Khairuddin Abu Hassan merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang dipecat juga merupakan antara orang yang mempopularkan 1MDB di luar negara. Bersama-sama Matthias Chang, Khairuddin cuba melobi pihak berkuasa di beberapa buah negara, terutama sekali di Amerika Syarikat agar mengambil tindakan terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak.
Bersama-sama Ezam Mohd Nor, dia mengambilalih sebuah parti politik yang kemudian ditukar nama menjadi Parti Bebas Rasuah pada Mac 2017. Bagaimanapun, kedua-duanya meninggalkan parti tersebut setelah terdedah bahawa pengambilalihan parti berkenaan tidak sah dan mengikut prosedur yang dibenarkan oleh undang-undang.
Hari ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar ke atas Khairuddin Abu Hassan. Laporan polis tersebut dibuat atas penipuan jenayah komersial yang dilakukan oleh orang kuat Mahathir itu.
Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar adalah bekas Ketua Pendaftar Keahlian PPBM Negeri Perak dan juga merupakan adik ipar kepada bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Hamidah Osman. Azrul dan isterinya, Hamizura merupakan antara orang terawal yang mendedahkan kepincangan di dalam PPBM sebelum muncul konflik dan perang mulut antara Hamidah Osman dengan Syed Saddiq, calon PKR untuk kerusi Parlimen Muar.
Menurut Azrul, pada 21 Jun 2017, Khairuddin telah meminta pinjam wang daripadanya untuk membuat bayaran kepada mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah. Jumlah yang dipohon adalah RM250,000. Bagaimanapun, Azrul dan Hamidah hanya mampu memberikan RM90,000 dan telah menyerahkan wang tersebut kepada Khairuddin pada 22 Jun 2017.
Menyedari yang cek berkenaan adalah cek tendang, Hamidah dan Azrul telah berusaha mendapatkan menagih kembali wang mereka daripada Khairuddin. Khairuddin bagaimanapun, memberikan pelbagai alasan untuk tidak memulangkan wang tersebut.
1 comment:
Ni penyamun godang!!
Post a Comment