kaya raya!


3 comments:

Anonymous said...

nenek AP duduk diam2je you sudah mereput, biarkan orang baru ambil tampok pemerintahan takan moyang yg terhegeh2 sasau mencari dedak..buat malu seluruh dunia tergelak melihat pakatan hampas bergantong kpd org tua moyang!!!

Ted Manoff said...

Ada kah ini Fake News? ."APOM dia berbau tak?"

Unknown said...

Kawan2 sepencarian harta negara dah panas..

 
Blogger Templates