Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 12, 2018

TAN SENG GHIAW KATA, MAHATHIR TIDAK PERNAH BERUBAH DAN AKAN MENGHANCURKAN DAP!!!



"Mahathir tidak pernah akan berubah."

Itulah pendapat Ahli Parlimen Kepong lapan penggal berturut-turut, Tan Seng Giaw apabila diminta pendapatannya tentang Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir. 

Tan Seng Ghiaw telah digugurkan daripada bertanding pada PRU-14 kali ini oleh DAP apabila dia enggan bersetuju dengan fitnah DAP terhadap Najib Abdul Razak dan 1MDB. Sebaliknya Tan Seng Giaw yang merupakan Pengerusi PAC bertegas menyatakan, sepanjang siasatan PAC, tiada sebarang salah laku dalam 1MDB dan Najib Abdul Razak tidak mencuri wang 1MDB sebagaimana yang DAP mahu seluruh rakyat Malaysia percaya. 

Tempat Tan Seng Ghiaw di Kepong telah digantikan oleh Lim Lip Eng yang kini menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Segambut.

Menurut Tan Seng Ghiaw, Mahathir mempunyai kecenderungan untuk memperkecil-kecilkan orang lain. 

"Hanya dia yang betul dan dia sahaja yang boleh bercakap. Orang lain semua tak betul. Dia akan membuatkan orang lain berasa kecil, menidakkan mereka dan kemudian menenggelamkan mereka. Itulah perangai sebenar Mahathir," kata Tan dalam temuramahnya dengan Sin Chew Daily. (RUJUK SINI)

Ketika pentadbiran Mahathir, Tan Seng Ghiaw pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tan Seng Ghiaw turut meluahkan perasaan kecewanya apabila DAP membuat keputusan untuk bertanding di bawah logo PKR. Menurutnya, walaupun dia faham bahawa tindakan tersebut adalah perlu bagi membolehkan DAP memenangi undi di kawasan-kawasan luar bandar, dia berasa sedih kerana simbol ikonik dan bendera ikonik DAP tidak akan muncul dalam pilihanraya kali ini.

"52 tahun kerja keras untuk mengukuhkan simbol tersebut tetapi dalam tempoh sekelip mata sahaja, ia telah bertukar menjadi 'mata lebam'," katanya merujuk kepada simbol PKR.

Menurut Tan lagi, dia tahu, DAP amat berharap Mahathir akan mampu menarik undi luar bandar untuk parti tersebut tetapi dia sangsi, sasaran tersebut akan dicapai. Malah dia turut mempersoalkan masa hadapan DAP dan apa sebenarnya arah sebenar DAP serta Mahathir.

Menurut Tan lagi, sekiranya Mahathir berjaya mewujudkan TSUNAMI MELAYU, DAP dengan sendirinya akan lemah selepas pilihanraya umum. Pada masa yang sama, parti itu juga akan berhadapan dengan keadaan yang lebih teruk dan serba tidak kena sekiranya pakatan pembangkang kalah. 

Tan juga percaya, DAP tidak akan mampu mengalahkan MCA secara total sebagaimana iltizam dan azam yang dilaung-laungkan oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya MCA mempunyai potensi untuk bangkit semula dalam perlumbaan mendapat kepercayaan pengundi-pengundi Cina ekoran masalah dan skandal rasuah yang berlaku dalam DAP terutama sekali yang membabitkan Lim Guan Eng. 

Selain itu, Tan turut berkata, dia tidak akan bertanding sebagai aclon Bebas selepas dia mengetahui dia telah digugurkan daripada senarai calon DAP semenjak 5 April lalu. Dia sebaliknya akan meneruskan aktivitinya dan membantu masyarakat menerusi pusat khidmatnya walaupun dia tidak lagi bergelar Ahli Parlimen.

2 comments:

Anonymous said...

we want MALAYSIA MALAYSIAN. semua rakyat mendapat sama rata...hapuskan penindasana kuota KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA dan berikan keadilaN kepada semua rakyat..HIDUP TUN M..HIDUP KIT SIANG ..HIDUP WAN AZIZAH.berikan ruang masuk ke UNIVERSITI AWAM kepada yang benar benar layak..we want SISTEM MERIT..yang kurang perform boleh dimasukkan ke sekolah vokasionaL. we want more PROFESIONAL COURSES SEPERTI DOKTOR, PEGUAM , JURUTERA, AKITEK, KEHAKIMAN diberikan kepada konsep MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN...MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN...HIDUP KIT SIANG DAN TUN M.

Anonymous said...

we want MALAYSIA MALAYSIAN. semua rakyat mendapat sama rata...hapuskan penindasana kuota KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA dan berikan keadilaN kepada semua rakyat..HIDUP TUN M..HIDUP KIT SIANG ..HIDUP WAN AZIZAH.berikan ruang masuk ke UNIVERSITI AWAM kepada yang benar benar layak..we want SISTEM MERIT..yang kurang perform boleh dimasukkan ke sekolah vokasionaL. we want more PROFESIONAL COURSES SEPERTI DOKTOR, PEGUAM , JURUTERA, AKITEK, KEHAKIMAN diberikan kepada konsep MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN...MALAYSIA MALAYSIAN..MALAYSIA MALAYSIAN...HIDUP KIT SIANG DAN TUN M.

 
Blogger Templates